Bab 23

5.1K 370 37
                                    

Salam ma'al hijrah 🌙

A/N : panjang yakmat. Harap tak bosan 🤧 maaf atas kekurangan.

FAIL  di tangan aku tutup sebaik sahaja mesyuarat bersama syarikat perkapalan dari Australia itu tamat. Aku turut berdiri apabila wakil syarikat tersebut berdiri dan bersalaman dengan Izammil. Mereka sekadar tersenyum kepadaku memandangkan semasa awal pertemuan tadi, aku sudah pun menolak salam mereka bersama penjelasan yang tidak menyinggung perasaan.

Selesai berborak ringkas, dua wakil syarikat Australia itu terus meminta diri, dan aku menghulurkan senyuman terakhir sebelum kedua insan itu menghilang dari bilik mesyuarat. Spontan, aku mendengar Izammil menghela nafas lega. Aku tersenyum. Legalah itu sebab berjaya dapatkan tender dengan syarikat Webble itu.

Bukan aku tak tahu dia bertungkus-lumus menyiapkan fail pembentangan untuk usaha sama dengan syarikat itu. Kejayaan mendapatkan tender tersebut bermaksud ini merupakan tender terbesar yang pernah dia dapat sepanjang hampir lima bulan bekerja di sini. Dia betul-betul membuktikan yang dia layak mendapatkan jawatannya itu.

Izammil memandang aku. “Let’s have a lunch. A little celebration.”

Aku tersentak. “Saya?” Aku bertanya sambil tunjuk pada diri sendiri.

“Yalah. Projek inikan usaha awak dengan saya.” Izammil berkata.

Oh, ya. Lupa pula yang aku pun terlibat sama. Cuma, Izammil yang berperanan dalam proses pembentangan dan aku lebih banyak membantu dalam penstrukturan dengannya. Belum sempat aku hendak membalas, pintu bilik mesyuarat yang memang sedia terbuka itu diketuk seseorang. Spontan, aku dan Izammil menoleh. Setiausaha Izammil, Aina berdiri di muka pintu.

Yes, Aina?” tanya Izammil.

“Encik Izammil, ada tetamu nak jumpa.”

Izammil berkerut. “Siapa?”

“Cik Lyana.”

Izammil terdiam seketika. Kemudian, dia memandang aku. Sama-sama faham yang maksudnya, tak dapatlah kami lunch sekali sebab sah-sahlah Lyana itu datang untuk lunch dengan kekasihnya ini. Izammil kembali memandang Aina. “Okey, Aina. Suruh dia masuk bilik saya dulu. I’ll be there,” kata Izammil. Aina mengangguk sebelum dia menghilang semula.

Izammil memandang aku semula. “I’m sorry about that. Maybe some other time?”

Entah kenapa, aku rasa kecewa pula. Tapi, cepat-cepat aku buang perasaan itu. Aku mengukir senyuman. “Tak apalah. Bila-bila Encik free, kita pergilah. Tak pergi pun tak apa.” Entah kenapa, ayat akhir aku itu macam ayat merajuk pula.

Izammil memandang aku dengan mata mengecil sebelum dia menarik nafas dan dihela perlahan-lahan. “We will. It’s a promise. Saya pergi dulu,” kata Izammil. Aku sekadar mengangguk sebelum Izammil terus berlalu dan meninggalkan aku bersendirian di situ. Aku mengeluh perlahan. Entah apa kenalah dengan hati aku sejak kebelakangan ini. Lembut semacam. Hesy!

Aku menggeleng perlahan sebelum mencapai semua fail projek dan melangkah keluar dari bilik mesyuarat tersebut. Baru sahaja aku melangkah keluar dari bilik tersebut, satu wajah yang cukup aku kenali menghampiri aku. Dato’ Erman?
“Hanim.” Seru Dato’ Erman. Spontan, aku mengukir senyuman walaupun aku sedikit teragak-agak. Takkan datang untuk jumpa aku kut?

“Selamat tengahari, Dato’.” Aku berkata dalam nada formal. Lagipun, aku belum terbiasa nak panggil lelaki ini dengan panggilan papa walaupun pernah disuruhnya dahulu. Dato’ Erman tersenyum. “Hanim nak keluar lunch ke?” tanya Dato’ Erman. Aku mengerling jam tangan. Dah pukul 12.30 tengahari. Aku mengangguk.

BAHAGIA UNTUK IZAMMIL | uneditedOn viuen les histories. Descobreix ara