Bab 2

33 3 0
                                    

Kereta terbang dianna berlabuh dipelabuhan negara merah iaitu sempadan antara negara biru dan negara merah.
"Puteri Biru" seorang lelaki kacak menjemput dianna dan menghulurkan tangannya untuk menyambut dianna turun dari kereta terbangnya
Bukan sahaja lelaki kacak itu malah tentera yang menjemput dan penduduk yang ingin melihat bakal pemaisuri raja merah turut terpukau dengan kecantikan dianna
Dianna menyambut huluran tangan lelaki itu dan turun dari kereta terbangnya.
"saya ialah panglima Taufiq, saya ialah utusan untuk menyambut puteri biru"kata lelaki kacak itu menunduk hormat pada bakal pemaisuri negara merah dan mukanya ketika itu sangat merah kerana malu,malu kerana merenung terlalu lama wajah dianna
Dianna hanya tersenyum dan semua orang yang melihat senyuman itu terkedu bagi mereka senyuman itu sangat indah
Taufiq mengiring dianna ke kereta kuda terbang negara merah, namun ketika dianna menuju ke kereta kuda itu dia ternampak seekor tupai yang berdiri sebaris dengan tentera yang berbaris dari turunnya dia dari kereta terbang negara biru hingga ke kereta kuda terbang negara merah. Dianna menunduk dan mengambil tupai itu dan memberi kepada dayangnya,dianna hanya membawa seorang dayang kenegara merah. Dianna meneruskan perjalanan dan masuk kekereta kuda terbang itu.
Kereta kuda terbang itu membawa dianna terbang melintasi seluruh negara merah dan setelah sejam perjalanan ,mereka tiba istana negara merah.
Mata dianna terbuka besar melihat kebesaran istana negara merah , istana itu sangat berbeza dengan istana mereka. Istana negara biru sekelilingnya berwarna biru sementara istana negara merah sekeliling dianna berwarna merah,ia sangat berbeza dan cantik.
"Puteri Biru ,kami menanti kedatangan Puteri"seorang lagi lelaki bernata biru muncul dan membongkok tanda hormat kepada dianna dan dianna hanya menundukkan kepalanya dan tersenyum dan bila lelaki itu mendongak kepalanya lelaki itu turut terpaku seperti orang lain namun dengan pantas dia sedar dari lamunan dan berdiri tegak dengan muka merahnya
"saya ialah penasihat raja merah juga dikenali sebagai penolong kanan raja merah, Khairul"kata khairul kini mukanya serius dan tidak lagi semerah tadi
"sila ikut saya"pinta khairul
Dianna terpukau dan matanya melilau menjelajah setiap pemandangan istana setiap kali kakinya melangkah mengikut khairul.dia diiringi oleh dua pengawal di depan sebelah kiri dan kanan khairul dan dua lagi di belakang empat orang dayang termasuk dayangnya yang dibawa dari negara biru yang berada dibelakangnya.
Setelah mereka tiba dibalai menghadap dianna disuruh berdiri didepan takhta dan para menteri yang berada dikiri dan kanannya mulai berbisik sesama sendiri tentang kecantikan dianna.
"diumumkan ketibaan yang agung Raja Merah"
Semua orang dibalai menghadap berlutut dan menunduk dan dianna pula berdiri dan membongkok kerana itu adat mereka bila raja tiba
"bangun semua"kata khairul
Dianna berdiri tegak dan nampak seorang budak lelaki yang mungkin berumur 10 tahun,walaupun masih budak kekacakkan wajahnya sangat jelas ,mata berwarna merah dan rambut berwarna merah semerah darah dan dianna dapat rasakan yang tinggi budak itu hanya sampai dadanya .budak kecil itu sedang duduk ditakhta
"raja merah seorang budak?adakah dia raja merah yang menakutkan dan sangat bengis yang sering dikatakan?dia mula memerintah pada umur sebegini? Sebentar, adakah dia bakal suami aku?"sangat banyak pertanyaan yang bermain difikiran dianna dan ketika itu dia hanya mampu diam dan merenung budak lelaki yang sedang duduk ditakhta itu.
"kenapa terkejut raja merah seorang budak kecil? Terkejut bakal suami awak seorang budak?"tanya raja merah dingin namun sinis
"ya, ini takdir aku dan aku patut terima semua ini demi negara biru,ibu selalu berkata setiap apa yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya dan jika dia bakal suami aku, aku patut terima dia seadanya"bisik hati dianna
"saya gembira kerana akhirnya berjumpa dengan tuanku raja merah"buat pertama kalinya dianna bersuara bila tiba dinegara merah dan ia buat semua yang mendengar terbuai mendengar kelembutan suaranya.

¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤

"kau termenung lagi kael"tegur khairul
"jadi ia bukan khabar sahaja, puteri negara biru memang sangat cantik"kata khairul lagi bila mikael iaitu raja merah hanya duduk diam dikerusi sambil melihat pemandangan negara merah pada waktu malam dari bilik berkerja raja merah yang berada diaras paling tinggi dibangunan istana dan tidak membalas kata-katanya
"aku perhatikan kau tadi, kau turut terpaku melihat bakal isteri kau"usik khairul
"tak lah ,mana ada?" muka mikael merah dan menghadap mejanya
"muka kau merah bila dia bersuara"usik khairul lagi
"muka aku merah kerana ketika itu cuaca sangat panas"dalih mikael dan meneruskan kerjanya yang tertangguh tadi
"jangan risau, aku boleh nampak yang bakal pengantin kau baik orangnya"kata khairul
Mikael diam lagi
"kau rasa dia boleh terima aku seadanya?"tanya mikael
"ermmmm...entahlah"jawab khairul dan tersenyum
"tapi dia baik"sekali lagi khairul cakap dianna baik
setelah siap kesemua kerja, mikael balik kebiliknya dan sebelum tidur seperti biasa mikael duduk membaca buku sampailah waktu tiba tepat pukul 12 tengah malam dan dalam sekelip mata mikael bertukar menjadi seorang lelaki dewasa yang sangat kacak dan tinggi . Pada saat itu juga mikael menutup bukunya dan tidur.
Keesokkan harinya
Dianna bersiap memakai baju pengantin negara merah,kali ini baju pengantin negara merah sangat kembang dan berwarna merah terang sementara itu rambut biru panjangnya diikat tinggi berbentuk bulat setelah diikat tocang dan bibirnya digincu warna merah gelap dan dianna sangat suka warna itu dibibirnya.
Mereka mengadakan perkahwinan diTaman paling besar diistana merah iaitu Taman Mawar.Acara perkahwinan dinegara sangat mudah, hanya perlu menyarung cincin sambil mengucap kata sumpah lalu berkucupan antara satu sama lain.Banyak yang hadir ke majlis itu malah rakyat juga dijemput hadir.
"saya bersumpah yang saya akan mencintai awak seumur hidup"ucap Mikael dengan muka dinginnya dan bersahaja lalu menyarungkan cincin pada jari manis dianna.namun,ketika itu hanya tuhan yang tahu betapa kencangnya jantungnya ketika menyentuh tangan dianna dan menyarung cincin ke jari dianna ,betapa susahnya dia cuba menahan muka dari memerah kerana mengucap kata sumpah itu.
Dianna menarik nafas panjang dan hembus
"saya bersumpah yang saya akan mencintai awak seumur hidup"ucap dianna tersekat-sekat dengan suara perlahannya dan membongkok untuk menyarungkan cincin pada jari mikael yang kecil setelah itu dia mendongak menghadap mikael.
Mikael terkedu melihat muka dianna yang sangat merah dan di pipi dianna mengalir air mata jernih.
Dengan tiba-tiba dianna mengucup sekejap bibir mikael dan berdiri dengan pantas . Orang sekeliling menepuk tangan namun Mikael terkaku tanpa dapat menahan lagi ,pipinya sangat merah ketika itu ,begitu juga dianna.
Malam itu dianna menunggu mikael didalam bilik tidur raja merah dengan jantung yang berdebar .dianna melihat jam didinding ,jam menunjukkan pukul 11 malam dan sudah 3 jam dia menunggu disana. Dianna mengeluh dan keluar keberanda bilik dan menikmati udara nyaman dan angin yang menyapa lembut tubuhnya yang masih memakai gaun pengantin.
"awak tunggu saya?"tanya mikael yang turut berdiri sebelah rina menikmati pemandangan kota negara merah dari situ.
"err..ya" jawab dianna menunduk malu
"betulkah awak cintakan saya?"mikael memandang dianna
"saya dalam proses untuk mencintai awak ,kini saya berusaha untuk menerima awak dahulu.saya tahu awak tak cintakan saya langsung.saya tak kisah berapa pun umur awak,saya tak kisah awak lebih pendek dari saya,saya tak kisah kalau awak jahat atau bengis. Saya cuma berharap awak dapat terima saya,bagi saya itu pun dah cukup" Dianna memandang mikael dan tersenyum ketika itu juga angin yang agak kuat membuat rambutnya beralun lembut diudara membuat mikael terpaku seketika
"dah lah,pergi tukar baju dan tidur .saya ada kerja yang perlu disiapkan malam ini jadi mungkin saya berjaga dan tak balik bilik"kata mikael dan pergi dari situ.
Mikael pergi kebilik belajarnya dan disitu ada khairul sedang berkerja membuat kertas kerja.
"ermm,kenapa awal sangat keluar malam pertama ni?"usik khairul dengan senyuman sinisnya mikael membaling pen kearah khairul dan khairul mengelak dan ketawa.
Mikael duduk ditepi tingkap dan termenung,khairul hanya membiarkan mikael melayan lamunannya hinggalah tepat jam 12 dan mikael berubah kelelaki dewasa yang mungkin berumur 20-an.
"puteri biru belum tahu pasal sumpahan kau kan?"tanya khairul
"bila tiba waktunya ,aku sendiri yang akan beritahu dia" jawab mikael

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Feb 27, 2017 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Blood Is Red... Sky Is Blue...Where stories live. Discover now