Tidak Akan Kubenarkan

47 3 0
                                    

Hongseok berlari ke arah tandas berdekatan. Dia tidak dapat menahan lagi kesakitan di perutnya. Hongseok memuntahkan segala isi perutnya di dalam tandas. Tiba-tiba dia melihat ada darah di muntahnya. Hongseok menggelengkan kepalanya lalu membasuh muntah tersebut serta mulutnya.

Hongseok berjalan keluar dari tandas dan menuju ke sinki untuk melihat wajahnya. Jelas kelihatan pucat di wajahnya. Hongseok membasuh tangan lalu merapikan pakaian. Setelah selesai dia pun berjalan keluar.

Hongseok tahu yang dirinya sakit semenjak pagi tadi tetapi dia tidak memberitahu adik-beradiknya yang lain kerana tidak mahu adik-beradiknya terlalu risau. Hongseok berjalan keluar dari tandas sambil memegang kepala dan perutnya. Semakin dia cuba menahan rasa sakit, semakin kuat sakit itu di rasainya.

Tiba-tiba Hongseok rasa pandangannya semakin gelap dan dia tidak mampu berdiri lagi. Hongseok menyandarkan dirinya di dinding dan akhirnya dia rebah di situ jua. Terakhir sekali suara yang sempat di dengarinya adalah suara kawannya iaitu Kim Hanbin yang sedang berlari ke arahnya.

----------------########-----------------

Dug! Dug!

'Apa ni? Kenapa jantung aku berdegup kencang ni? Ada sesuatu terjadi di antara adik-adik aku ke?' Tanya hati Jinho apabila jantungnya berdegup kencang apabila memikirkan adik-adiknya.

'Tak!Tak, Jinho! Adik kau selamat je! Dorang tak akan apa-apa.'Ucap batin Jinho. Namun begitu, Jinho masih tidak boleh menafikan bahawa dia masih merisaukan adik-adiknya. Hatinya kuat mengatakan ada sesuatu yang terjadi kepada salah seorang adiknya.

----------------########------------------

" Hongseok... Kau milikku! Kau akan mati bersamaku! Dalam tubuhmu ada sebahagian diriku! Akan kupastikan kau rasai apa yang aku rasai!" Jerit suatu suara.

"CUKUP! TIDAK!!!" Jerit Hongseok yang sedar dari pingsannya. " Hongseok! Kenapa ni? Awak tak apa-apakan? Ni sayalah Hanbin!" Ucap Hanbin sambil menggosok bahu kawannya itu untuk menenangkannya.

"Hanbin? Hanbin, saya kat mana ni? Kenapa tangan saya kena masuk air ni?" Tanya Hongseok apabila dia sedar bahawa dia sedang berada di dalam bilik serba putih dan di tangannya ada jarum serta saluran yang mengalirkan air.

" Awak tak ingat ke yang awak pingsan tadi? Risau saya tengok awak tetiba pingsan macam tu. Sebab tulah saya bawak awak ke bilik kesihatan ni."Terang Hanbin panjang lebar.

Hongseok hanya menganggukan kepalanya apabila mengingati peristiwa di mana dia pingsan sebentar tadi. Tetapi selepas melihat jam yang ada di dinding bilik itu, Hongseok terus mencabut jarum yang ada di tangannya dan turun dari katil.

Hanbin terkejut melihat kelakuan Hongseok dan cuba untuk menghalang kawannya itu. " Hongseok! Apa yang awak buat ni? Dah gila ke main tarik macam tu?! Doktor pun cakap awak tak sihat lagi dan dia bagi awak cuti tiga hari tau!" Ujar Hanbin dan mendudukkan Hongseok semula di tempatnya.

" Saya tak apa-apa! Lagipun hari nikan hari pertama sekolah! Takkanlah saya masuk kelas sebelum rehat je, lepastu esok tak datang lagi tiga hari! Mana boleh!" Ujar Hongseok.

" Saya kata duduk! Nak buat macam mana dah awak nak sakit! Takkan sakit pun ada masa dia nak datang!" Ujar Hanbin. " Awak rehat jelah hari ni dan tiga hari lagi. Awak jangan risau saya dah bagitahu pengetua tadi. Dia pun cakap yang dia suruh awak berehat sampai sembuh." Ujar Hanbin.

" Baiklah kalau macam tu, saya balik dulu." Ujar Hongseok dan mengambil barang-barangnya lalu berganjak keluar dari bilik kesihatan. Hanbin hanya menggeleng kepalanya apabila melihat kelakuan kawannya itu.

------------------######-----------------

Hongseok berjalan ke arah belakang sekolah dan menuju ke sebatang pokok rendang yang ada di kawasan itu. Memang sudah menjadi tempat kegemarannya semenjak memasuki sekolah tersebut kerana tiada sesiapa yang datang ke kawasan itu. Hongseok membaringkan tubuhnya di bawah pokok tersebut dan memejamkan matanya. Tidak lama kemudian dia pun tertidur tetapi walaupun dia tidur, namun tetap ada air mata yang mengalir di sudut matanya itu. Entah kenapa Hongseok dapat rasa bahawa hidupnya akan berakhir tidak lama lagi. Hongseok menagis dalam tidurnya. Sejujurnya, dia ingin sekali memberitahu abangnya iaitu Jinho mengenai perasaan itu tetapi dia tidak abangnya bimbang akan dirinya. Hongseok teringat akan suara pelik tadi dan dia berharap itu hanya ilusinya semata-mata.

Hongseok membuka matanya dan bangun dari baringnya. Hongseok merapatkan lututnya ke dada dan menundukkan kepala di antara lutunya dan menangis sepuasnya. Mungkin jika orang yang mendengarnya akan berasa sendu dengan suara tangisan itu, tetapi tiada sesiapa si situ yang mendengar tangisan Hongseok yang sendu itu.

"Aku tak nak mati! Aku sayang keluarga aku! Tolong benarkan aku hidup!" Jerit Hongseok dalam tangisnya. Namun sayang tiada sesiapa di situ yang dapat mendengar curhat hati Hongseok.

TBC

Tidak Akan Kubenarkan !Место, где живут истории. Откройте их для себя