(2)46 - Bidadariku

8.1K 438 8
                                    

"Abah,nampak Rayyan tak? Daripada tadi Naz cari dia. Risau pula."

Haji Rahman tersenyum. Dia menepuk bahu Nazrul perlahan. "Jangan risau.. Dia ada je tu. Tengah main dengan sepupu dia tu dekat pangkin. Jangan risaulah,Naz.Kita ni buat kenduri doa selamat. Insyaa Allah,semuanya baik-baik saja."

"Bukan apa,abah. Orang ramai ni buat Naz risau juga. Rayyan tu bukannya takut dengan orang luar. Disogoknya gula-gula,terus manis muka." Nazrul bercekak pinggang.

"Jangan risau. Dia ada tu.. Kamu pergi tengok lauk dekat belakang rumah. Lauk-pauk dekat depan ni dah nak habis. Pergi isi lagi lauk. Orang masih ramai ni,"arah Haji Rahman.

"Hm,okay. Abah tolong tengokkan Rayyan ya?"

"Iya Nazrul.. Jangan risau." Haji Rahman tersenyum sambil menggelengkan kepalanya perlahan. Nazrul tersenyum lantas meminta diri untuk ke belakang rumah.

"Sayang?" Aqisyah dipanggilnya. Kelibat bidadari hatinya dicari.

"Aqisyah? Ummi?"

Nazrul mencari kelibat dua wanita tersebut. Aik,pelik? Tadi diorang berdua ada dekat belakang rumah.

Nazrul mencari lagi disekitar belakang rumah mereka.Satu suara yang biasa didengarinya kedengaran.

"Huda.. Tolonglah jangan kacau kami lagi. Kalau awak balik dan takkan ganggu kami lagi.. Saya janji,saya akan anggap semuanya tak pernah terjadi. Kita anggap tak ada apa-apa yang terjadi. Ya?"

Dahi Nazrul berkerut. Tu bukan suara Aqisyah ke? Huda?

"Huda sayang. Ummi merayu dekat Huda. Jangan ganggu kami lagi. Huda sayangkan arwah Jasmine kan? Tolong jangan buat macam ni.."

Pulak? Ummi pula merayu? Nazrul bergegas menuju ke arah suara yang didengarinya. Terbeliak matanya melihat Huda yang menghalakan pistol ke arah isteri dan umminya.

"Kau fikir,aku akan diam? Anggap macam tak ada apa yang berlaku? Hey,kau bodoh ke apa? Kau dah kucar kacirkan hidup keluarga aku lepastu kau nak lari macam tu je?"kata Huda yang masih tidak menyedari kehadiran Nazrul di situ.

"Sebelum kau lari,aku akan pastikan kau mati dululah! Kau satu-satunya punca semua ni terjadi! Aku benci kau!!" Huda berteriak seperti orang gila. Picu(?) pistol ditekan tanpa rasa ragu-ragu.

"Huda!"

Satu das tembakan dilepaskan. Aqisyah memeluk ummi erat. Nazrul pula rebah di tanah.

Huda menjadi terpinga-pinga.

Masa bila pula mamat ni datang?!

"Abang!" Aqisyah memegang Nazrul daripada terus terjatuh ke atas tanah. Baju melayunya habis dikotori dengan darah.

"Huda,apa Huda buat ni?!"pekik ummi. Dia memandang ke arah Huda. Huda sudah menjadi tidak keruan. Ahli keluarga mereka yang lain bergegas ke situ tatkala mendengar kekecohan.

"Kenapa ni?!"

"Ya Allah,abanglong!" Nazril mendapatkan abangnya. Dia memandang isterinya. "Myra,telefon ambulans sekarang!"

Myra pantas mengangguk. Dia berlari masuk ke dalam rumah dan bergegas menelefon ambulans. Huda pula tidak sempat untuk melarikan diri kerana sudah dicekup oleh Helmi dan Fariz. Dia meronta-ronta.

[RE-EDIT]Projek Memikat Hati Crush [C] + [C]PMHC 2Opowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz