BAB 1

15 0 1
                                    

"Mama dengan daddy dah dapat result sem lepas kamu dan kami sangat kecewa dengan keputusan kamu. Kalau Nurul tak boleh naikkan grade semester depan, mama dan daddy akan ambil telefon,kereta dan kad-kad bank kamu. Kamu ingat tu ! "

Mesej yang diterima dari mamanya masih menghantui dirinya. Semester ini memang semuanya subjek-subjek berat. Boleh gila dibuatnya. Nurul masih teremenung. Satu apa pun yang pensyarah ajar di hadapan langsung tak masuk dalam kepalanya. "Nurul Farhana Qistina, are you still inside my class or not !" Nurul hanya menganggukkan kepalanya walaupun fikirannya sudah melayang-layang ke tempat lain. Nurul menongkat kepalanya. Dia menahan matanya yang mula kuyu. Dari tadi Nurul tidak berhenti menguap. Dia semakin mengantuk.

"Baiklah class, minggu depan saya nak awak submit kerja yang saya bagi tadi. Pastikan semua hantar atas meja saya sebelum jam 03:00 petang." Ujar Puan Asmah. "Wey Nurul kau apahal, dah berapa class dah kau khayal ta fokus. Kau tahu tak exam week dah dekat kau pula macam ni." Nurul mengalihkan pandangannya kepada Sarah.

"Aku tak tahu lah beb, aku asyik teringat je ugutan parents aku. Matilah aku kalau kad bank kena tarik, mahunya aku mengemis dekat kau nanti." Nurul ketawa.

"Dah tahu bodoh tu belajarlah bukannya hujung minggu lepak sana sini. Kau tu kalau kepala otak tu sama macam kepala si Isha tu tak apalah. Tak belajar pun pandai."

"Aku nak pergi library sekejap lagi. Kau kalau nak follow jom lah." Nurul dan berjanji dengan mama dan daddy nya dia untuk naikkan grade atau segala kemudahan yang diberikan kepadanya akan ditarik serta merta. "Wey Sarah, aku cakap dengan kau ni. Kalau tak nak tak apalah aku boleh pergi seorang." Nurul mengemas buku-bukunya dan terus keluar dari kelas meninggalkan rakan-rakannya.

Pintu perpustakaan dibuka, sunyi seperti biasa. Nurul lihat beberapa orang sedang tekun mengulangkaji. Dia semakin semangat untuk belajar. Tapi hatinya yakin dia tak akan sempat bertahan selama sejam pun kalau nak ulangkaji subjek perundangan. Nurul menuju ke meja yang terletak berhampiran dengan rak buku. Mudah buatnya untuk mengambil dan menyimpan buku-buku. Beg diletakkan di atas meja dan komputer riba dipasang. Nurul masih mencari earphonenya namun tak jumpa. 'Pula dah, si Sarah mesti tak pulang balik earphone aku. Sah-sah aku tidur kejap lagi ni.' Omel hatinya. Nurul bangun terus menuju ke rak-rak buku untuk mencari buku rujukan. 'Mana pula buku law ni hari tu Sarah cakap ada dekat area sini. Takkan ada pula orang ambil.' Nurul masih meneruskan pencariannya. 'Bingo, ada pun.'

"Ishh tak sampai setengah jam pun aku dah ngantok, baru 8 muka surat aku baca, satu apa pun tak faham" Nurul mula mengalah. Telefon bimbitnya dicapai. Dia terbaca semula mesej yang diberikan oleh mama kepadanya. Nurul menarik nafas dalam dan dengan tangan yang berat dia menarik semula buku rujukan perundangan yang dibacanya tadi. Dia meneruskan pembacaannya. Tangannya gigih mencatat nota-nota penting untuk dibacanya nanti.

