Cinta Para Pendakwah

8 0 0
                                    

Jatuh cinta bagi seorang aktivis dakwah bukanlah perkara biasa.

Dalam konteks dakwah, jatuh cinta adalah gerbang pengembangan pergerakan.

Menurut konteks pembinaan, jatuh cinta adalah naik marhalah.

Konteks keimanan pula, jatuh cinta pula adalah bukti ketundukan kepada sunnah Rasulullah SAW dan jalan meraih reda Allah.

Maka persoalannya bukan pada bagaimana memilih seseorang yang paling cantik atau yang paling tampan, melainkan seseorang yang paling tepat untuk menjadi pendamping hidup.

Seseorang yang tahu bagaimana mengemudi bahtera rumah tangga agar selalu dalam bingkai keluarga daie.

Oleh kerana sejak awal meniti jalan menuju perkahwinan harus dimulai dengan niat yang benar usaha yang dilakukan pun juga benar dan tidak melanggar syariat.

Tidak perlu ada percintaan Islamik, tunangan syarie dan menggantung status.

Kata – kata, kamu, tunggulah saya. Saya akan menikahi kamu dua tahun lagi tidak perlu ada. Sebab kata-kata ini tidak mengandungi kejelasan. Ia hanya menjanjikan sesuatu yang tidak pasti.

Pada hakikatnya dia pun juga tidak perlu berjanji seperti ini.

Janji ini seolah-olah tanda jadi atau pengikat, padahal ia bukan seperti itu.

Ia hanyalah pelega dan syurga telingan sahaja.

Ini kerana janji menikah dua tahun lagi tidaklah dapat dikatakan sebagai sebuah niat proses perkahwinan secara syar'i

Kita juga tidak perlu menggantung status sebuah hubungan.

Lelaki dan wanita apabila mereka merasa sudah sangat dekat dan sangat akrab akan sering mencurah rasa hati, bertukar pendapat dan diskusi.

Mereka saling memberi harapan, tapi mereka tidak mahu disebut sebagai sedang bercinta.

Hubungan hati mereka sudah selayaknya dua sejoli, tapi mereka menolak disebut percintaan.

Mereka lebih selesa dengan gelaran BFF atau penuhnya, Best Friend Forever.

Hubungan seperti inilah yang sering kita sebut hubungan menggantung, tergantung dan tidak jelas. Si lelaki tak berani untuk jujur berkata ingin berkahwin dan wanita pun malah menikmati hubungan itu.

Jadi sebaiknya sebagai seorang pendakwah segala sesuatu harus dijadikan teladan. Bagaimana diri kita menjadi contoh yang baik bagi masyarakatnya.

Tidak perlu percintaan Islamik, tidak perlu membuat janji, tidak perlu menyeksa wanita dengan hubungan yang tidak jelas.

Siapakah pendakwah-pendakwah itu?

Jawapannya, kita semua.. :)

Ada Apa Dengan Aktivis Dakwah??Where stories live. Discover now