14; nikah

21.2K 876 61
                                    

"Aku terima nikahnya Nurul Aqisyah Binti Daud dengan mas kahwinnya senaskhah Al-Quran tunai"

Mendengar lafaz akad nikah yang dilafazkan oleh Nazrul,berderai airmata Aqisyah.

Perasaannya kini menjadi bercampur baur.
Gembira,sedih,kecewa.Semua ada.

"Aqisyah,kamu tu dah jadi isteri orang.Jaga hati suami.Jaga adab kamu sebagai seorang isteri,ya"pesan ibu.

Aqisyah memeluk ibunya.Ibu mengusap perlahan belakang badan anaknya.

"Jangan risau,ibu restu perkahwinan Aqisyah dengan Nazrul" Ibu mengesat airmata Aqisyah.

"Ehem"

Aqisyah menoleh ke hadapan.Baru sedar,Nazrul sudah selesai menunaikan solat sujud syukur.

"Tangan"ucap Nazrul dengan nada mendatar.

Dengan perasaan nervous bercampur takut,Aqisyah menghulurkan tangan kanannya.

Cincin permata disarung ke jari Aqisyah.Kemudian,Aqisyah menyalami tangan Nazrul.

Nazrul hanya mengusap kepala Aqisyah.Tidak mencium dahi seperti pengantin-pengantin lain yang biasa lakukan dihari pernikahan mereka.

"Naz,kenapa tak cium dahi Aqisyah?"tegur Ummi Wahidah.

Nazrul mengeluh perlahan.Perlahan lahan dia mencium dahi Aqisyah.

Ciuman itu diberikan sekejap sahaja.

Tahulah Aqisyah bahawa Nazrul terpaksa menerima perkahwinan mereka ini dengan hati yang tidak rela.

Aqisyah memandang muka suaminya.Segak.

Nazrul tampak segak dengan baju melayu putih dan bersongkok di kepala.

Tapi,pujian itu hanya mampu dipendam dalam hatinya.Tidak mampu untuk memuji suaminya yang sudah melancarkan 'peperangan dingin' mereka sebentar tadi.

***

"Esok awak ikut saya balik KL.Saya dah mula kerja esok"kata Nazrul tanpa memandang muka Aqisyah.Dia mengeluarkan tuala dari almari bajunya.

"Saya nak awak kemas baju."

"Esok balik KL?Awak ada rumah dekat KL ke?"soal Aqisyah.

"Kenapa? Ingat saya ni penganggur,yang mengharapkan duit mak bapak je? Saya pun kerjalah dekat KL tu.Cuma sebelum ni saya cuti panjang sebab nak duduk dekat kampung ni.Ada apa apa masalah?" Suara Nazrul yang sangat dingin kedengarannya.

"Takde.."

"Jadi ?  Saya cakap,kemas baju.Kemas ajelah.Tak payah banyak tanya.Saya dah bagitau Ummi pasal esok.Kalau awak taknak ikut,sudah.Tinggal aje dekat sini.Senang sikit saya.Takdelah terbeban sangatkan?"

Nazrul sempat melemparkan senyuman sinis kepada Aqisyah sebelum dia keluar dari bilik.

Aqisyah menahan sebak.

"Kalaulah aku tak terfikir nak bagi rendang tu,kalau la aku tak masak rendang tu.. M esti semua ni tak terjadi.Mesti Abang Nazrul tak benci aku macam sekarang.Mesti ayah dengan ibu tak kecewa dan malu macam sekarang.."

Airmata Aqisyah jatuh jua.

SEPANJANG perjalanan mereka daripada Perak hingga ke KL,tiada siapa yang bersuara.Hanya radio yang memecahkan suasana sunyi.

Hati Aqisyah sedih apabila mengenangkan sikap suaminya malam tadi.

Nazrul lebih rela tidur di atas lantai berbanding tidur sekatil dengannya.Bangun untuk solat Subuh juga,suaminya tidak mengejutkannya.Bunyi alarm telefon yang mengejutkan Aqisyah.

[RE-EDIT]Projek Memikat Hati Crush [C] + [C]PMHC 2Where stories live. Discover now