a+k+u

43 2 0
                                    

kalau cukup waktu aku
kepada tuhan aku taipkan
status facebook, twit pendek
entri di wattpad
supaya diaminkan beramai-ramai
oleh kawan-kawan yang tukang like
dan kaki komen.

aku bengang, dengan keadaan
sekarang yang macam gampang.

aku dari generasi y, yang banyak
bertanya dan menggapai cita-cita
ada yang dapat dicapai
ada juga dilupakan dan dipijak
beramai-ramai.

hidup ini mimpi mencabar
dan sabar adalah lena yang
aku dah lama tak merasa
nikmat nyenyaknya.

daripada isu-isu semasa
hingga kepada hal-hal peribadi
yang akuku perlu lalulului.

dewasa adalah bila kau perlu
hadap dunia dengan segala isinya
dibelasah nasib dan jiwa membatu
tak tertunduk dan dewasa ialah
bukan tentang kuat mana kau boleh
pukul balik tetapi kuat mana kau
boleh tahan kena pukul dan terus
—bangun balik.

aku sempat menyaksikan
60 tahun kemerdekaan
tapi kolonisasi adalah kolonisasi
dengan apa jua nama;
warna kulit tak membezakan korupsi.
kebebasan adalah perkara terlaknat;
mungkin sebab itu orang-orang gila
dijaminkan syurga.

akal dan kudrat diberi
tak perlu lagi—sebab
sebarang aduan adalah
dianggap tak bersyukur
dan revolusi akan sentiasa
ditelevisi, digitalisasi dan politaikkan
                   melainkan kau mulakan ia
di atas ranjang tilam ikea atau
lantai-lantai masjid gereja kuil tokong
                        mana-mana.

segala ragu dan ingin tahu
merosakkan iman, kata mereka
jadi usahlah kita berpegang lagi
kepada "bacalah" dan "tidakkah kau berfikir"

bawakan segala kebabian ini berlari
                  berlari lari lari riri riririri
dari sekolah ke rumah ke padang bola
ke dewan peperiksaan ke surau
ke bilik kuliah ke kantor
ke bilik karok
ke perputakaan ke whatsapp ke email
ke slide perbentangan ke fyp
ke disertasi rejek ke phd beli
ke tangis darah dan keringat
ke mesin atm ke along
ke dompet mak ayah
ke tali gantung
ke momen-momen depresi
ke saat-saat ekstasi
ke jinjang pelamin
ke kubur masa umur 27
ke lagu-lagu alternatif
ke meme-meme kelakar
ke hiphop nusantara
ke salut jari hantu
ke kafe-kafe lampu minyak malap
ke puisi-puisi ocd
ke sajak-sajak butang
ke pantun-pantun urban
ke matinya tulang-tulang
seorang pahlawan berserakan
ke ranjau sepanjang nkve
ke exit 137 simpang pulai
ke dharma para malaikat
ke desolasi manusia-manusia ralat
ke sejenis kebiruan
ke benda-benda kegemaran
ke akedemi pengajian melayu baru
ke sajak-sajak sasau
ke nota-nota risau
ke tak tak tak takpa ke tun tun tunduk
ke se se se serah ke nikmat tuhan
mana aku dan akuku nak nafikan
ke liberalisasi ke keabadian dalam
kefanaan ke ke ke ke ke mana-mana
di bumi ini aku akuku
bawa diri sendiri

berlari lari lari lari
lari lari lari lari lari

LA
R I

menghadap

mcdodo sos szechuan
atau kfc sos keju
burger tepi jalan
atau patty buat sendiri

lapar dan dahaga ini
biar ia mengajar aku
macam mana nanti
nak berhenti

ber
la
ri

dan macam mana
pulak untuk

me
na
ri

dan aku lebih peduli
dan aku lebih tidak peduli

cukup sekadar
untuk satu tempoh
hayat ini

dan apa yang aku tahu
aku taknak hidup
selama seribu tahun

lagi.

SajakjakjakWhere stories live. Discover now