Eleven - Advice

966 173 8
                                    

Macam mana nak buang rasa malas dan keep updating your fanfic, here's some tips to you!

(1) Selalunya bila malas update berpunca dari votes yang berkurang dan suka tunggu readers datang ramai-ramai dulu baru update. Korang tahu tak readers akan datang bila korang keep update dan fanfiction tu akan complete full. So buang sikap malas dan sikap suka tunggu nak readers muncul. Bila korang keep update, nak readers banyak mana? Ha nanti muncullah dia.

(2) Bila idea datang mencurah-curah bagaikan air tumpah dari cawan, jangan malas menaip. Dah buka wattpad, jangan buat benda lain dan dengan masa yang ada, update, jangan buat readers korang tertunggu unless korang busy. Menulis sebagai hobi, kan? Jadi menulislah bila dah ada masa lapang. Jangan malas bila kau dalam dunia ni.

(3) Korang bila insecure terus tak mahu update walaupun satu chapter. Ya, semua individu ada insecure tapi jangan disebabkan insecure yang menggunung tu korang buat keputusan salah. Semua orang ada bakat masing-masing, sama juga dengan penulisan dan idea yang dah sedia ada dalam pemikiran korang. Gunakan platform ni untuk tunjukkan bakat korang.

Percayalah, kau akan jadi apa yang kau nak di dalam Wattpad ni bila kau berusaha. Semua di dunia ni perlukan usaha bila kau nak mencapai satu matlamat. Ingat, kau berada dalam dunia wattpad untuk menulis, berikan satu moral utk semua orang dalam cerita yang kau tulis. ❤️

Writing Tips.Where stories live. Discover now