06;

276 6 5
                                    

    "MAK!" Aku terus berlari ke arah mak yang sudah menunggu aku di hadapan pintu rumah. Semalam aku sudah memberitahu mereka yang aku akan pulang ke sini pada hari ini.

    "Alhamdulillah, sampai pun Ilya!" Mak memeluk tubuh aku erat.

Aku melepaskan pelukan mak dan terus mengambil tangannya lalu aku cium. Rindu betul aku pada mak selepas beberapa bulan tidak menemui mak dengan abah. Kira anak derhakah ke ni?

    "Rindunya Ilya dengan mak!"

    "Kamu sihat?" Mak menyoal aku seraya menolong aku mengangkat begku yang hanya ada pakaian untuk seminggu.

    "Alhamdulillah, Ilya sihat mak. Mak sihat?" Aku menyoal semula. Punggung aku labuhkan di atas kerusi kayu yang berada di ruang tamu.

    "Macam ni lah, Ilya. Sihat gitu-gitu je, tak sah satu hari kalau tak sakit badan."

Aku tersenyum. Sudah lama rasanya mak mengadu pasal sakit badan yang dia alami.

    "Itulah, mak. Banyak kali Ilya pesan supaya tak buat kerja berat-berat tapi mak tak nak dengar. Isya kan ada suruh je la dia tolong mak." Mulutku sudah terkumat-kamit membebel.

    "Tak apalah, Ilya. Isya tu sibuk dengan sekolah dia, lagi pun tahun ni dia nak SPM."

Aku mengeluh. Yeye je mak ni, macamlah aku tak tahu perangai si Isya tu. Dahlah pemalas, degil pulak tu. Kalau nak diikutkan, bukan susah sangat pun kalau setakat nak basuh pinggan, kemas rumah apa semua.

    "Mak tak payah nak manjakan sangat si Isya tu mak. Kang tak pasal-pasal perangai dia macam anak mak yang dah lupa daratan sorang tu."

    "Ilya.." Mak menyentuh tanganku perlahan. Tahu sangat siapa yang aku maksudkan. Tak lain tak bukan sudah tentu kakak aku Inani.

    "Abah mana? Ilya nak tengok abah kejap eh."

Aku terus tersenyum ke arah mak dan melangkah ke bilik abah. Pintu kayu berwarna coklat itu aku buka perlahan dan abah aku lihat sedang terbaring di atas katil dengan mata terarah ke jendela. Sayu hatiku melihat abah yang tidak mempunyai keupayaan untuk bergerak itu.

    "Abah.. Ilya datang ni." Sapaku dan melangkah masuk.

Punggung aku henyakkan bersebelahan abah. Dengar saja suaraku, laju mata abah mengalihkan pandangannya. Sedaya upaya bibirnya cuba mengukirkan senyuman untuk aku namun gagal.

    "Abah sihat? Ilya minta maaf sebab dah berbulan tak datang lawat abah dengan mak dekat sini." Luahku sedikit kesal dengan diri aku sendiri. Rasa bersalah menghimpit jiwaku.

    "Hmmphh.. hmphhh."

Aku tersenyum sekaligus menahan sebak melihat keadaan abah. Melalui bunyi yang dia hasilkan aku tahu yang dia membalas kata-kataku. Kepalanya terangguk-angguk namun hanya sedikit. Aku tahu ianya agak payah untuk abah bagi menggerakkan tubuhnya.

Sudah enam tahun ayah menderita kelumpuhan pada seluruh tubuhnya ini akibat kemalangan jalan raya. Dan dari situ juga aku bertekad untuk terus bekerja sebaik aku menamatkan SPM.  Tangan abah aku ambil dan aku cium lama, air mata aku cuba tahan daripada mengalir.

    "Ilya doakan abah cepat sembuh, Ilya minta maaf kalau selama Ilya hidup dekat dunia ni Ilya tak banyak berbakti pada abah, pada mak." Kataku disebalik tangan kurus abah.

    "Ilya.."

Aku angkat kepalaku segera, laju-laju aku menyeka air mataku dengan tapak tangan. Jari telunjuk aku rapatkan ke bibir agar abah tidak memberitahu mak. Geli hati pulak rasanya. Aku pusing tubuh aku dan memandang mak yang berdiri di muka pintu.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Feb 29, 2020 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Drama QueenWhere stories live. Discover now