Chapter 31

777 40 0
                                    


Kedengaran alarm daripada telefon milik Mira berbunyi nyaring.

Mira perlahan lahan membuka mata...dia terpisat pisat bangun dan segera mencuci muka.

Mira membersihkan dirinya dan keluar dari tandas.jam di dinding dipandang sekilas.

Jam 3:34 pagi.

Mira bingkas turun dan mencapai bahan bahan untuk memasak sahurnya .

Selesai memasak.Mira berniat puasa dan menjamu selera. Seusai makan,Mira mengemas meja .

Lauk yang lebih dimasukan ke dalam peti sejuk.Tangan Mira segera mencapai puding yang dibuatnya semalam.

Sambil memakan puding,Mira membuka app skype dan menelefon Hasya.

Mira dan Hasya berskype agak lama sehingga azan subuh berkumandang.

"Oklah...aku off dulu..bye Assalammualaikum".ujar Hasya.

"Eh jap".panggil Mira.

Hasya memandang Mira dengan kening yang terangkat sebagai tanda 'apa die?'.

"Kau rase Lina balik raya tak?". Tanya Mira.kedengaran sayu sahaja suaranya.

Hasya menggeleng.

"Entahlah wei...kau dah call Lina ke.?".soal Hasya.

"Of course nooo..sebab tu aku tanya...aisshh..dahlah..bye waalaikummusalam".balas Mira.

"Sekarang baru nak jawab salam aku...hmm..klah..byee".gelak Hasya.

Mira melambai dan mematikan talian.

Mira membuang bekas puding ke dalam tong sampah dan bergegas ke bilik air.

Mira mengambil wuduk dan membentang sejadah lalu memakai telenkung.

Mira solat dengan khusyuk.

Dia menadah doa.

"Ya Allah,kau ampuni lah dosa dosa ku Ya Allah. Sesungguhnya aku ialah hamba Mu yang jahil. Perbaikilah diriku ke jalan yang benar...rahmatilah mama dan papa yang aku sayangi Ya Allah.". Mira mengaminkan doa.

Dia mengesat air mata yang mengalir.hati dia menjadi lapang dan tenang.

Rasa dekat dengan Ilahi.

Mira menyidai sejadah ke ampaian manakala telekung dilipat ke dalam almari.

Jam dinding dikerling.

Jam 6:07 pagi.

Mira bersiap untuk ke kelasnya yang mula pada jam 7 pagi. Mira memakai hoodie kelabu dikenakan dengan jeans hitam.

Tudung bawal berwarna hitam dicapai dan dipakainya.beg galas berwarna maroon bersama beg computer dicapai.

Kunci motor berkuasa tinggi disambar.Mira memakai topi keledar dan segera meninggalkan kawasan perumahan mewah itu.

→→→→→→→→→→→→→→→→

Mira memasuki kawasan universiti.Ada lagi 2 hari sebelum dia bercuti raya.

'Rayanya minggu depan.nanti nak ajak ahli the Giblirz yang lain pergi beli baju raya lah' getus Mira.

Dia menapak masuk ke dalam Unitar International University dan mendekati lokernya.

Mira menyimpan dan mengambil buku buku yang berkaitan sambil matanya meliar melihat pelajar yang mulai ramai.

Matanya menangkap gerangan yang amat dikenalinya.Mira segera bangun dan mendekati gerangan itu.

Cinta 4 Darab 1♡[COMPLETED]Where stories live. Discover now