Rindu

68 4 0
                                    

Kadang-kadang sesuatu yang kita impikan tidak menjadi kenyataan. Mungkin takdir tidak memihak, tetapi mengapa aku tidak dapat menerimanya? Kita berjumpa dan bercinta. Pernah berangan-angan untuk membina masjid. Tapi, semua itu hilang kerana takdir memisahkan kita. Aku rindukan kau. Terlalu rindu. Kenapa mesti kau? Aku baru terfikir untuk memulakan hidup yang baru.

Semua yang diimpikan punah begitu sahaja. Hanya yang tinggal rindu sahaja.

Hampir kesemua tempat dicari,tetapi tetap tidak dijumpai. Mana kau? Tadi baru sahaja aku melihat kau disini. Hizman aku rindukan kau. Terlalu rindu. Bisik hati Azwa memandang ke sana ke sini mencari kelibatnya.

"Jangan rindukan saya lagi Azwa. Teruskan hidup awak. Awak dah jauh tersasar." Pandangan Azwa kini tepat pada lelaki yang dicintainya. Perlahan lahan Azwa berjalan menghampiri lelaki bertubuh tinggi lampai itu. Air matanya yang mengalir dibiarkan begitu sahaja. Hatinya sayu melihat lelaki yang berada di hadapannya sekarang.

"Saya tak mampu Hizman. Tak mampu. Saya perlukan awak. Kenapa takdir tidak mengizinkan kita bersama?" Azwa kini melutut merayu di hadapan Hizman.

"Kerana Allah sudah sediakan satu hikmah untuk awak. Percayalah!" Ucap Hizman sebelum hilang dari pandangan Azwa yang merintih sendiri.

"Hizman... Hizman.. Saya rindukan awak. Maafkan saya. Semuanya salah Saya. Tolong kembali...tolong..." Jerit Azwa. Tersedu sedan dia menahan perit jiwanya.

"Hizman.. Hizman..." Panggil Azwa. Hasya disebelahnya terjaga dari lena dan cuba untuk memujuknya.

"Azwa?" Kejut Hasya. Berkerut mukanya melihat tingkah laku kakaknya itu. Azwa yang baru sahaja sedar terus memeluk Hasya. Makin pelik dia memandang kakaknya itu. Air mata yang mengalir dikesat oleh Hasya. Mereka berdua kini berpandangan.

"Aku mimpi Hizman." Ucap Azwa nafas tercungap cungap seperti baru berlari satu padang sekolah. Hasya memeluk Azwa erat dan mengusap rambutnya perlahan.

"Dia dah tak ada wa. Itu semua mimpi kau."pujuk Hasya. Pelukan Hasya dilepaskan oleh Azwa.

"Dia masih hidup sya!! Aku tahu Hizman masih hidup. Kau tak perlu nak tipu aku!! Aku nak pergi jumpa dia." Laju Azwa menuruni katil dan meninggalkan Hasya sendiri di situ. Laju sahaja Azwa berlari keluar tanpa memakai tudung.

"Dah malam ni. Esok jelah!! Bahayalah." Panggil Hasya mengejar Azwa dari belakang. Laju dia menyarung tudung sarung di kepala. Sempat lagi dia teriak memanggil Puan Salbiyah dan Encik Harun.

RinduTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang