BAB 2

9 0 0
                                    

"Kurang ajarlah kau biar aku duduk kedai lama-lama. Dengan handphone aku matinya !" Marah Nurul.

"Beb, bukan salah aku tak boleh nak contact kau. Handphone kau yang tiba-tiba nak habis bateri. Aku dah bagitahu bawa powerbank siapa suruh kau tinggalkan." Balas Sarah. Nurul menjeling. Ingin saja dia tarik tudung si Sarah ni. "Nasib baiklah aku tergerak hati nak bawa tuala ni. Kalau tak kesejukanlah kau Nurul." Sambung Sarah lagi. "Diamlah, dah lah tinggalkan aku lama-lama. Kena hujan pula tu." Sempat membebel sambil mengelap mukanya.

"Aik, hari hujan pun kau nak salahkan aku ke? Okaylah balik nanti aku buatkan air coklat untuk kau okay," Sarah cuba memujuk. Silap dia juga sebenarnya. Sepatutnya dia datang lebih awal. Minit-minit terakhir Farhan mengajaknya keluar tengok wayang. Kalau Nurul tahu mesti mengamok habis.

Laju Farhan memandu tak sampai 15 minit mereka tiba di rumah sewa mereka. "Aku masuk dululah, sakit kepala dah ni kena hujan tadi."

"Terima kasih you tolong hantarkan I dengan Nurul balik. Kalau dia tahu kita keluar tengok wayang mahu dia mengamok nantikan you." Sarah ketawa. Maklumlah bukan selalu mereka boleh keluar macam ini. Farhan pula sejak dua menjak sibuk menguruskan pembentangan projeknya. Siang malam dia akan berada di bengkelnya untuk menyiapkan projek.

"Sama-sama, nanti kalau I tak sibuk I bawa you keluar lagi okay. Minta maaf okay lately ni I sibuk sangat-sangat dengan presentation. Serabut kepala ni." Farhan menongkatkan kepalanya. Memang dia kusut. Dengan perangai budak-budak group yang tak membantu langsung. Buat dia tertekan. "Terima kasih Sarah sebab you faham I, I tak tahulah nak buat macam mana lagi. Grouping I pun dah macam apa je. Masing-masing nak buat kepala masing-masing. Baik tak payah buat kumpulan."

"Tak apa Farhan, I tahu you boleh buat. I ada dengan you okay, kalau you tertekan ke apa, I sentiasa ada dengan you okay." Farhan merenung mata Sarah. Dia tahu gadis inilah yang terbaik buat dirinya. Dia memang bersyukur tuhan itu hadirkan gadis ini dalam hidupnya. Tersangatlah sempurna. "Thank you Sarah, sebab you selalu ada dengan I. Terima kasih sangat-sangat jadi yang terbaik untuk I." Sarah tersenyum. Dia benar-benar bahagia saat ini. Ternyata lelaki ini yang akan membahagiakan hari-harinya.

Sarah keluar dari kereta Farhan dan melambai Farhan sebelum Farhan beredar pergi. Pagar rumah ditarik, ditutup rapat dan dikunci. Zaman sekarang macam-macam bahaya yang menanti kalau tidak berhati-hati.

"Haaa dah puas dah berdua-duaan? Tak tahu ke kalau berdua tu nanti ada orang ketiga. Setan tu perhati je korang berdua tau." Sindir Nurul. Dia ketawa. Sengaja dia sakitkan hati si kenit ni. Sudahlah lama ditinggalkan berhujan pula tu. Setakat kena sindir , perkara kecillah. "Itulah tadi masa otw balik sini pun setan tu ada dekat kerusi belakang. Dia berselubung dalam towel." Balas Sarah selamba. Sengaja dia nak membalasnya. Nurul tarik muka. "Tak nak lah kawan kau, kau jahat. Air aku pun kau tak buat lagi. Then kau perli aku." Nurul mencebik bibirnya. "Haa merajuk, itulah dia perangai Nurul Farhana Qistina. Akukan baru masuk tadi, okaylah aku pergi buat sekarang." Sarah mengalah. 5 tahun berkawan dah masak sangat dengan perangai Nurul ini. Manja, baran, ego, kadang-kadang ikut kepala sendiri. Kena banyak bersabar melayan karenah dia.

"Hehe aku tahu kau sayang aku, thank you muah muah muah." Nurul mencapai remote dan membuka televisyen. Seperti biasa saluran kartun dibuka. "Macam manalah nak membesar. Balik rumah je buka kartun, memang dah tak ada cerita lain ya dekat Astro tu?" Bebel Sarah. Nurul memekakan telinganya. Cerita Fairly Odd Parents sentiasa ditonton setiap malam. Cerita kegemaran mana taknya. "Haa hajat apa pula si Timmy ni buat kali ni?"

Jom loceng berbunyi. Pukul 08:00 pagi. Mata Nurul masih lagi terpejam. Dia mengantuk. Salah dia sebab tidur lewat malam tadi. Dengan malas dia bangun dari katil dan terus mengikat rambutnya. Nurul mengemas katilnya dan dia terus pergi ke bilik air untuk membersihkan dirinya. Hari ini kelas masuk pukul 09:30 pagi jadi dia tidak perlulah nak kelam kabut bersiap.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Nov 12, 2019 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

KASIH YANG TIADA PENGHUJUNGWhere stories live. Discover now