Bab:82

3.5K 159 49
                                    


Fahri

PERKARA pertama yang aku lakukan sebaik masuk ke pejabatku pagi ini  adalah mencari telefon pintarku.

Pantas sahaja aku mencapai telefon tersebut yang terletak di atas meja kerja. Tapi hampa... sudah kehabisan bateri.

Aku masih mencuba untuk menghidupkan telefon tersebut. Namun hampa. Dalam fikiran, sudah penuh dengan ingatan terhadap Arianna sahaja. Akhirnya, aku akur setelah berkali-kali mencuba. Telefon tersebut aku caskan terlebih dahulu.

Pasti Arianna risaukan aku. Sudah empat hari aku tidak menghubunginya.

Aku, bukan sengaja. Entahlah,aku benar tidak berdaya. Dari malam itu lagi, aku sudah terasa lemah-lemah badan. Tapi, tetap berdegil untuk masih ke pejabat.

Tinggal di rumah sendirian, membuatkan aku bertambah rindu kepada Arianna. Sebab itu, biarpun merasa tidak sihat... aku masih juga menggagahkan diri untuk ke pejabat.

Tetapi, menjelang tengah hari, keadaanku semakin teruk. Semasa mahu keluar untuk makan tengah hari, aku tiba-tiba sahaja jatuh. Pitam!

Saat itu, terasa duniaku berputar-putar. Pandanganku berpinar, kabur. Aku dapat mendengar rakan sekerja yang lain memanggil-manggil namaku, tapi aku tidak mampu untuk  bertindak balas.

Aku, seolah berada dalam dunia yang lain, duniaku sendiri. Saat itu, dalam kepalaku hanya terbayang akan Arianna.

Aku dapat melihat Arianna mendekatiku dengan senyuman manisnya. Dia usap pipiku dan memanggil namaku berkali-kali.

Tapi, saat aku mahu memegang tangannya, dia pergi menjauh. Jauh sehingga tidak dapat kugapai lagi.

Aku memanggil namanya... Banyak kali, merayu supaya dia jangan pergi! Tetapi, Arianna tetap menjauh. 

Akhirnya, aku menjerit memanggilnya. Supaya dia dapat mendengar, aku perlukan dia saat ini.

Itu jugalah, saatnya aku terjaga. Aku terpinga-pinga... Aku sudah berada dalam wad.

"Rindu betul kau dengan Yana. Asyik jerit panggil nama dia." Aku masih bingung. Wan di sebelah pun aku pandang kosong sahaja.

Aku, masih tercari-cari Arianna yang sepertinya sangat nyata aku rasakan tadi. Tapi... dia tiada rupanya!

"Kau dekat hospital ni. Kau pengsan!" Wan menerangkan padaku.

"Kau ni, nasib baik aku ada. Kalau tak, siapa nak jaga kau?" Waktu itu, aku hanya diam sahaja.

Dalam hati, masih berharap bahawa aku tidak bermimpi. Aku benar mengharap, Arianna benar-benar datang.

Aku tersedar apabila Wan tepuk perlahan bahuku. Terusku memandangnya.

"Tak sampai setengah tahun lagi,  Fahri. Sabar... kau dah melepasi separuh perjalanan pun. Aku yakin, kau boleh." Aku tarik nafas dalam.

"Kau demam rindu ni. Kesian pula aku dekat kau ni. Tahu tak, badan kau panas gila?" Aku terus terdiam.

"Sorry susahkan kau!" kataku sambil menunduk.

Wan tersengih.

"Aku tak rasa susah. Tapi, susah hati la kau sampai macam ni!" Aku senyum, rasa bersalah!

"Okey la, kau demam je. Nak buat macam mana. Jangan risau, aku ada." Aku angguk kepala.

Memang selama ini pun, susah senang hidup merantau... kami akan harung bersama-sama. Selalu berdua. Susah dan senang, akan dikongsi bersama.

Dua hari ditahan, aku dibenarkan pulang. Aku diberi cuti sehari untuk berehat  di rumah. Namun, dalam kepala asyik teringatkan telefon pintarku di pejabat.

Bukan Kerana Aku Tak CintaМесто, где живут истории. Откройте их для себя