Special Chapter♡

1.4K 42 18
                                    


9 bulan kemudian...

"Sayang, bila tarikh due yang doc cakap?". Soal Haiqal.

Mira memandang Haiqal sambil mengunyah biskut biskut yang diberi oleh Nenek Haiqal.

"Umm.. minggu depan". Balas Mira bersama mulut yang penuh dengan biskut.

Haiqal tergelak melihat gelagat comel Mira.

Seminggu kemudian...

"Sayang, abang hantar sayang gi hospital eh?". Soal Haiqal.

"Kenapa?". Soal Mira.

"Abang ada meeting penting, abang takut nanti tiba tiba sayang nak beranak.. sempat lah juga doktor tolong". Balas Haiqal.

Mira menarik muncung .

"Hmm yelah.. bila abang balik?". Soal Mira.

"Lewat sikit, tapi kalau sayang dah nak beranak.. abang datang secepat mungkin". Pujuk Haiqal.

Mira mengangguk.

"Abang suruh Hasya dengan Hana teman sayang ok? Takdelah sayang bosan". Pujuk Haiqal lagi.

Mira tersenyum.

"Sayang abang!". Mira memeluk Haiqal.

Haiqal mengucup ubun ubun Mira dengan penuh kasih.

"Dah.. pergi bersiap". Arah Haiqal.

Mira berjalan berhati hati mendekati almari pakaiannya dan menarik sehelai jubah dan sehelai tudung bawal.

Sampai sahaja di hadapan pintu utama hospital swasta, Haiqal membawa Mira masuk dan mendaftar namanya.

Jururawat yang bertugas membawa mereka ke bilik VVIP yang ditempah Haiqal.

"Puan rehat kat sini, kami akan pantau.. kalau ada apa apa, tekan butang merah ni". Terang jururawat itu.

Mira hanya mengangguk.

"Abang pergi dulu ye sayang, nanti Hasya dengan Hana datang". Pinta Haiqal.

Mira mengangguk.

Haiqal mengucup kedua belah pipi Mira lalu mengucup ubun ubunnya pula sebelum melangkah keluar.

◎◎◎

"Assalammualaikum". Jawab Haiqal.

"Waalaikummusalam". Balas seseorang di hujung talian.

"Hana nak apa ni?". Soal Haiqal.

"Mira nak beranak dah ni, cepatlah datang". Balas Hana.

Haiqal memandang jam dinding,

3.45 a.m.

"Okay, abang Qal datang sekarang". Balas Haiqal lalu memutuskan talian.

Haiqal bangkit dari kerusinya, kenapalah harini juga ada meeting banyak banyak dengan fail yang bertimbun.

Haiqal mengeluh sebelum memasuki perut lif lalu turun ke ground floor di mana keretanya diletakkan.

Kereta Maserati berwarna hitamnya membelah jalan raya dengan laju ke hospital yang menempatkan Mira.

Keluar sahaja dari kereta,dia menelefon Hana.

"Ye?". Soal Hana di hujung talian.

Cinta 4 Darab 1♡[COMPLETED]Where stories live. Discover now