Nurul terganggu dengan bunyi bising dari beberapa orang pelajar dari meja belakang. Dia cuba untuk tidak mempedulikan bunyi-bunyi bising itu namun kesabarannya semakin tercabar. Nurul pusingkan kepalanya dan memandang ke arah pelajar yang menganggu ketenteramannya itu.

"Tak reti nak senyap ke, tak tahu ke ini perpustakaan. Kalau rasa nak buat bising boleh keluarlah kot." Selamba Nurul berkata.

"Oh ini perpustakaan ke kami ingatkan kelab malam. Hahaha." Balas seorang daripada mereka. Nurul semakin panas. Dia bangun dan mula mengemas buku-bukunya. Raut wajahnya masam mencuka. Geram sebab tak sempat nak habis baca bukunya. Komputer ribanya ditutup dan dimasukkan ke dalam beg. Buku-buku rujukannya dikumpulkan dan sedia untuk diletakkan semula pada raknya.

"Awak, hai." Nurul sedikit kebelakang. Dia terkejut. Laju saja jantungnya berdegup. "Maafkan kawan-kawan saya. Mereka memang macam tu, suka mengusik. Awak tak nak sambung ulangkaji ke, saya janji mereka tak ganggu awak." Nurul memandang wajah lelaki itu. Dia memberikan jelingan tajam. "Kalau tak boleh nak hormat orang lain yang tengah study rasanya tak perlu kot korang duduk dalam library ni." Nurul angkat kaki meninggalkan lelaki itu sendirian. Dia bergegas ke mejanya dan mengangkat begnya. Dia ingin keluar dari tempat tu. Nurul sempat menoleh kebelakang memberikan jelingan tajam kepada lelaki itu. Tak sangka dia hanya duduk di dalam perpustakaan selama 50 minit sahaja.

Jam menunjukkan pukul 12:00 tengah hari. Kaki Nurul melangkah menuju ke keretanya. 'Hari ini nak makan apa ya. Si Sarah nih mesti makan dengan Paan. Sudahnya seorang je lah aku macam biasa.' Omel hati Nurul. Sedang dia mencari kunci keretanya di dalam tas tangannya tiba-tiba sebiji bola terkena kepalanya dan menyebabkan dia terjatuh. Kunci kereta yang dipegang tadi telah jatuh ke dalam longkang.

"Kak Nurul okay tak, Mira tak sengaja tersepak bola kena akak. Mira minta maaf akak. Kepala akak okay tak ?" 'Aduhh sakit kepala aku, ish budak ni kan. Aku tengah lapar boleh pula dia naikkan angin aku.' Bisik hatinya. Kepala dia digosok-gosok untuk kurangkan rasa sakit. Tiba-tiba,

"Miraaa kunci kereta akak masuk dalam longkang. Ya Allah Mira, macam mana ni !"

"Haaa ? Kunci kereta akak masuk longkang ?"

Nurul masih cuba untuk membuka longkang itu. Habis berpeluh-peluh. Dia terduduk tanda penat mencuba. "Mira ni lain kali nak sepak bola tu tengoklah orang sekeliling. Tengok sekarang macam mana ni." Sudahlah dirinya tidak habis tertekan dengan peristiwa di perpustakaan tambah pula kunci kereta masuk longkang. Lepas ini dugaan apa pulalah nak datang singgah pada dirinya. Dia mengalah. Perutnya lapar dan kepalanya serabut. Nurul duduk di tepi longkang mengenangkan nasibnya yang malang hari ini.

"Akak, macam mana ni?" Tanya gadis itu. Nurul masih mendiamkan dirinya. Dia buntu.

"Hm macam ni lah, akak balik naik dengan kawan akak. Dekat rumah akak ada simpan kunci spare." Mira hanya menganggukkan kepalanya. "Maafkan Mira akak, sumpah Mira tak sengaja." "Tak apalah Mira benda nak jadi. Nak patah balik masa dah tak boleh dah. Redha je lah." Kata Nurul. Setakat ini memang itu sahaja yang dia boleh fikir. Apapun dia nak sinngah kedai makan nak isi dulu perut dia yang kosong. Telefon bimbitnya dikeluarkan dari beg tangan. "Mira akak nak pinjam telefon boleh tak, handphone akak habis bateri pula dah." Mira lantas menghulurkan telefonnya kepada Nurul.

