ICE SKATER & THE TRANSLATOR (BAHAGIAN 2)

29 4 0
                                    

"So, kau cakap apa dengan dia tadi?" soal Nadia.

"He's an engineer." Adelia membuat kesimpulan.

"Lagi?" Nadia bertanya.

"That's all." Adelia membalas pendek.

"Tu je? Ala kau ni, panjangkanlah sikit conversation tu." Nadia mengomel kepada sahabatnya itu.

"Kan aku dah cakap, what is not important is not important." Adelia selamba mengunyah biskut beras yang dibawanya dari Malaysia.

"Aku akan buat dia jadi important pada kau." Nadia sudah buat muka misteri.

"Rajinlah kau." Adelia membalas.

"Aku memang rajin." Nadia membuka beg tangannya.

"Ikut suka kaulah. Jangan menyusahkan aku, sudah." Adelia menyarung selipar dan berlalu ke bilik air.

"So, awak memang kenallah dengan Nafiz." Nadia membuat kesimpulan.

Wafiq mengangguk. "Dia panggil saya Afiq je. W selalu hilang."

"Oh? So, you are that 'Afiq'." Nadia tersenyum penuh makna.

"Erm, Nadia. Kenapa kita kat sini?" soal Wafiq pada gadis di hadapannya itu.

"Apa awak fikir tentang Adelia?" soal Nadia tiba-tiba.

"She's..." Wafiq berpaling pada Adelia yang sedang berbual sesuatu dengan pemilik kedai itu dalam bahasa Jepun yang fasih. "Fluent in Japanese. Dia buat degree in Language ke?"

"Apa kata awak tanya dia sendiri?" Nadia memberi jawapan apabila melihat Adelia sudah berjalan ke arah mereka.

"Nadia, jom." Ajak Adelia tanpa menyedari yang ada orang ketiga bersama mereka.

"Eh, aku bawak teman." Nadia menyiku Adelia yang ingin melangkah.

"Lah, teman mana pulak?" Adelia tidak jadi untuk membebel melihat Wafiq tersenyum di sebelah Nadia.

"Kita kan nak keluar date. Nafiz cakap tak boleh keluar berdua, nanti ada orang ketiga iaitu syaitan." Nadia mengulas dengan senyuman nakal.

"So, kau teringin nak jadi syaitan lah ni?" soal Adelia geram.

"Adelia Nadhira, please?" Nadia berbisik perlahan.

"Okay. Last chance. Kalau kau buat lagi, aku tinggal kau terkujat dekat hotel. Kau balik Malaysia sendiri." Adelia membalas, juga dengan bisikan.

"Yes, sayang kau!" Nadia menjerit membuatkan beberapa orang yang berjalan di situ memandang ke arah mereka.

"We will eat in a France restaurant. Jangan risau, aku dah Google. Dijamin Halal. Tukang masak dia semuanya Muslim. Cuma dia buat masakan France." Nadia menoleh apabila terasa suasana sunyi di kiri dan kanannya.

"Kau nak buli aku, kan?" Adelia sudah keluar aura mahu menembak sahabat baiknya itu.

"You speak in 5 different language, kan? Cakap jelah. Order makanan je pun. Bukan aku suruh kau buat public speaking in France pun. Lagipun kau memang pernah menang public speaking France pun." Nadia mencebik. Tidak mempedulikan kehadiran 'orang asing' di antara mereka. Wafiq hanya tersenyum kecil melihat telatah pasangan sahabat itu.

Mereka masuk, duduk dan membuat pesanan. Sementara menunggu pesanan, Nadia berbual dengan Wafiq. "Awak tak nampak macam muka Melayu."

"Saya bukan Melayu tulen. Atuk saya orang Scottish. Nenek saya orang Arab. Diorang kahwin dan tinggal di sana. That's my mum family. My father is a pure Malaysian. My tokwan is a malay and my opah is Chinese. That's explain why I didn't have any Malay face." Wafiq menerangkan.

ICE SKATER & THE TRANSLATORWhere stories live. Discover now