Chap 2

12.8K 391 15
                                    

Iruka pulang seperti biasa dan masuk ke sebuah cafe tempatnya bekerja. Hari ni tidak terlalu ramai pengunjung di cafe jadi tidak letih dan penat untuk bersekolah pada keesokan harinya.

Iruka mengemas dan mengelap meja yang sudah kosong. Terlalu ralit membuat kerja sehingga tidak perasan ada mata yang memerhatinya.

"Woi!!! Kau tengok apa tu nampak khusyuk je dari tadi."tegur rakannya.

"Mana ada apa apa aku tengah fikir je lah."elaknya.

"Ye lah tu ada ada je kau ni."

Dia hanya tersenyum manis ke arah kawannya. Mereka satu sekolah dan melepak di cafe yang berada berdekatan sekolahnya juga. Selalu tidak pernah nampak budak manis tu hari ni ternampak pulak.

Tergerak hatinya untuk lebih mengenali budak lelaki yang sedang bertungkus lumus melakukan pekerjaannya.

Dia berjalan ke arah budak comel yang sedang membasuh tangannya di singki.

"Hai."tegurnya tiba tiba.

Iruka menoleh ke arah yang menegurnya. Dia melihat seorang lelaki yang kacak dan lebih tinggi sedikit darinya. Memakai baju sekolah biasa yang berdekatan dengan cafe tempat dia bekerja.

"Ya."

"Nama saya Sekai Hayase. Boleh panggil Hayase."Hayase memperkenalkan dirinya terlebih dahulu.

"Ouh. Nama saya Yase Iruka. Selamat berkenalan."ujarnya.

Hayase tersenyum manis dan menganggukkan kepalanya.

"Dah lama kerja kat sini?"

"Boleh lah dalam beberapa tahun lepas."jawab Iruka.

"Okay lah saya nak sambung buat kerja nanti boss nampak pulak. Minta diri dulu."ujarnya dan berlalu pergi.

Hayase hanya memandang Iruka dan kembali ke mejanya.

"Kau mengurat orang ke Hayase."ujar temannya.

"Kau jangan nak mengarut la. Aku saja berkenal kenalan. Tu pon salah ke, tak kan?"

"Apa apa je lah. Kau ni memang pandai bab bab menjawab ni."

"Tau pon."

Mereka melepak sehingga petang dan seorang dari seorang berganjak pulang. Hayase berjalan dengan teman sekelasnya dan beranjak pulang.














Iruka berjalan pulang setelah tamat jam kerjanya juga tutupnya cafe yang dia bekerja.

Berjalan melewati blok blok bangunan yang menjulang tinggi. Sudah sangat terbiasa melalui jalan yang sama walaupun gelap atau terang.

Sepanjang perjalanan menuju ke rumahnya Iruka banyak kali mengeluh. Mengeluh bukan sebab kerja melainkan kes yang melandanya apabila ke sekolah. Kenapa dia selalu dibuli dengan orang yang sama dan sentiasa menganggunya tidak kira di mana apabila bertembung.

Tiba tiba nasib malang menyebelahinya lagi dan lagi. Fujimaru ada di hadapannya sekarang di hadapan blok rumahnya yang usang dan sudah lama. Walaupun nampak mengerikan dan menakutkan tapi dia tidak kesah akan hal itu. Asalkan ada tempat untuk berteduh sudah memadai baginya.

"A- apa kau nak?!"tergagap Iruka jadinya. Walaupun dia hanya seorang bagi Iruka, Fujimaru lagi menakutkan berbanding rakan rakannya yang lain.

"Hurm.. Tak ada apa apa. Saja datang sini tak boleh ke?? Kau tak nak pelawa aku masuk ke??"Iruka mengerutkan keningnya. Kenapa pula dengan mamat ni dah kena sampuk ke apa tiba tiba cakap baik baik macam ada makna saja.

"O- ouh. Jemput lah masuk kalau sudi."ucapnya dan berjalan terlebih dahulu dan naik melalui tangga kerana lift dekat blok ini kadang kadang rosak. Nasib rumahnya berada di aras kedua. Bukan aras yang paling atas sekali kalau tidak mahu patah kakinya asyik naik turun tangga hari hari.

Fujimaru hanya mengikutinya dari belakang dan matanya meliar ke semua arah. Dia tidak pernah datang ke tempat seperti ini. Orang kaya mana nak datang tempat buruk macam tu.











"Nah air. Minum lah."Iruka menghulurkan segelas air sejuk kepada Fujimaru yang sedang duduk di atas sofanya.

"Fujimaru- san?? Boleh aku tahu kenapa kau datang rumah aku??" Iruka bertanya soalan yang asyik bermain main di mindanya walaupun Fujimaru tidak mahu menjawab seperti tadi.

Fujimaru hanya diam dan minum air yang diberi olehnya sahaja.

"Kau?? Ada masalah??"Iruka hanya menebak kerana hanya itu yang paling munasabah.

Tiba tiba Fujimaru mengeluh dan menyandarkan kepalanya di kepala kerusi serta menutup kedua dua matanya. Layaknya seperti menanggung risiko yang sangat berat.

Iruka melirik jam di dinding rumahnya dan jam menunjukkan pukul 11 malam. Sudah agak lewat untuk Fujimaru pulang ke rumahnya. Tapi tak kan nak suruh dia tidur sini pula kan?? Pening jadinya kepala Iruka memikirkan pasal Fujimaru.

"Kalau tak nak cerita tak apa aku faham. Ni dah lewat kau nak balik or stay??"Iruka berkata dengan slow apabila menyebut perkataan 'stay' kerana tak nak Fujimaru berfikir yang bukan bukan pula.

"Hmm..."hanya itu balasan Fujimaru. Masih menutup matanya. Iruka hanya mengeluh. Dia pun pergi ke tandas untuk mencuci mukanya dan memberus gigi sebelum tidur.

Selesai di tandas Iruka membersihkan tempat tidurnya yang sudah bersih dan rapi. Selalu selepas bangun tidur dia akan kemas tempat tidurnya. Baru lah nampak kemas dan teratur.

"Aku tidur dengan kau kat katil ni." tiba tiba suara Fujimaru memecahkan suasana yang senyap. Iruka memberikan ruang untuk Fujimaru baring di sebelahnya.

Fujimaru terus terlelap apabila baring di katil dan sebelah orang yang sentiasa bermain di mindanya sejak akhir akhir ini.

Iruka hanya memandang ke arah Fujimaru yang terlelap. Dia pun turut baringkan tubuhnya yang letih akibat kerja sambilannya.










Update lagi>.<
Gomenasaiii~.~ada typo biasa lah kan...^.^
Ada yang suka tak story baru sis ni•.•
Vote and komen plsss+.+
Arigatougozamaissu~.~

BuLlIyInG LoVe[BxB]Where stories live. Discover now