Rindu

20 1 0
                                    

Tidak senang duduk dibuatnya. Entah kenapa hati Ikhram tertanya tanya mengenai gadis itu. Nak dikatakan gadis itu buah hatinya, masakan ianya tidak. Sesungguhnya hati Ikhram berasa senang melihat gadis itu di hadapan matanya.

Kalau difikirkan, dia sememangnya kasihan melihat gadis yang sudah kehilangan bakal suaminya itu. Kalau gadis itu sudah begitu perangainya apatah lagi dirinya. Mujurlah aku tak ada tunang, isteri dan teman wanita. Kalau tak mahu broken saja. Desis hatinya.

"Oi Ik? Kau kenapa? Mundar mandir macam hilang jodohh." Mata Ikhram tertumpu pada Adil yang duduk di sofa. Dia tersenyum pahit.

"Mana ada!! Sedap je tuduh. Aku ni limited edition tau. Jangan haraplah aku nak risau sebab hilang jodoh ke apa." Ucap Ikhram tipu. Adil sudah dapat mengagak melalui riak muka kawannya itu. Kerana Ikhram tak pandai menipu!!

"Riak muka pun dah tahu. Ceritalah kat aku, gadis mana yang dah buat kau gelisah ni. Yela..jarang nampak kau macam ni Ik." Ikhram mengeluh kecil menempatkan dirinya di sebelah Adil.

"Aku rasa aku jatuh cinta pada pandangan pertama la Dil. Cuba kau bayangkan eh, aku tengok muka dia hati aku rasa senang. Tu belum lagi aku cerita mengenai aku tatap muka dia time tidur. Perghh hati berdebar! Kau pun tahu aku ni tak biasa sangat dengan perempuan. Tapi, bila Aku dengan dia, aku rasa makin nak dekat. Kau rasa? Tak gila dibuatnya aku." Adil ketawa sendiri melihat Ikhram beria bercerita. Tadi masa mula mula limited editionla apalah sekarang? Habis terus cair. Ikhram memandang tajam Adil.

"Ok ok aku stop ketawa. Tapi kan, aku rasa lebih baik kalau kau jumpa dia, tanya nama atau no telefon ke apa. Mana tahu senang kau nak pinang terus." Ucap Adil yang masih bersisa ketawanya. Ada betul juga apa yang dikatakan oleh Adil. Nanti apa apa senang.

Laju sahaja Ikhram mencapai kunci keretanya dan berlalu keluar dari rumahnya.

"Oi nak pergi mana tu? Takkanlah nak tinggalkan aku seorang dekat rumah. Apakah? Macam ni eh member." Adil mengeluh kecil melihat kawannya yang terburu buru ingin berjumpa jodoh.

Laju sahaja kereta Vios hitam miliknya meluncur laju ke Hospital Sultanah Aminah. Dia perlu berjumpa dengan gadis itu.

Laju Ikhram berlari menuju ke ward yang diduduki oleh gadis itu. Namun hasratnya terbantut apabila melihat ward itu sudah tiada siapa siapa yang dudukinya.

Ikhram mengeluh berat. Fikirannya buntu.

"Jap, malam semalam ada seorang doktor lelaki kata dia kenal gadis tu. Mesti dia boleh bantu aku." Bicara Ikhram sendiri. Dia terus berlari menanyakan di kaunter pertanyaan.

"Nurse, Doktor Izhan ada tak?" Tanya Ikhram sambil melihat sekelilingnya. Peluh dingin sudah membasahi dahinya.

"Maaf. Doktor Izhan baru sahaja keluar tadi. Encik ada apa apa pesanan ke?" Keluhan berat dilepaskannya. Apa yang patut dia lakukan?

"Em nurse, boleh saya tahu mengenai pesakit yang dirawat oleh Doktor Izhan? Yang perempuan malam semalam tu." Berkerut muka nurse itu melihatnya.

"Maaf. Data pesakit dirahsiakan. Encik ini siapa? Keluarga atau kawan Cik Azwa?" Diam terpaku Ikhram di situ. Azwa? Nama gadis tu Azwa.

"Saya kawan lama dia. Apa apa pun terima kasih." Nurse itu tersenyum kecil membalas ucapannya.

🌸🌸🌸🌸🌸🌸

"Wa, jom makan ubat." Panggil Hasya yang melihat kakaknya itu sedang termenung jauh di luar jendela. Dia terus menapak di sebelah Azwa sambil menepuk lembut bahu milik Azwa. Hanya senyuman terukir di bibir Azwa.

"Kau fikir apa je Wa?"

Azwa menggelengkan kepalanya. Sekarang ini tiada apa yang ingin difikirkan olehnya selain Hizman. Hasya masih lagi menunggu sampailah kakaknya itu ingin makan ubat. Naik kejung tangannya pegang piring dan gelas di tangannya.

"Kalau aku makan ubat, bawa aku jumpa Hizman." Mata Hasya tertumpu pada Azwa. Dia melepaskan keluhan kecil sambil menganggukkan kepala tanda setuju.

"Nah makan cepat." Laju sahaja tangan Azwa mencapai ubat dan memakannya tanpa teragak agak. Nampak sangat kakaknya itu masih tidak dapat menerima kenyataan.

"Dah habis. Aku bersiap dulu tau." Ucap Azwa meninggalkkan Hasya sendiri di situ. Hasya hanya tersenyum hambar melihat gelagat kakaknya itu.

"Kalaulah Abang Hiz ada lagi.." fikir Hasya. Kalau dah hari hari kena hadap perangai kakaknya yang meroyan mestilah penat.

Dia hanya meneliti tingkah Azwa yang tidak sabar untuk berjumpa dengan Hizman.

🌸🌸🌸🌸🌸🌸

Selesai sahaja membaca Al- fatihah, batu nisan milik arwah Hizman ditatapnya lama.

"Awak, saya datang hari ni. Lepas ni hari hari saya akan datang jenguk awak. Saya rindukan awak Hizman." Azwa tidak dapat bertahan. Air matanya tetap mengalir. Hasya yang berdiri jauh darinya hanya menggelengkan kepala.

"Tak baik wa kau buat macam tu. Abang Hiz tak tenang kat sana tahu tak? Lepaskan dia." Mata Hasya berkaca. Kali ini dia tidak tahu perkataan apa lagi untuk menyedapkan hati kakaknya itu.

"Susah Sya. Kau tak sedar betapa gembiranya aku bila dia masuk meminang. Dia ikhlas. Aku tak pernah jumpa keikhlasan hati dia pada mana mana lelaki. Dia seorang je. Kau takkan faham." Hasya terdiam. Siapa kata dia tidak faham. Dia sendiri terluka. Cinta yang selama ini dia sembunyikan dalam diam. Hanya mampu tersenyum seolah olah bahagia tetapi diri ini sahaja tahu betapa hancur berkecai hatinya.






You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Aug 25, 2021 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

RinduWhere stories live. Discover now