Tidak Akan Kubenarkan

46 1 0
                                    

"Kami dah balik!!" Jerit ke sembilan orang putera Jung itu. " Mana abang Honseok? Abang kata abang Hongseok dapat cuti dan dah balik tapi takde sesapa pun." Ujar Yuto sambil mencari kelibat abang ketiganya. "Memang Hongseok tak sihat. Kawan dia yang cakap tadi masa saya cari abang Hongseok." Balas Kino.

"Dah, dah... Mungkin Hongseok tidur kut. Kan Hongseok tak sihat. Yang penting skang ni kamu semua naik dan salin baju. Memandangkan Hongseok tak sihat abang pesan fast food je."Ujar Jinho. Kesemua adik-adiknya bergegas ke bilik masing-masing untuk mandi dan salin pakaian.

Jinho menuju ke bilik adiknya Hongseok. Jinho membuka pintu dan seperti yang di jangkanya adiknya itu sedang tidur di atas katilnya. Jinho mendekati katil adiknya untuk melihat keadaan adiknya.

Jinho dapat lihat adiknya berpeluh dan dahi yang berkerut seperti sedang tahan sakit. Jinho memeriksa suhu badan adiknya dan Jinho agak terkejut apabila mendapati suhu badan adiknya itu terlalu tinggi.

Jinho berjalan ke bilik air dan membasahkan kain bersih lalu menuju semula ke katil adiknya itu. Jinho meletakkan tuala tersebut di dahi Hongseok dan membetulkan selimut adiknya. Jinho bangun untuk ke biliknya dan mengganti pakaian. Dia sempat mencium dahi adiknya dan berdoa agar adiknya itu cepat sembuh.

----------------#######-----------------

"AYAM!!!" Jerit semua putera Jung itu. Jinho hanya menggeleng melihat kelakuan adik-adiknya yang sedang berebut ayam yang padahal dia membeli satu kotak seorang dan dalam kotak tersebut ada lapan ketul ayam kesemuanya.

"Saya nak yang ni!" Jerit Yeo one. " Mana boleh! Ni abang punya!" Jerit Shinwon. Bermulalah aksi mari rebut sape punya ayam. "Diam!!!! Setiap sorang satu kotak dan semuanya sama je." Ucap Jinho sambil mengagihkan setiap sorang satu kotak.

Hongseok turun dari tangga dan menuju ke meja makan. Dia hanya memandang kotak ayam tersebut lalu menolaknya ke depan sedikit dan merebahkan kepalanya di atas meja. Kesemua adik- beradiknya hanya memerhati kelakuan Hongseok dan tahu bahawa Hongseok tidak mempunyai selera untuk makan.

Jinho bangun dan menuju ke kerusi Hongseok. "Hongseok... Abang tahu yang kamu takde selera tapi sekurang-kurangnya makan seketul ayam pun jadilah.. Kamu kena makan ubat.." Ucap Jinho sambil memicit kepala adiknya kerana dia tahu bahawa adiknya sedang menahan sakit di kepalanya.

"Abang... Kitaorang sayangkan abang... makanlah sikit..." Pujuk Kino. Hongseok membuka kotak ayam tersebut dan memakan seketul ayam lalu mengambil ubat dan menelannya. Hongseok bangun lalu merebahkan dirinya di sofa ruang tamu.

Adik-beradiknya yang lain hanya memandang pelakuan Hongseok. Mereka tahu yang Hongseok akan menjadi sensitif apabila sedang sakit, jadi mereka hanya meneruskan sesi makan mereka seperti sedia kala.

---------------########---------------

Badan Hongseok bergerak ke kiri dan ke kanan menandakan yang dia sedang mengalami mimpi buruk. Badan Hongseok dipenuhi dengan peluh sejuk.

"Hongseok kau milikku! Tiada sesapa yang dapat menghalang aku! Akan kupastikan kau mati bersamaku!" Jerit suara pelik.
' Suara tu! Suara pelik tu! Sape kau! Apa yang kau nak! Apa salah aku!' Jerit batin Hongseok.

"Aku nak kau mati! Ayah kau patut menerimanya!" Jerit suara itu kembali. Hongseok menggelengkan kepalanya. "Tidak! Tidak!!!" Jerit Hongseok lalu tersedar daripada mimpinya.

Hongseok meraup wajahnya beberapa kali. 'Kenapa sekarang? Kenapa mesti bila aku dah besar?!' Jerit hati Hongseok. Hongseok turun dari katilnya dan keluar dari biliknya. Hongseok berjalan menuju ke bilik bacaan milik bapanya.

Hongseok perlu pastikan sesuatu! Dalam mimpinya, tempat tu adalah sangat biasa dilihatnya. Dia yakin tempat tu adalah bilik bacaan ayahnya.

Hongseok perlu mencari diari milik ayahnya kerana suara pelik itu memberitahunya agar mencari diari milik ayahnya. Hongseok yakin ada sesuatu yang suara pelik itu cuba sampaikan. Dia mencari di setiap sudut bilik itu dan akhirnya dia menemui diari itu di bawah almari buku milik ayahnya.

Hongseok membaca setiap helaian diari tersebut. Hongseok membaca kisah ayahnya sejak kecil lagi. Semasa ayahnya selalu di latih oleh datuknya dan sentiasa di marahi kerana selalu gagal dalam ujian.

Sekarang Hongseok tahu kenapa ayahnya menyuruhnya serta adik-beradiknya untuk menulis diari. Menulis diari bagus untuk kita mengenang sejarah kita sewaktu kita kecil.

Hongseok juga membaca halaman di mana ayahnya pertama kali jatuh cinta dengan ibunya, bila ayahnya mendapat abang sulungnya Jinho, serta cerita mengenai kelahiran adik-beradiknya yang lain.

Di halaman terakhir Hongseok dapat rasa bahawa ada tiga helaian kertas yang di gamkan bersama. Hongseok cuba membuka ketiga-tiga helaian tersebut dan akhirnya berjaya.

Hongseok membaca helaian tersebut dan alangkah terkejutnya Hongseok membaca helaian tersebut. Hongseok memegang kepalanya dan menangis. "Kenapa sekarang? Kenapa papa dan mama tak pernah bagitahu Hongseok tentang hal ni?! Hongseok benci!" Jerit Hongseok sambil meremas rambutnya. Hongseok menggenggam erat helaian tersebut dan kini dia tahu kenapa suara pelik itu menghantui hidupnya kini.

Dia inginkan sesuatu! Ianya DARAHKU!!!

TBC

Tidak Akan Kubenarkan !Where stories live. Discover now