Kebenaran

2.8K 187 5
                                    

Eva memberhentikan aura hitam di bandar. Mereka berenam turun. Kelihatan pengguna elemen kegelapan serang penduduk di situ. Mereka tak bakar rumah, serang kanak-kanak, golongan berusia serta perempuan. Golongan ini hanya dibiarkan. Mereka hanya berlari. Mereka hanya serang lelaki tapi tak terlalu kuat.

"Eva, kau ada aura hitam yang boleh bawa kitorang. Kenapa kau tak guna semasa perjalanan ke dunia bawah?" soal David yang geram.

"Aku lupa tentang aura tu. Lagipun aku tak tahu apa fungsi aura itu setelah spirit aku beritahu"

"Baiklah, mari kita teruskan berjalan. Jangan sampai pengguna elemen kegelapan nampak kita" ujar Beckham. Mereka angguk kepala.

Dalam pada masa yang sama cuma berbeza tempat kelihatan Joe dan Ella berada di atas kabus. Mereka berdua berpegangan tangan.

"Ehem" tegur si raja.

"Ya, ayahanda?"

"Tangan tu"

Mereka berdua pun melepaskan tangan mereka masing-masing. Malu pula ditegur oleh Raja Evans. Si permaisuri geleng kepala melihat mereka berdua.

"Ella, kau ada tak petunjuk untuk cari adik kau? Maksud aku, ciri-ciri adik kau?" soal Joe.

Ella terdiam seketika. Beberapa minit kemudian, dia menepuk dahinya. Mereka bertiga pandang Ella dengan tanda tanya.

"Ah lupa pula. Aku boleh kesan kedudukan adik aku"

Ella berdiri kemudian dia mendepakan tangan kanannya ke arah langit. Rantai Ella terangkat dan mula bercahaya. Rantai itu berbentuk bulan sabit. Simbol bulan sabit terpapar di langit.

Eva yang sedang berjalan bersama dengan Max tiba-tiba saja dadanya sakit "Arg!"

"Eva, kenapa ni?" soal Max.

Eva tak menjawab. Dia pegang dadanya. Max rangkul bahu Eva. Bibir Eva pucat. Rakan mereka menuju ke arah Eva.

"Macam mana ni?" soal Cindy yang sedikit risau. Beckham pula hanya diam.

Tiba-tiba rantai Eva terangkat dari leher. Rantai itu bercahaya. Beckham agak terkejut melihat bentuk rantai itu. Bentuk rantai itu bentuk bintang lima penjuru. Simbol bintang terpapar di langit. Joe, Ella serta ibu bapanya nampak simbol tersebut.

"Adik" mereka pun ke arah sana.

Eva lemah sedikit. Mereka agak terkejut "Eva, kau pengasas bintang" ujar Beckham.

"Memang aku pengasas bintang"

"Eva, kalau kau nak tahu kau lah benda berharga tu" jelas Beckham.

"Maksud kau?"

"Pengguna elemen kegelapan cari kau sebab kau diculik. Padan lah kau boleh kawal kuasa lain dan gabungkan"

Joe, Ella dan ibu bapanya sampai di simbol cahaya. Dia dapati Eva terbaring lemah di pangkuan Max. Ella menuju ke arah adiknya. Dia agak terkejut apabila tahu yang dia jumpa hari tu adik dia.

"Kau boleh tolong bangunkan adik aku?" soal Ella kepada Max.

Max angkat Eva. Ella sentuh dahi Eva. Keluar dua spirit dari tubuh Eva iaitu Deliz dan Delia "Kau adalah kakaknya" ujar Delia.

"Takkan kau lupa?"

"Maaf, Ella. Ingatan kami telah dilupakan"

Ella angguk kepala. Deliz dan Delia masuk ke dalam tubuh Eva. Ella buka memori Eva yang dikunci dengan bantuan dua spirit di dalam badan Ella.

Eva terjaga. Dia dapati dia berada di satu ruang yang kosong serta berwarna putih. Eva mengerut keningnya "Deliz, Delia"

Tiada suara yang menyahut. Tiba-tiba muncul beberapa gambar memori di depan Eva. Eva dapati gambar itu menunjukkan bahawa peristiwa masa lalunya. Gambar-gambar itu bergerak menceritakan sesuatu. Eva melihat gambar tersebut.

Seorang raja serta isterinya bersama dengan dua orang anak perempuan. Kali ini gambar itu cerah. Eva agak terperanjat melihat semua itu. Dia tak sangka permaisuri yang dia tolong hari tu merupakan ibunya, ayahnya pula seorang raja dan Ella kakaknya. Eva pengsan.

Eva buka mata. Dia dapati dia berada di atas katil. Tangannya digenggam seseorang. Max tidur di tepi katil.

"Max, bangun" kejut Eva.

Max buka mata. Dia terkejut melihat Eva sudah bangun. Dia pun peluk Eva. Kemudian dia leraikan pelukan tersebut.

"Apa yang terjadi? Kenapa aku boleh berada di sini? Mana yang lain? Mana ibu bapa serta kakak aku?" soal Eva

"Oh, tanya tu satu-satu lah. Kau dekat bilik rawatan kat istana. Lagi satu sudah dua hari kau tak sedar"

"Apa yang berlaku?" soal Eva.

"Nanti kakak kau ceritakan. Kau mesti paparkan? Aku akan bawa makanan" Max beredar dari situ.

"Sebelum itu..." Max cium bibir Eva membuat Eva terkejut. Eva tolak Max.

"Ambil kesempatan betul"

Max hanya tersengih kemudian dia keluar dari bilik rawatan. Hampir seminggu juga dia dekat sini. Kakaknya iaitu Ella telah menceritakan semuanya.

"Eva diculik oleh Raja Lezzin atau dikenali pakcik Lez. Dia merupakan pengawal peribadi kita. Pada mulanya dia ingin culik kakak tapi dia dapat adik. Dia hilangkan ingatan adik. Raja Lezzin dan sekeluarga dimasukkan dalam penjara. Kerajaan elemen kegelapan kembali ke dunia atas semula. Mereka dapat menerima kita. Adik pula pengsan setelah kakak beri memori"

Kini Eva sudah mengetahui segalanya. Dia tersenyum sendiri. Tiba-tiba pintu bilik rawatan dibuka. Eva agak terkejut dengan kedatangan seseorang.

"Eva" Yuko menuju ke arah Eva.

"Yuko, apa yang awak buat kat sini?"

"Saya cari awak lah. Saya tak sangka pula awak ni diculik dari keluarga awak"

"Dah nasib saya. Haish" keluh Eva.

"Mungkin kita berdua ditakdirkan bersama"

"Apa maksud awak?" soal Eva yang mengerut keningnya.

"Saya mahu awak jadi isteri saya" Yuko tunjukkan sekotak cincin yang dibuka. Ada sebentuk cincin dikoyak itu. Eva diam.

"Eva?"

"Yuko, saya hanya anggap awak sebagai seorang rakan"

"Tapi saya cintakan awak" wajah Yuko berubah. Kecewa.

"Ciuman pertama saya telah dirampas. Saya harap awak faham"

"Tak semestinya dia jodoh awak" Yuko silang tangannya.

"Maafkan saya, Yuko. Saya cintakan dia dan dia pun cintakan saya"

"Siapa nama lelaki tu?" soal Yuko.

"Max"

Yuko pun berlalu keluar dari bilik rawatan. Dia tutup pintu dengan kuat buat Eva terkejut.

"Yuko"

Yuko berjalan dengan rasa kecewa. Perempuan yang dia suka tu suka orang lain. Yang paling teruk ciuman dia telah dirampas. Tanpa dia sedari air mata mengalir di pipinya. Dia duduk di bangku.

"Saya tak boleh lupakan awak, Eva. Saya sangat cintakan awak. Kenapa awak pilih dia? Apa yang dia boleh berikan? Apa keistimewaan dia? Apa kurangnya saya?" luah Yuko.

Yuko tersedar kemudian dia lap air matanya. Dia tersenyum sinis.
"Baiklah, aku tak boleh menangis hanya kerana perempuan. Kalau aku tak dapat Eva, orang lain juga takkan dapat Eva. Aku akan buat korang putus. Itu janji aku"

Yuko pun berdiri kemudian dia berlalu dari situ. Dia ketawa seorang diri seperti orang gila. Pekerja istana memandang di dengan pelik. Sepertinya dia tidak waras. Dia juga tersenyum jahat memikirkan rancangannya itu.

The dark princess (C)Where stories live. Discover now