Bab 5: Sekali Lagi

4.4K 250 4
                                    

Ustaz Kamal yang baru sahaja selesai mendirikan solat sunat Dhuha dua rakaat di surau asrama itu kelihatan sedang memakai kasutnya di hadapan surau tersebut. Tidak jauh dari surau itu pula, Syafiq yang baru sahaja menuruni anak tangga bloknya itu terlihat akan kelibat Ustaz Kamal di sana. Dia terus melihat jam tangan yang berada di tangannya itu lalu berjalan menuju ke arah Ustaz Kamal yang kelihtan turut menuju ke arahnya.

Jam yang menunjukkan pukul 8.40 pagi masih memberi ruang untuk Syafiq berbual seketika dengan Ustaz Kamal malah sempat untuk dia bertanyakan beberapa perkara yang bermain di dalam benak fikirannya sejak semalam lagi. Walaupun dia yang sepatutnya berjumpa dengan pensyarahnya pada jam 9 pagi, namun persoalan yang bermain di dalam fikirannya itu sudah tidak mampu dikawal lagi.

"Assalamualaikum Ustaz." Sapa Syafiq saat dia mendekati Ustaz Kamal.

"Waalaikumsalam wbt. Syafiq. Nak jumpa Prof ke pagi ni?" Tanya Ustaz Kamal saat melihat Syafiq yang menyandang beg galas di belakangnya itu menghampirinya. 

Syafiq yang menghulurkan tangannya itu untuk bersalaman disambut mesra oleh Ustaz Kamal.

"A'ah Ustaz, saya otw nak ke fakulti saya ni. Kebetulan ternampak Ustaz dekat sini, itu yang saya datang tegur." Jawabnya kembali.

"Ooo ye ke. Haaa ni kebetulan saya dah berjumpa dengan kamu ni, saya ada beberapa soalan yang nak ditanya dekat kamu ni Syafiq." Kata Ustaz Kamal sambil mengarahkan Syafiq untuk berjalan di sampingnya itu.

"Saya pun sebenarnya ada soalan yang nak ditanya dekat Ustaz ni. Ni Ustaz free ke?" Tanya Syafiq yang risau sekiranya dia menggangu Ustaz Kamal pada waktu itu.

"Saya sebenarnya free je ni, cuma biasalah nak kena key in maklumat pelajar baru je. Tapi macam ni lah Syafiq, apa kata kamu pergi jumpa dengan Prof kamu tu dulu then kalau dah siap semua kerja kamu, kamu datang jumpa saya dekat pejabat saya. Ok?" Cadang Ustaz Kamal kepada Syafiq.

"Haaa ok jugak macam tu Ustaz, sebab risau pulak nanti Prof dah tak ada masa nak berjumpa dengan saya. Lepas habis je perjumpaan saya dengan dia, saya akan terus ke pejebat Ustaz ye." Kata Syafiq lalu menghulurkan tangannya untuk bersalaman.

"Baik. Saya tunggu awak dekat pejabat saya tu ye. Kalau tiba-tiba saya ada hal, saya akan telefon awak ye Syafiq." Balas Ustaz Kamal sambil memegang perlahan bahu Syafiq yang tunduk untuk bersalaman dengannya.

"Ok Ustaz, saya gerak dulu. Kalau ada apa-apa nanti Ustaz whatsapps saya pun ok. Assalamualaikum." Syafiq memberi salam sebagai tanda mengakhiri perbualan mereka itu.

"Waalaikumsalam." Jawab Ustaz Kamal lalu berjalan pulang menuju ke pejabat nya yang terletak di bahagian bawah blok asrama pelajar lelaki itu.

-0-0-0-0-

Jam menunjukkan tepat pukul 12 tengahari. Ustaz Kamal yang begitu khusyuk menekan butang-butang di papan kekunci komputer miliknya itu sehingga tidak menyedari akan kehadiran seseorang di hadapan pintu pejabatnya itu.

"Assalamualaikum Ustaz." Itu merupakan salam ke dua yang diberikan.

"Ustaz Kamal! Assalamualaikum!" Kali ini nada suaranya ditinggikan sedikit supaya Ustaz Kamal menyedari kehadirannya di situ.

"Waalaikumsalam wbt. Allahu, maaf maaf. Ustaz tak perasan kamu ada dekat situ. Jemput masuk Amir." Ustaz Kamal bingkas bangun dari kerusinya itu saat mendengar suara seseorang memberi salam.

Roommate 2 - COMPLETEDWhere stories live. Discover now