Bab 3: Satu Penjelasan

4.2K 277 5
                                    

"Syafiq, oo Syafiq, bangun wei. dah nak pukul 7 dah ni. Ko dah solat asar belum?" Kata Amir sambil memegang bahu Syafiq perlahan.

Seakan terkena renjatan elektrik, Syafiq terkejut lalu terduduk sambil tercungap-cungap nafasnya. Sepantas kilat dia terus melihat ke sekeliling biliknya itu. 

"Allahhuakhbar. Astagfirullahalazim. Astagfirullahalazim." Syafiq beristigfar panjang sambil mengusap dadanya perlahan.

"Kau dah kenapa Syafiq? Kau okay tak ni?" Tanya Amir pelik melihat keadaan Syafiq begitu.

"Tak ada apa-apa lah, aku okay je. Yang kau ni buat apa duduk dekat katil aku? Takut ke apa?" Tanya Syafiq kembali saat melihat Amir berada betul-betul di sebelahnya.

"Are you kidding me? Kalau aku takut, aku tak akan offer diri aku untuk stay dengan kau dekat sini wei. Ni aku nak kejut kau sebab dah nak pukul 7 dah. Kau tu dah solat asar ke belum?" Kata Amir lalu berlalu pergi dari katil Syafiq itu.

"Kejap, kau kata kau offer diri? Tadi kau kata Ustaz Kamal yang suruh kau temankan aku, ni kau kata lain pulak. Kau cuba nak tipu aku ke apa ni Amir?" Nada Syafiq bertukar sedikit marah apabila mendengar kata-kata Amir itu tadi.

Langkah Amir terhenti lalu dia menoleh semula ke arah Syafiq yang sudah mulai berdiri di belakangnya itu. Nafasnya ditarik panjang lalu dihembus perlahan.

"Kau solat dulu then aku janji aku akan cerita semuanya Syafiq." Kata Amir sambil mengukir secangkir  senyuman.

Tanpa menjawab sepatah pun perkataan, Syafiq dengan muka yang agak kemarahan berjalan keluar dari biliknya itu lalu menuju ke tandas yang berada tidak jauh dari bilik mereka. Walaupun dia separuh mati ingin tahu apa penjelasan kepada semua perkara itu, namun memikirkan yang dia masih belum menunaikan solat lagi membuatkan dirinya bersabar buat seketika.

Amir yang masih berdiri kaku di dalam biliknya itu, tidak menunjukkan sebarang emosi pada riak wajahnya. Seakan sudah bersedia untuk menceritakan segalanya, Amir manarik perlahan kerusi di belakangnya itu lalu melabuhkan punggungnya di situ. 

"Aku harap kau cukup kuat Syafiq untuk terima semua benda ni." Kedengaran Amir bermonolog perlahan.

-0-0-0-0-

Seusai Amir menunaikan solat Maghrib, kelihatan Syafiq sudah mulai bersedia untuk mendengar segala penjelasan yang mahu diberikan oleh Amir. Dengan riak muka yang masih sama, Syafiq menarik kerusinya keluar dari meja belajarnya itu lalu meletakkannya betul-betul di tengah bilik mereka. Amir yang baru sahaja siap meletakkan sejadahnya itu di bucu katil turut melakukan perkara yang sama. 

Suasana di dalam bilik itu sememangnya sunyi sejak dari petang tadi. Amir yang sudah menyelesakan dirinya di atas kerusi itu, mula memandang wajah Syafiq yang berada betul-betul di hadapannya itu. Syafiq yang masih melemparkan wajah marahnya, seakan tidak sabar untuk mendengar Amir memulakan bicaranya.

"Kau ingat lagi Syafiq masa Mak kau kemalangan 10 tahun lalu?" Amir memulakan bicaranya dengan bertanya satu soalan yang menusuk jiwa Syafiq.

Mendengar sahaja soalan itu yang ditanya, Syafiq terus bangkit dari kerusinya lalu menerpa  ke arah Amir dengan penuh marah. Syafiq mencengkam kuat kolar baju Amir lalu mengangkat tinggi buku limanya yang digenggam kuat. 

Roommate 2 - COMPLETEDWaar verhalen tot leven komen. Ontdek het nu