Max dan Eva

2.7K 194 4
                                    

Max dan Eva jalan secara seiring. Mereka berdua juga berada di hutan yang tidak tahu nama hutan tersebut. Tiba-tiba mereka dapati seperti gegaran menuju ke arah mereka. Mereka dengan segera keluarkan kuasa dan berhadapan dengan makhluk pelik. Makhluk itu sampai di hadapan mereka berdua. Makhluk itu seperti cicak tapi tiada dua kaki belakang cuma ada dua kaki depan.

"Arghh!"

Makhluk itu boleh dianggarkan sebesar gajah. Makhluk itu menghayunkan ekornya ke arah Max dan Eva. Mereka berdua lompat secara serentak. Makhluk itu cuba cakar mereka dengan kukunya yang tajam. Eva hasilkan ais hitam untuk melindungi mereka berdua. Kuku itu kena pada ais dan ais pun pecah. Mereka berdua terundur ke belakang. Makhluk itu terus serang mereka dengan libasan ekor.

Max hasilkan petir yang voltan tinggi. Dia tahan petir itu dengan ekor makhluk itu.

Boom!

Mereka terseret. Makhluk itu sekali lagi menyerang mereka dengan ekor nya. Eva hasilkan api untuk membakar ekor makhluk itu. Makhluk itu bertambah berang.

"Argh!"

Makhluk itu tidak berputus asa untuk jadikan mereka berdua sebagai makanan. Pergerakan makhluk itu agak lantas walau tiada dua kaki belakang. Makhluk itu melibas ekornya ke arah mereka. Mereka tunduk. Libasan ekor makhluk itu kena beberapa batang pokok. Habis pokok di situ patah dikerjakan makhluk itu. Mereka berdua berundur. Makhluk itu sekali lagi libas mereka.

Max dan Eva bekerjasama untuk kalahkan makhluk itu. Max keluarkan kuasanya petir manakala Eva guna api. Max mengerut keningnya. Bukan Eva boleh guna kuasa lain selain api ke?

"Gunakan dua kuasa dalam satu masa. Kan senang sikit" ujar Max yang tahan ekor makhluk itu.

"Boleh tapi aku belum mahir lagi. Takut je nanti aku pengsan, menjenuh kau angkat aku nanti"

"Apa nama makhluk ni? Pelik betul. Macam cicak tapi tiada dua kaki belakang cuma ada dua kaki depan?" soal Max sendiri. Eva hanya mengangkat bahu.

"Makhluk misteri kot"

Makhluk aneh itu cuba cakar mereka berdua. Eva hasilkan cakra api hitam. Cakra api dan kuku berlaga menghasilkan percikan api kecil.

Sring!

Sring!

Sring!

Peluh mula membasahi pipi dan leher Eva. Max keluarkan kuasanya iaitu petir. Dia sambar petir pada makhluk itu untuk beberapa kali. Nampaknya tiada sebarang kesan yang ditunjukkan pada makhluk itu. Makhluk itu membuka mulutnya. Lidahnya yang panjang seperti cicak menyasarkan Eva sebagai makanannya.

Eva elak lidah makhluk itu saat lidah itu hampir kena padanya. Makhluk itu gunakan lidahnya untuk serang mereka. Lidahnya yang lendir serta sedikit berbau. Max lontar petir yang mempunyai voltan yang tinggi pada lidahnya membuat makhluk itu simpan lidahnya. Nampaknya lidahnya melecur.

Makhluk itu keluarkan balik lidah dari mulutnya. Lidahnya yang tadi melecur tiba-tiba pulih begitu saja. Pelik bin ajaib. Makhluk itu melibas lidahnya ke arah mereka berdua. Eva bekukan lidah makhluk itu membuat makhluk itu menarik lidahnya dan berjaya. Makhluk itu melibas mereka berdua.

Mereka berdua tak sempat elak. Mereka berdua terpelanting dan mereka termasuk ke dalam gua. Batu-batu besar jatuh kerana gegaran mereka berdua di hadapan pintu gua. Batu itu bertimbun sehingga menutup pintu gua. Mereka berdua terkejut. Max hanya nampak samar-samar manakala Eva nampak semuanya keadaan gua tersebut.

