Lonely

16.6K 32 0
                                    

Seandainya aku mampu,Meretakkan tempurung di atasku,Dan keluar menilik duniawi,Yang sememangnya lebih indah dari mimpi

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Seandainya aku mampu,
Meretakkan tempurung di atasku,
Dan keluar menilik duniawi,
Yang sememangnya lebih indah dari mimpi.

Seandainya aku mampu,
Mewujudkan alam semestaku,
Yang kusimpan dibawah selama ini,
Agarku bahagia dengan kegelapanku sendiri.

Seandainya kau sedar,
Mendorong aku ke minda separa sedar,
Mengurungku dari duniaku yang sebenar,
Menjadikan aku pengkhayal tegar.

Seandainya benar khayalanku,
Di taman bunga berjalannya kakiku,
Di lautan biru tenggelamnya tubuhku,
Di awan biru terbangnya aku.

Kurunglah aku selama mana kau mahu,
Ibu..

MengarutWhere stories live. Discover now