Chapter 26

4.4K 179 6
                                    

Italic- bahasa Belanda

~~~~~~~~~

"Lama sungguh awak berbual dengan mak. Apa yang awak sembang?" soal Umairah, sebelum keluar daripada kereta Adam. Mereka sudah sampai di hadapan rumah sewa Umairah.

Adam memandang Umairah. Dia senyum. "Takde apa-apa. Just some things that papa wants to relay to your mother."

"Takkanlah sebab tu je. Mak macam cakap something kat awak sampaikan awak senyap sepanjang perjalanan," Umairah tidak percaya dengan kata-kata Adam itu.

Adam senyum. "Betul. Tu je yang saya bualkan dengan mak awak," kata Adam, meyakinkan Umairah.

Umairah berfikir sejenak kemudian menganggukkan kepalanya. Adam suka menyimpan rahsia daripadanya. Begitu juga ibunya. Dia tidak mahu bertanya lebih lanjut. Dia tahu semua rahsia yang disimpan oleh Adam dan ibunya itu membawa kebaikan kepadanya.

Umairah membuka pintu kereta Adam lalu keluar daripada kereta mewah Adam itu. Adam turut keluar daripada keretanya.

Umairah memandang Adam. "Thanks sebab temankan saya. And thanks juga sebab tolong hantarkan saya ke rumah saya."

Adam senyum. Dia menganggukkan kepalanya. "It's okay, Hana. It's my job to help you. Also, I already promise to your mother that I'll protect you from any danger. So, ini dah jadi tanggungjawab saya dah."

Umairah tersenyum sambil menganggukkan kepalanya. "Okaylah. Saya masuk dulu. Nanti kalau apa-apa, saya call awak," kata Umairah. Dia membuka pintu pagar rumahnya kemudian melangkah masuk ke perkarangan rumahnya.

Adam hanya memerhati sahaja langkah Umairah itu. Dia masih tidak berganjak daripada tempatnya berdiri. Dia mahu melihat Umairah masuk ke rumahnya sebelum dia pergi daripada rumah itu.

Hati Umairah tidak senang. Dia memandang sekeliling rumahnya sambil berjalan berhati-hati ke pintu rumah sewanya. Dia ingin membuka kunci rumahnya namun tidak jadi apabila pintu rumahnya begitu senang terbuka. Umairah menolak pintu rumahnya lalu melihat ke dalam rumahnya itu.

Adam memerhati perlakuan Umairah dari jauh. Dia tidak senang hati apabila melihat tingkah Umairah yang kelihatan teragak-agak. Adam segera melangkah memasuki perkarangan rumah Umairah itu. Pengawal peribadinya turut ingin mengikut langkah Adam namun Adam menegah.

"ARGH!!" jerit Umairah. Dia terduduk di hadapan pintu rumahnya itu.

Adam yang mendengar jeritan Umairah terus berlari mendapatkan Umairah. Dia segera memeriksa keadaan Umairah. Kemudian dia memandang ke dalam rumah sewa itu.

Adam terkedu. Dia terus berkalih ke belakangnya, mengisyaratkan pengawal peribadinya memeriksa kawasan rumah itu. Dua orang pengawalnya segera melangkah masuk ke dalam rumah Umairah, memeriksa sama ada rumah itu selamat ataupun tidak.

Manakala, dua orang lagi memeriksa kawasan persekitaran rumah itu. Mereka masing-masing memerhati sekeliling rumah itu, melindungi Adam yang sedang memujuk Umairah itu. Adam memimpin Umairah berjalan menjauhi daripada pintu rumah itu.

"It's okay, Hana. Semua akan baik-baik sahaja," pujuk Adam, lembut. Dia ingin menarik Umairah ke dalam pelukannya namun tidak jadi apabila memikirkan mereka tiada ikatan yang sah.

Umairah memandang Adam. Dia cuba untuk mengawal badannya supaya tidak mengeletar. Namun, tidak berjaya. Dia masih lagi terkejut dengan apa yang disaksikannya tadi. Akhirnya, dia menundukkan kepalanya lalu terus meletakkan kepalanya di kepala lututnya.

"Hana, look at me, Hana. Pandang saya," pinta Adam sambil memegang bahu Umairah.

Umairah langsung tidak mengangkat kepalanya. Dia masih lagi terkejut.

Pengorbanan Untuk AwakOù les histoires vivent. Découvrez maintenant