Bab 1

26 3 0
                                    

Dalam dunia ini terdapat 5 buah negara iaitu Negara Merah, Biru, Kuning, putih n hitam. negara merah ialah negara terkuat diantara 5 negara oleh sebab itu negara Biru menjalinkan hubungan diplomatik dengan negara merah dan untuk menjalinkan hubungan dengan negara merah, negara biru harus menghantar seorang puteri untuk berkahwin dengan Raja negara merah. Negara biru terkenal dengan putera-puterinya yang sangat cantik dan kacak kerana dikatakan bahawa raja negara biru berkahwin dengan bidadari dari langit dan dikurniakan 5 puteri dan 2 putera kembar tak seiras. Pada mulanya Raja biru tidak setuju dengan permintaan raja merah namun juga dikatakan bahawa kemurkaan raja merah jangan diminta. Raja merah yang terbaru sangat terkenal dengan keganasan, kejahatan dan ketidakperi kemanusiaannya namun begitu tiada siapa tahu bagaimana wajah sebenar raja negara merah. Oleh sebab itu, raja negara biru terpaksa untuk bersetuju untuk mengahwinkan salah satu puterinya kepada raja merah yang dikatakan sangat bengis.
"ayah memanggil kamu semua kesini kerana ingin memberitahu sesuatu perkara yang sangat penting " kata Raja Biru
Ketika itu raja biru berada ditakhtanya dan disebelahnya ialah penasihat nya,manakala 5 puterinya duduk dibawah dibahagian sebelah kiri raja biru dan 2 puteranya dibahagian sebelah kanannya, duduk berdepan dengan kembar perempuan mereka .
"kami dah tahu dah, ayah ingin salah satu dari kami berkahwin dengan raja merah bukan? "kata puteri Liyanna juga dikenali sebagai putera emas ,dia dikurniakan kepandaian oleh ibu mereka oleh itu kebijaksanaannya tiada tandingan Oleh semua manusia dimuka bumi ini
"ayah janji takkan kahwinkan kami dengan lelaki yang kami tak cintai "kata puteri Arianna juga dikenali sebagai puteri angin, dia dikurniakan suara yang paling merdu dalam dunia ini
"ayah,mereka kata raja merah ialah raja yang jahat, takkanlah ayah nak kahwinkan kami dengan lelaki yang jahat"kata puteri marianna juga dikenali puteri tidur, dia dikurniakan wajah paling cantik diantara semua perempuan yang wujud didunia ini
"ermm" puteri Dianna juga dikenali puteri biru hanya mengangguk, dia dikurniakan kekuatan, kekuatannya melebihi kekuatan 10 orang lelaki gagah dan ketika itu dia sibuk membalut luka dikaki musang putih yang dijumpai ditaman bunga mawar
"dianna berapa kali ayah dah kata, jangan bawa haiwan ke dewan menghadap "kata raja biru sambil mengurut kepalanya yang pening
"maafkan dianna ayah" dianna melepaskan musang putih itu dan menyuruh dayang-dayangnya mengambil musang itu
"biarlah dianna sahaja yang kahwin dengan raja merah " usik putera Daniel juga dikenali sebagai putera cinta, dia dikurniakan kasih sayang oleh ibu mereka,dia menyayangi semua orang dan semua orang menyayangi dia.takkan ada satu makhluk dalam dunia ini yang tidak menyayanginya.
"Daniel tahu dianna takkan menyakitinya oleh itu dia sering mengusik dianna"kata putera danish juga dikenali putera permata, dia dikurniakan kebolehan bercakap dengan semua benda termasuklah haiwan,tumbuh-tumbuhan, langit,tanah,api,air dan banyak lagi
"benar kata daniel,dianna kuat jadi dianna boleh menghadapi raja merah"ujar Liyana
"kasihanilah arianna,arianna taknak dilukai Oleh raja merah "rayu arianna pada dianna, dianna jadi serba salah
"kami taknak paksa dianna untuk kahwin dengan raja merah,tapi kami berharap dianna boleh pertimbangkannya"kata marianna pula
"mereka pula tahu dianna takkan kata tidak pada mereka jadi mereka pun memujuk dianna" kata danish lagi
"menjadi perempuan memang susah "keluh Daniel
"jikalau begitu berikan masa untuk dianna berfikir "kata dianna

¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤

Dianna mengusap musang putih yang tidur dipangkuannya
Daniel mendekati dianna,dianna sedar akan kehadiran dan memberi musang putih pada dayangnya dan menyuruh dayangnya pergi dari situ.
"dianna marah sebab daniel buat dianna terpilih jadi isteri raja merah?"tanya daniel dan duduk sebelah dianna yang duduk disebuah bangku panjang yang berada disebuah taman yang bernama taman Dianna diistana itu.
"tidaklah, tiada siapa boleh marah Daniel " dianna memeluk kembar lelaki yang paling dia sayangi dan daniel membalas pelukan itu
"daniel minta maaf, daniel cuma bergurau"kata daniel
"ya dianna tahu ,jangan menangis "dianna mengusap kepala daniel, dia dapat merasai air mata Daniel menitik dibahunya
"danish sudah lama ingin Melihat dianna menanggis dan sampai sekarang dianna tak pernah menangis, dianna sangat kuat" danish muncul dengan tiba-tiba lalu memeluk dianna dari belakang
"perkara sebegini tak akan buat dianna menanggis "dianna tertawa dan meleraikan pelukan
"kamu berdua tidak pernah berubah, hanya suka bermanja dengan dianna sahaja "kata dianna dan mencubit pipi Daniel dan danish
"bagi kami dianna ialah abang  yang sering melindungi kami " daniel tersengih dan danish tersenyum
"baiklah demi lindungi kita semua dianna akan berkahwin dengan raja merah"
Seminggu berlalu
"cantiknya dianna"puji liyanna
"sangat indah"kata marianna kagum melihat dianna yang memakai baju pengantin negara mereka iaitu gaun panjang namun tidak kembang ,berwarna biru dan diperbuat dari ribuan kelopak bunga orkid yang berwarna biru,sangat sepadan dengan rambut dianna yang berwarna biru langit sangat lembut, baju itu hanya bertali dibahu dan dianna dipakaikan satu lagi kain sutera berlengan panjang berwarna gelap ,panjang kain sutera itu melintasi kaki dianna .rambut dianna tidak diikat dan dibiarkan terurai panjang melintasi punggungnya ,dianna hanya meminta dipasang mahkota puterinya diatas kepala.
"memandangkan dianna puteri kedua tercantik setelah marianna , daniel teringin pula hendak melihat marianna memakai baju pengantin bila melihat dianna secantik begini"ujar daniel yang terpukau kalau sahaja dianna bukan kembarnya ,dia tentu sudah jatuh cinta pada dianna.
"terima kasih dianna"arianna memeluk dianna dan kesemua kembar dianna memeluknya dengan erat .
"kalau raja merah mengapakan dianna pulang sahaja kesini ,kita istiharkan perang dengan negara merah"kata danish dan dianna tertawa
"baiklah"
Dianna menaiki kereta terbang negara biru dan terbang melintasi seluruh negara biru menuju negara merah dengan hati yang berdebar.

Blood Is Red... Sky Is Blue...Waar verhalen tot leven komen. Ontdek het nu