Tengah malam
Yerin gagal memejam matanya, "Kenapa aku tak boleh tidur ni?" omelnya.
Yerin terus bangun, sembilan orang yang lain sudah tidur, letih menghabiskan misi escape room.
Tubuh Areum di sebelahnya digoncang, "Areum, bangun wei. Aku nak pergi toilet."
Areum menepis tangan Yerin.
"Kau ni, malam-malam baru nak cari tandas. Aku penat aa." jawab Areum.
Yerin mengeluh kasar, "fine aku pergi sendiri, time kau susah nanti, jangan harap aku nak layan".
Kau yang paling clumsy Yerin.. ", sempat lagi Areum menyindir.
Yerin menggulingkan bola matanya sebelum berjalan ke arah beg disudut bilik, tangannya laju mencari lampu suluh di dalam begnya.
"Ha!" dia menekan butang lampu itu beberapa kali tetapi masih belum keluar cahaya daripada lampu itu.
"Masa nak guna la takda bateri," keluh Yerin.
Akhirnya dia berputus asa dan berjalan keluar daripada bilik tersebut tetapi langkahnya mati apabila terlihat beg berwarna putih di sudut bilik itu.
Beg tersebut milik Hwall.
-
Yerin membuka pintu tandas dengan bantuan lampu suluh milik Hwall.
Beberapa ketika kemudian dia keluar daripada cubicle dan menuju ke sinki.
Nasibnya baik apabila dia tinggalkan barang skincarenya di dalam loker, bolehla dia bersihkan muka.
Selepas menyapu night cream ke muka, Yerin menyimpan semula product skincarenya dan memulas tombol pintu tandas untuk keluar. Malangnya, ia tidak boleh dipulas. "Eh apesal ni?" Berkali-kali dia cuba untuk keluar tetapi tidak boleh, tombol itu dikunci dari luar.
"Hello?! Sesiapa tolong bukakan pintu!!!"
-
AM 0432
Bunyi ekzos motor di luar sekolah menyedarkan Jaemin dari tidurnya. Sesekali dia melihat rakan-rakan yang lain, masih tidur. Jam dinding di dalam bilik itu diliriknya. "Orang nak tidur, pergi rempit." keluh Jaemin.
Dia terus bangun dan mencari begnya.
"Aik? Rasanya macam ada tidur sebelah aku malam tadi. Siapa?" fikir Jaemin, sesekali dia mencari kelibat Hani, tiada.
"Eh, mana pulak Hani ni? Dia tahu ke selok-belok sekolah ni, keluar pagi-pagi buta macam ni?"
-
Pagi esoknya
"bANGUNLA AREUM DA PAGIIIII"
Areum tersedar dek cahaya matahari yang menyinari ruang bilik itu, dicampur teriakan Haechan.
Renjun di sebelahnya sedang mengeringkan rambut menggunakan tuala kecil dari bilik kesihatan.
"Dah bangun? Nah, amik tuala ni. Pergi mandi." beritahu Renjun, menolak tuala dan pakaian lebihan daripada bilik kesihatan.
"Gomawo." Areum melihat sekeliling bilik itu, Sunwoo sedang melipat tilam yang dialas untuk tidur semalaman sementara Youngjae menyusun bantal-bantal ke tepi pintu.
"Ni nak pulangkan kat mana?" soal Youngjae.
"Tinggal je kat situ, nanti aku pulangkan kat bilik kesihatan." jawab Haechan.
"Mana Yerin?" soal Areum, tidak menemui kelibat Yerin apabila Arin dan Hani masuk ke dalam bilik tersebut, baru selesai mandi.
"Tidur kat bilik kesihatan lah tu, kan ada katil.."
Jawapan daripada Hani membuatkan Areum semakin risau dengan ketiadaan Yerin.
"Jaemin. Aku tak rasa dia pergi bilik kesihatan." bisik Areum. Jaemin tersentak.
loading chapter 014....
LOADING COMPLETED
YOU ARE READING
{OG}A;TEEN
FanfictionTeach me, Yuta saem! Season 2! Untuk season 2 aku akan fokuskan The Chaos; Renjun, Haechan, Yerin, Areum. Memang selama ni aku fokus kat dorang je, heh! -_-" Start; 4 January 2020 End;