Bab:46 ☑

3.7K 148 27
                                    


Arianna

MASUK sahaja ke pejabat untuk pertama kali selepas bergelar isteri, jenuh aku menepis segala usikan kakak-kakak senior yang sudah banyak pengalaman. Walau hakikatnya, tiada apa pun yang berlaku di antara aku dan Fahri.

"Wah, berseri betul pengantin baru kita ni!" Maya meluru dan memaut bahuku sebaik sahaja sampai di ruang kerjaku.

Aku tersenyum. Tidak lama, Nina juga menyertai aku dan Maya.

"Hujung tahun ni bersanding, kan? Akak jangan lupa jemput kami. Tak sabar nak tengok akak atas pelamin."

Aku menelan liur. Bersanding?

"Agaknya, tak jadi," kataku perlahan.

Terkejut Maya dan Nina.

"Kenapa?" soal Maya prihatin.

"Ha, akak da berisi ke?" celah Nina pula.

"Bukan..." Aku menarik nafas panjang.

Aku tahu aku perlu berterus-terang kepada mereka. Lagipun, hanya mereka berdua sahaja yang mengetahui calon suamiku sebelum ini.

"Sebenarnya, Yana tak kahwin pun dengan Abang Adam." Seperti yang telah aku duga, mereka berdua sangat terkejut mendengar pengakuanku.

"Ya Allah... macam mana boleh jadi macam ni?" soal Maya sambil tangannya menutup mulut. Mungkin masih tidak percaya.

"Dah tu, akak belum kahwin la?" soal Nina pula.

Aku menggaru kepala. Macam mana agaknya nak terangkan?

"Yana nikah juga malam tu, tapi bukan dengan Abang Adam." Kali ini, Maya dan Nina pula sibuk menggaru kepala yang tidak gatal.

"Kalau bukan Abang Adam, kau nikah dengan siapa?" soal Maya.

Nina juga setia menunggu jawapanku.

"Fahri..." jawabku sepatah.

Melopong kedua mereka dihadapanku. Pasti sukar untuk mereka percaya.

"Maksud akak, Encik Fahri yang satu pejabat dengan Sofi, tu?" Lambat-lambat aku mengangguk.

Nina menekap tangannya di kedua belah pipinya.

"Oh my God! Seriously!" jerit Nina.

Terbuntang mataku mengisyaratkan supaya Nina tidak terlalu bising. Tidak selesa sekiranya berita ini dihebohkan. Biarlah mereka tahu sendiri nanti, tapi bukan hari ini.

"Tapi, macam mana pengantin lelaki boleh bertukar pulak?" soalan Maya mengundang resah dihatiku.

Sebolehnya, aku tidak mahu kisah aib itu diketahui orang lain. Sedang aku masih memikirkan alasan terbaik, pengurus kami iaitu Encik Kamil masuk ke pejabat. Serta-merta semua kakitangan beredar ke tempat masing-masing.

Lega!

Waktu rehat tengah hari seperti biasa aku akan ke restoran di aras bawah pejabatku. Baru sahaja selesai mengambil makanan, Nina mendekatiku dengan sejambak bunga mawar merah ditangannya.

Kami berjalan beriringan ke meja yang masih kosong.

"Duduklah sekali, Sofi mana, tak nampak pun?" soalku apabila melihat Nina hanya meletakkan jambangan bunga itu di atas meja. Betul-betul di sebelahku.

"Nina tak makan kat sini hari ni. Tu ha, Aril da tunggu Nina." Aku turut menoleh mengikut arah ditunjuk Nina.

"Eh, ada apa-apa ke dengan Aril?" sakatku. Tapi aku pula terkejut apabila Nina mengiyakan.

"Baru je lagi," jawabnya sambil tersengih.

Kemudian Nina meminta diri. Lagi pula Aril sudah sedia menunggunya. Aku hanya tersenyum memandang ke arah mereka. Tak sangka Nina bertemu jodoh dengan Shahril, despatch di pejabat kami.

"Hei..." Tersentak aku apabila ditegur tiba-tiba.

"Makan tak tunggu." Fahri terus duduk di hadapanku. Entah bila dia smpai, makanan pun sudah siap diambil.

"Ada orang dapat bunga." katanya mendatar.

Aku memandang Fahri dihadapanku. Cuba membaca riak wajahnya. Agaknya, apakah perasaannya saat ini, apabila mendapat tahu isterinya menerima jambangan bunga dari orang lain?

"Kenapa macam tak suka?" Dia menyoalku. Aku tidak terus menjawab, aku mengambil nota yang terselit di jambangan bunga itu lalu membacanya.

'Kebahagiaan akan menjadi milik kita
bersama'

_AF_

"Saya bukan tak suka. Tapi, cuba awak tengok sendiri." Nota itu aku hulur kepadanya.

"Kenapa dengan nota, ni?" soalnya padaku.

"Entahlah Fahri. Awak tahu tak, saya dah lama terima bunga dari orang yang sama. Lebih setahun, tapi sekali pun saya tak pernah tahu dia siapa." luahku padanya.

"Baguslah tu, maknanya dia tu peminat setia awak." Aku memandangnya.

Sumpah, aku agak terasa dengan kata-kata Fahri itu. Tiadakah walau sekelumit perasaan cemburu dengan situasi sekarang ini?

'Sedarlah Arianna, kedudukan kau di hatinya.'

"Entahlah " jawabku lemah.

"Arianna, setiap orang ada caranya tersendiri dalam meluahkan rasa. Boleh jadi, peminat awak ni bahagia mencintai awak dengan cara dia macam ni. Kalau memang dia tak pernah kenalkan diri walaupun dah lama dia hantar bunga, maknanya dia pasti ada sebabnya tersendiri." Aku diam. Tidak tahu mahu bereaksi bagaimana.

"Yang penting dia tak pernah buat tak senonoh, kan?" Aku angguk.

"So, biarkanlah dia." Aku angguk lagi.

"Dia tahu semua pasal awak kan, Arianna?" Lambat-lambat aku mengangguk.

"So, dia mesti dah tahu awak milik saya sekarang, ni!" Aku yang pada mulanya mahu mengangguk, terus mendongak memandangnya.

Mata kami saling berpandangan. Terasa getaran di dadaku. Adakah dia juga merasa getaran yang sama?

"Awak milik saya," ulangnya lagi.

Terkebil-kebil aku di situ. Fahri pula hanya menyimpul senyum.

***

Hai guyss!
Okey update kali ni pendek je. Serius xde mood, tapi tgn nk menaip. Idea ada je tapi entahlah. Complicated. Haha

Doakanlah mood saya kembali lagi seperti dahulu. AmieAfis, da kenapa dengan kau ni????

Sorry ye kalau ada yg tertunggu update BKATC ni...
Semoga korang akan terus tabah dan setia menunggu. Eh, tiber! 🤔

Saya pun tatau apa da jadi dgn saya. Haishhh...
Harap kita dpat jumpa lagi dlm masa terdekat. Moga-moga.. 😐😥😥

Bukan Kerana Aku Tak CintaWhere stories live. Discover now