"Sarah, aku ni Nurul. Handphone aku habis bateri. Kunci kereta aku jatuh dalam longkang so aku ingat nak tinggal je kereta dekat sini. Nanti ambil aku dekat Chupak tau."

"Laa macam mana boleh jatuh? Haa okaylah nanti aku suruh Paan ambil kau. Aku busy sikit ni haa. Kau tunggu tau dekat situ. Dalam pukol 2 lebih dia sampai."

Lega apabila perut yang kosong telah diisi dengan nasi bujang bersama air teh'o ais kegemarannya. Perjalanan 1 kilometer tadi benar-benar mencabar dan jujur dia hampir mengalah untuk berjalan, tapi bila sudah sampai di kedai, rasa lega memang tak nak kalah. Nurul menyandarkan dirinya pada kerusi tanda dia kenyang. Jam tangannya menunjukkan pukol 2:30 petang. Batang hidung Paan masih tidak kelihatan. Air teh'o ais yang dipesannya tadi sudah habis diminum.

"Kak, carrot susu satu kak." Dengan matahari yang terik memancar menyebabkan dia kehausan dan membolehkan dia menghabiskan air dengan cepat. "Mana pula lah mamat ni dah pukul 3 tak sampai-sampai. Nak biar aku tidor sini ke apa." Bebel Nurul. "Handphone pula tak ada bateri. Macam manalah aku nak contact Sarah ni. Matilah nak."

Cawan yang kedua sudah hampir habis dan Nurul masih lagi menghabiskan sisa masanya di restoran itu. Dia meletakkan kepalanya di atas meja. Memikirkan tentang nasibnya yang malang hari ini. Telefonnya dipegang-pegang, dibelek-dibelek. 'Waktu-waktu macam ini lah kau nak mati ya, sabar je lah aku dengan kau.' Nurul mengerling ke arah jam. Dia bangun menuju ke kaunter bayaran. "RM10.50 dik." Nurul menghulurkan wang.

"Kamu tunggu kawan ke, dari tadi acik tengok adik ralat tengok jam pukul berapa."

"Haah cik, saya tunggu kawan datang ambil saya sebenarnya. Telefon saya kebetulan habis baterinya. Itu yang saya menunggu dari tadi." Balas Nurul.

"Bakinya dik. Kamu duduk mana, belajar dekat sini ke? Tak apa ke kalau kita bersembang dulu, sebabkan kamu minum dua air marilah acik belanja lagi satu air. Cuaca pun panas ni"

"Saya duduk dekat sini-sini je cik, belajar pun dekat sini je. Eh terima kasihlah acik. Murah rezeki. Itulah cuaca sekarang panas dia lain macam."

"Betul tu hujan pun nak tak nak je turun. Kalau turun pun sekejap je pastu panas balik."

"Tapi cik yang seronoknya musim panas ni bila sidai baju semua baju kering," Kata Nurul. Riak wajahnya kemain seronok bersembang. Hilanglah sikit rasa bosan menunggu si Paan tu.

Dalam sedar tak sedar lama juga Nurul bersembang dengan makcik tu. Ramah orangnya, suka bergurau. Habis bergema gelak ketawa mereka berdua. Macam emak dan anak. Sejam lebih bersembang Nurul akhirnya meminta diri. Nurul menghulurkan tangannya untuk bersalaman, tanda hormat pada oarang yang lebih tua darinya. Tangan yang disambut itu dicium lembut dengan penuh kasih sayang. Kepala Nurul disentuh.

KASIH YANG TIADA PENGHUJUNGWhere stories live. Discover now