Max bangun. Dia menuju ke arah dinding gua. Dia berjalan sambil sentuh dinding gua itu. Eva dengan segera tarik tangan Max membuat Max terkejut.

"Kenapa kau tarik aku?" soal Max.

"Dekat depan kau ada ular tedung. Racun ular tedung sangat bahaya"

"Macam mana kau tahu?" soal Max.

"Kau lupa ke aku ni elemen kegelapan jadi aku boleh tengok sesuatu yang gelap"

"Aku lupa pula"

"Pegang bahu aku. Aku nak cari jalan keluar dari sini" ujar Eva. Max pegang bahu Eva.

"Deliz, macam mana nak keluar dari sini?" soal Eva di dalam hatinya.

"Ada tiga lubang pintu gua. Kau masuk yang tengah-tengah. Kau boleh keluar dari gua tu bersama kekasih kau"

"Deliz, Max tu kawan akulah"

"Tapi kau sesuai dengan Max" sakat Delia.

"Korang berdua sama jelah. Malas nak layan korang"

Eva mencari jalan keluar dengan bantuan Deliz. Beberapa jam kemudian, Eva nampak cahaya di hujung malam. Dia segera ke sana bersama Max. Akhirnya mereka berdua keluar dari gua. Cumanya mereka berada dicuram. Beberapa meter dari ketinggian gua, terdapat sebatang sungai yang mengalir dengan deras.

Eva keluarkan aura hitamnya. Ia seperti kabus namun berwarna hitam. Aura itu angkat mereka berdua kemudian pergi dari situ. Eva kawal aura itu pergi ke sebuah kawasan yang terbentang luas. Max pula berasa kagum kerana ini pertama kali dia berada di langit. Seolah-olah dia terbang. Dia pun berdiri melihat permandangan dari atas. Padang yang terbentang luas. Rumput yang tinggi serta matahari terbenam menambahkan kecantikan tempat itu. Max tergamam seketika melihat semua itu.

Dia juga dapat lihat burung terbang pulang ke tempat asal mereka. Dia juga dapat rasa kehadiran angin yang bertiup perlahan. Dia rasa bagaikan mimpi bila dia boleh terbang. Seronoknya!

"Max, duduk. Nanti kau tak seimbang" ujar Eva. Max tidak peduli apa yang dikatakan oleh Eva.

Eva turunkan aura hitam secara perlahan. Max berjalan di atas aura dan dia hampir terjatuh. Dia terlanggar Eva membuat Eva terhilangkan aura hitam itu. Mereka berdua pun jatuh. Eva terbaring menghadap langit. Nasib baik kepalanya terjatuh di atas gumpalan rumput yang mati. Max pula terjatuh di atas Eva. Dia tercium bibir Eva membuat Eva membulat matanya. Dia tolak Max ke tepi.

"Eva, aku betul-betul minta maaf. Aku tak sengaja" pinta Max. Eva diam. Wajah dia merah menahan malu.

"Eva?"

Eva bangun. Dia berjalan meninggalkan Max. Max mengejar Eva "Eva tunggu aku"

Max berjalan di sebelah Eva. Nampaknya Eva tidak pandang dia malah hiraukan dia lagi. Max mengeluh. Dia betul-betul tak sengaja. Lagipun ciuman dia dengan Eva merupakan ciuman pertama kerana dia tak pernah lakukan pada tunangnya yang telah lama meninggal dunia.

"Eva, kau marahkan aku ke?" soal Max. Eva diam.

"Aku dah minta maaf tadi. Aku memang tak sengaja" Max cuba pujuk Eva tapi dia tak berjaya.

"Wow, tak sangka aku yang tuan aku bercium dengan Max" usik Deliz.

"Betul tu" sokong Delia.

"Eva, kesian aku tengok si Max tu. Dia berusaha pujuk kau tahu tak. Kau boleh pulak tak layan dia" Deliz geleng kepala.

"Entah Eva. Kalau malu pun tak perlu lah sampai benci. Benci lama-lama nanti jadi cinta" usik Delia. Hai dua beradik ni.

Eva hiraukan mereka berdua. Dia teringat peristiwa yang tidak dijangka itu membuat mukanya merah padam. Ciuman pertama dia telah dirampas!

The dark princess (C)Tahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon