Bab 51

31.5K 849 10
                                    

"Macam mana so far?"soal Puan Sri Yati ingin tahu.

Panggilan yang dinanti-nantinya akhirnya dijawab. Resah gelisah saja dia sejak tadi mengenangkan nasib seseorang. Dia perlu tahu berita fadal Aira. Tak lama lagi, Aira takkan ada kat dunia ini dan harta Tan Sri Ridhwan akan berpindah milik pada suaminya. Itu yang dia mahukan.

"Puan Sri, encik Karl jumpa dengan Aira petang tadi. Itu yang saya sangkut tu."dalih suara di hujung talian.

Puan Sri Yati sudah berkerut dahi. Apa masalahnya kalau Karl ada pun. Langgar aje dua-dua sekaligus. Senang sikit kerjanya lepas ni. Huh! Benda senang pun tak boleh setel.

"Kalau ada Karl pun, bukan masalah besar sangat pun kan? Aku bayar kau buat kerja bukan free tau."balas Puan Sri Yati dalam nada geram.

"Problemlah, Puan Sri."ujar suara lelaki tersebut sedikit resah.

"Dah, dah. Aku tak nak dengar alasan lagi. Walau apapun, aku nak esok kerja kau setel."tingkah Puan Sri Yati lalu mematikan talian.

Telefon pintar jenama iPhone dibaling ke atas katil. Sementelah itu, Puan Sri Yati terus menghempaskan punggungnya di atas sofa. Baru tadi, dia ingat nak buka berita. Dia nak sangat dengar tajuk berita 'Kes langgar lari melibatkan anak Tan Sri Ridhwan'. Namun hampa, nampaknya bukan malam ini.

"Woi, Qaisara!"sergah Puan Sri Yati merapati Puan Qaisara yang ketika itu sedang sibuk membersihkan ruang tamu.

Meluat betul dia tengok perangai Qaisara yang acah-acah baik itu. Kononnya, rajin sebab nak dapat pujian daripada Tan Sri Mukim. Huh, ingat aku tak tahu taktik kau budak kampung? Puan Sri Yati berpeluk tubuh.

"Kau dengar tak aku panggil kau ni?"ulang Puan Sri Yati apabila merasakan Puan Qaisara langsung tak melayan panggilan keramatnya itu.

Serta-merta Puan Qaisara mematikan tindakannya. Dia menoleh pada adik iparnya itu. Dia bukannya bodoh untuk bezakan benci dan sayang. Sudah terang lagi bersuluh, Puan Sri Yati tak menyukainya sejak dia menjejakkan kaki ke dalam rumah Tan Sri Mukim.

"Apa dia, Yati?"balas Puan Qaisara dengan mendatar.

Puan Sri Yati tersengih sinis. Dibeleknya apron yang dipakai Puan Qaisara. Hahaha.. memang layak pun kau sarungkan apron buruk tu kat tubuh kau. Memang kena dengan title pembantu rumah.

"Kau buatkan aku teh panas. Aku hauslah. Cepat sikit. Ni, kau tinggalkan semua ni dulu, buat air aku cepat."arah Puan Sri Yati dalam nada bongkak.

Puan Qaisara menarik nafas dalam-dalam. "Saya bukannya maid awak, Yati yang awak boleh suruh-suruh."

"Eh, memang kau layak pun jadi pembantu rumah. Budak kampung macam kau tak layak digelar menantu Tan Sri Mukim tau. Ingat tu!"jerkah Puan Sri Yati lantang.

"Apa yang bising-bising ini? Tak cukup lagi nak cari fasal semalam, hari ni nak sambung balik ke?"celah Tan Sri Ridhwan menuruni tangga. Lengan bajunya dikancing. Dia mengatur langkah mendapati isterinya.

Puan Sri Yati terdiam serta-merta. Baru saja tadi, dia ingat mahu hamburkan perlian dan hinaannya tapi semuanya mati bila Tan Sri Ridhwan di depan mata. Telan liur Puan Sri Yati dibuatnya.

"Cuba ulang semula apa yang Yati cakap pada Qaisara? Saya nak dengar semula dari A sampai Z." ujar Tan Sri Ridhwan bercekak pinggang. Selama ini dia memang sudah cukup sabar dengan perangai Puan Sri Yati yang mengada-ngada itu.

Inilah akibatnya bila manusia terlalu mengagungkan kuasa sampai terlupa ada lagi yang lebih berkuasa daripadanya. Bila dunia diletakkan pada level, orang yang tak berharta diperlekehkannya.

Puan Sri Yati mengunci mulut. Tak berani dia ulang ayat penghinaan yang telah dihamburkan pada Qaisara tadi. Dia diam saja.

Tan Sri Ridhwan menarik sengih. Bahu isterinya dipeluk erat.

Dia bukan Pilihan[✅COMPLETED]♡Wo Geschichten leben. Entdecke jetzt