BAB 56

38.8K 1.4K 49
                                    

Perlahan-lahan mataku buka. Rasa sakit yang aku rasakan di kepala sedikit sebanyak buatkan aku mahu kembali menutup mata namun aku gagahkan jua pandanganku jelas terbuka. Ruang gelap yang hanya tergantung satu lampu ditengah itu aku pandang sebelum akhirnya mataku tertancap pada seseorang. Tergamam aku sejenak saat melihat Mikhael duduk 2 meter di hadapanku. Sebak dadaku saat melihat badannya dibelit dengan tali tebal, wajahnya lebam dan luka, tubir bibirnya juga berdarah.

Lelaki itu nampak lemah. Dia seakan-akan masih tidak sedarkan diri. Matanya terkatup. Melihatkan apa yang terjadi pada abang Mikhael, aku sudah diterpa rasa hiba yang amat sangat.

"Abang..!!! Abang..!!"laungku lantang.

Aku cuba untuk mendekatinya namun kedua-dua tanganku yang terikat ke belakang sedikit menyukarkan pergerakan. Makin aku meronta, makin itu jugalah pangkal lenganku terasa sakit dan perih. Air mataku makin mengalir deras..

"Abang, bangun bang!!!! Abang, Warda ada kat sini. Tolong buka mata, abang Mikhael!!!!" rintihku meminta. Apa yang aku harapkan kini, mata coklatnya kembali bersinar menatap aku.

Itu saja yang aku mahukan. Tak lebih daripada itu. Bibirnya juga. Aku mahu lihat senyumannya terukir. Salahkah aku meminta semua itu?

"War...d..daa.."panjang dia menyeru namaku. Wajahnya yang melentok cuba diangkat agar matanya dapat bertemu wajahku.

Dalam tangisku, bibirku menguntum senyum pahit. Jelas kesakitan terpancar dari wajah abang Mikhael. Pipinya lebam, bibirnya juga bersisa darah yang sudah beku malah baju kemeja biru yang dipakainya semalam kelihatan sangat kotor dengan darahnya. Kejam! Tak guna!! Laura memang sudah tak ada akal!!

Tergamak dia lukakan abang Mikhael sampai sebegitu sekali? Apa dosa lelaki itu sampai diperlakukan sebegitu rupa?

Adakah sebab abang Mikhael menolak cinta yang pernah diluahnya. Huh?! Sadis.

"Abang.. tolong bertahan, bang!! Warda akan pastikan abang akan keluar dari sini dengan selamat! Warda janji Warda takkan biarkan abang sakit." ujarku. Sedaya upaya, aku cuba memboloskan diri daripada ikatan yang mngunci tubuhku.

Abang Mikhael di hadapan sudah lirih melihatku. Mungkin sebak melihat kegigihanku yang mahu menyelamatkan dia..

Sedang aku leka meronta, halwa telingaku berjaya menangkap bunyi tombol pintu dibuka. Spontan, aku mengalih pandang ke arah pintu. Abang Mikhael sudah tunduk kepala lemah.

Aku lihat sesosok tubuh gadis berpakaian T-shirt putih memasuki ruang yang kami tempati. Senyum sinisnya meleret saat melihat aku sudah pandang geram padanya. Sempat juga matanya mengerling ke arah abang Mikhael yang sudah menekur lemah memandang lantai.

"Hai, Warda. Dah sedar dah? Seronok tidur?" soalnya selamba. Langsung tak ada rasa bersalah pada nadanya.

Aku sudah kacip gigi geram. Wajah bodohnya itu aku pandang berang. Kalaulah tangan aku tak terikat, mahu saja aku cekik gadis itu sepuas hati. Biar mampus depan mata aku. Ya, itu apa yang aku mahukan kini!!

"Lepaskan kitoranglah, Laura!!!! Lepaskan abang Mikhael..!! Lepas kan aku.."bentakku sambil meronta-ronta mahu melepaskan diri.

Spontan tawa galaknya menerjah ruang sepi itu. Dia mengatur langkah mendekati abang Mikhael. Jari runcingnya menyentuh bahu abang Mikhael lalu ditarik sampai ke rahang lelaki itu. Tajam mataku melihat apa yang dia lakukan pada abang Mikhael. Tak guna!! Jangan sentuh laki aku dengan tangan kotor kaulah, s*al!!

Matanya dilirik ke arah aku yang sudah tayang muka tak puas hati. Kuat dagu abang Mikhael dicengkam nya sekaligus menayangkan rupa abang Mikhael yang sekarang pada aku. Kini, lebih jelas segala luka dan darah yang berbekas pada wajah bersih lelaki itu. Segera, aku kalihkan pandanganku ke tepi. Tak sanggup untuk lihat wajahnya. Sebak. Hiba..

Terkahwin dengan Sir! [Completed✅]Where stories live. Discover now