BAB 60

45.5K 1.6K 54
                                    

Sambil duduk di atas kerusi roda, mataku tak lepas dari memandang abang Mikhael yang masih lagi terbaring lena di atas katil hospital. Sudah seminggu kejadian penculikan itu berlaku namun sampai saat ini, abang Mikhael masih belum sedarkan.

Doktor beritahu kami yang keadaan nya sudah mulai beransur pulih dan stabil. Tak seteruk sebelum ini, dia kini bebas daripada sebarang alat pernafasan mahupun alat bantuan daripada hospital untuk membantu nya.

Satu keluhan lemah, aku lepaskan. Menanti, yurp.. perkara paling pahit yang terpaksa aku telan untuk seumur hidup aku.

Segala kenangan bersama abang Mikhael tak pernah berhenti bermain dalam fikiranku. Dari pahit menjadi manis, bagi aku kisah cinta kami berbeza.

Teringat detik dahulu, semasa awal perkahwinan kami. Layanan buruk abang Mikhael kepada aku. Bukan.. erm, bukan layanan buruk tetapi layanan dinginnya. Kerana ketika itu, abang Mikhael merasakan perkahwinan ini bodoh belaka.

Mana tidaknya, dia dipaksa berkahwin dengan budak sekolah yang baginya tak matang. Waktu itu, jangan cakap heart broken aku macam mana. Tiap hari kecewa namun sekarang, aku rasa bahagia kerana kini abang Mikhael sudah mulai menerima kehadiran aku dalam hidupnya.

Bukan kehadiran seorang sahabat lama dalam hidupnya, tetapi.. kehadiran seorang isteri baginya. Mengingatkan itu, bibirku melentik senyum nipis. Yurp.. siapa sangka bukan?

Selepas saja kes penculikan kami selesai, ia menjadi kes yang mendapat liputan seluruh Malaysia. Makanya kalau dalam berita dah keluar laki bini menjadi mangsa penculikan, jadi hubungan perkahwinan kami ini bukan lagi menjadi satu rahsia lagi dah. Bukan setakat penculikan saja yang menjadi isu malah perkahwinan kami juga.

Dua hari yang lepas, berduyun-duyun wartawan yang datang mahu menemubual aku. Bukan liputan fasal kes penculikan itu tetapi kes perkahwinan aku yang dikatakan unik. Stress memanglah stress tetapi sekurang-kurangnya tiada apa yang perlu aku rahsiakan lagi pada semua orang.

Sekarang, tanpa segan silunya aku akan mengaku yang Mikhael Ahmad itu adalah suami aku tanpa was-was. Jadi, lepas ini tak perlulah nak sorok-sorok semata nak keluar bersama kan?!

Tanganku perlahan aku angkat lalu ubun rambutnya aku usap. Tatapan penuh cinta aku berikan pada dia. Setelah mengusap ubun rambutnya, aku membelai pipinya pula sebelum akhirnya melorot menggenggam tangannya.

Wajah bebas jambang abang Mikhael itu aku pandang. Senyum nipisku terukir. Macam mana boleh bebas jambang? Hahaha.. semuanya gara-gara kerajinan aku nak membersihkan wajahnya. Lagipun, bukannya aku tak tahu yang abang Mikhael memang tak suka ada jambang. Jadi, sebagai isteri mithali bagi abang Mikhael, aku bertanggungjawab membersihkan wajahnya. Pfft.. function teruksss!

"Abang Mikhael, dah seminggu abang tak bangun. Boleh tak kalau hari ini, Warda nak tengok abang buka mata? Untuk kali ini aje, Warda harap abang dengar permintaan Warda." ujarku seperti bercakap dengan abang Mikhael walaupun kenyatannya aku cuma bercakap dengan diri sendiri.

Tiada respons yang abang Mikhael berikan malah dia diam. Seperti bercakap dengan orang tidur saja, aku ini.

"Abang, sampai bila abang nak tidur macam ni? Abang dah pasrah ke? Atau.. mungkin ini cara abang supaya lari daripada Warda?" soalku sudah mulai terbawa emosi.

Kosong. Tiada sebarang respons.

Akhirnya satu keluhan lemah, aku lepaskan. Tak ada gunanya. Abang Mikhael tak mungkin akan dengar. Dia mungkin taknak dengar.

Tanpa aku sedar, kelibat Puan Sri Adila menghampiri aku dari belakang. Segala apa yang aku kata kan pada abang Mikhael, semua nya menyapa halwa telingaku.

Terkahwin dengan Sir! [Completed✅]Where stories live. Discover now