Chapter 51

4.8K 203 10
                                    

"What are you doing here, Hana Umairah? Do you know it is dangerous for you to be here?" kata Adam, tegang. Dia langsung tidak berkalih memandang Umairah.

Umairah mengeluh. "Siapa suruh awak buat macam ni," balas Umairah.

Adam berkalih memandang Umairah. Dia segera menaikkan penghalang antara tempat duduk pemandu dengan tempat duduk belakang.

"Awak memang sengaja cari pasal," kata Adam.

Umairah pandang tepat ke mata biru Adam itu.

"Saya datang sini sebab nak pujuk awak," kata Umairah.

"Pujuk saya?"

"Yes, pujuk awak."

Adam terdiam.

"Tindakan awak buat macam ni, buatkan semua orang sekeliling awak merana. Risaukan awak," kata Umairah apabila melihat Adam diam.

"Awak tahu semuanya?" soal Adam.

Umairah mengangguk.

"Siapa yang beritahu awak? Auntie Lia?" soal Adam.

Umairah menggeleng. "Kak El yang beritahu saya. Kiki pun ada beritahu saya juga. Pasal semua perkara yang jadi ni," kata Umairah.

Adam ketawa perlahan. Dia mengurut-urut dahinya. "Mereka tu memang tak boleh simpan rahsia langsung," kata Adam.

"Saya patut tahu apa yang jadi masa tu. Perkara tu terjadi pada saya. Saya berhak tahu. Kalau mereka tak beritahu pada saya, agaknya sampai bila-bila saya takkan tahu. Mak pun taknak beritahu pada saya. Amir dengan Amira apatah lagi. Mereka lebih senang berdiam diri," luah Umairah.

"Awak ingat senang ke untuk saya lupakan semua yang terjadi tu? Bila awak, mak saya, keluarga saya sembunyikan semuanya daripada saya, buatkan saya rasa teruk. Buatkan saya rasa saya hanya menyusahkan orang je," kata Umairah. Matanya berair, menahannya daripada jatuh di pipinya.

Adam segera menggelengkan kepalanya. "No, Hana. Awak tak menyusahkan sesiapapun. Apa yang jadi ni bukan salah awak. Bukan salah siapa-siapa," kata Adam.

"Then, awak apa yang awak buat sekarang ni? Awak salahkan diri awak kan, atas apa yang jadi?" kata Umairah.

Adam terdiam.

"Saya datang sini sebab saya nak hilangkan rasa bersalah awak tu. Saya taknak awak rasa bersalah atas apa yang jadi. Semua ni, seperti yang awak kata tadi. Bukan salah siapa-siapa. Allah dah tulis semua ni akan berlaku. Kun Fayakun, Adam Mikael," ujar Umairah, perlahan.

"Tapi, sebab saya bawa awak ke sini, awak terpaksa lalui semua tu," kata Adam.

Umairah menggeleng. "No, Kael. Saya ikut awak bukan sebab awak yang minta. Saya ikut kerana saya mahu lihat sendiri tanah air mak saya. Saya nak jumpa keluarga mak saya," kata Umairah.

Adam mengeluh.

"Bila saya dapat tahu awak pun cedera parah masa selamatkan saya, saya rasa bersalah sangat-sangat. Saya rasa sebab saya awak cedera. Sebab saya awak terpaksa buat semua tu. Semua tu salah saya," kata Umairah.

Adam terus menggelengkan kepalanya. "No, Hana Umairah. It is not your fault, Hana."

Umairah senyum. "See, you also said that all of these things are not my fault. But, how about you?"

"You being guilty won't make anyone ease, Kael. Semua orang risaukan awak," kata Umairah sambil pandang tepat mata Adam.

"So, please. Don't feel guilty for all of these," ucap Umairah, lembut, separuh merayu.

Pengorbanan Untuk Awakحيث تعيش القصص. اكتشف الآن