Episode 29 : Kelas PE!

1.3K 120 3
                                    

Awal pagi keesokan harinya, kelas pertama Kelas 2 tahun tiga semester satu dimulakan dengan kelas PE. Kelas yang diadakan sama ada di gymnasium atau padang. Yang mana menjadi kesukaan pelajar lelaki, namun paling tidak di sukai oleh pelajar perempuan.

Well...mengeluarkan peluh dan kotorkan diri adalah perkara paling orang perempuan tak suka okay!Lagi-lagi kalau cuaca panas nak mampus!Habis burn kulit!

Selesai jalankan aktiviti memanaskan badan yang di ketuai oleh Jurulatih Cody, 20 orang pelajar kelas itu dipecahkan kepada dua kumpulan. Mereka akan lakukan aktiviti dogde ball. Yang mana 10 lawan 10 di dalam gymnasium akademi.

Sewaktu pemilihan, Aaliyah berusaha untuk elakkan dirinya dari satu kumpulan dengan Lucas. Namun lelaki itu sepertinya memang tak boleh nak dipisahkan dari dia, akhirnya Lucas berakhir dalam kumpulan yang sama dengan Aaliyah lepas Lucas tunjuk perangai samseng pada ketua kumpulan yang patut pilih ahli. Takut punya pasal, ketua kumpulan Aaliyah mengalah dan mengambil Lucas sebagai ahli pasukan mereka.

Jurulatih Cody berdiri dekat luar gelangang. Memerhati mereka dari jarak jauh dengan tangan bersilang di dada.

Sementara pelajar lain sedia di kotak masing-masing. Sedia untuk pertahankan ahli pasukan mereka.

"Nak main macam ni je?"tanya Lucas pada mereka di situ. "Macam tak seronok je."aju dia.

Aaliyah yang berdiri dekat sebelah ketua kelasnya, iaitu Kaider, palingkan kepala ke belakang dia. DImana Lucas sedang berdiri dengan tangan dalam poket sweater sukan.

"Kau ada cadangan yang menarik ke?"aju rakan dari kumpulan lawan.

"Macam mana kalau pasukan lawan yang kalah kena berikan rating dia orang pada pasukan yang menang?"kata Lucas sebelum tersengih menawan. "Baru la challenging sikit game ni kan."

Aaliyah berkerut hidung tak suka dengan cadangan Lucas. Dia pandang judging ke lelaki tu.

Lucas perasan. Dia Nampak akan reaksi Aaliyah lepas dia cakap macam tu.

Sementara mereka semua di situ saling berpandangan,berasa tak percaya dengan cadangan tak masuk akal tu. Lantas Kaider berkata. "Kami rakan sekelas dah angkat ikrar takkan bertarung antara satu sama lain. Apa lagi rampas merampas rating Lucas. Kami kongsi."beritahu dia. "Ianya adalah prinsip yang kami pegang selama tiga tahun berada di kelas yang sama."

Aaliyah mengangguk setuju. Sememangnya ketua ini layak menjadi seorang ketua. Lihat la cara bercakap. Tak macam yang seorang tu!Tahunya nak bersaing dan bertarung. Ingat ini akademi ini Colloseum apa?Hah?!Pelajar akademi ni gladiator ke sampai perlu bertarung bagai.

"Betul tu."sokong Aaliyah sambil buat muka menyampah pada Lucas.

Lucas ketawa mengejek. "Please la...prinsip konon?Aku tahu macam mana tempat ni berfungsi okay. Rampas merampas rating adalah perkara basic dekat sini?Sama ada kau orang setuju atau tidak. Yang kalah berikan rating, yang menang dapat rating. Ada bantahan?"tegasnya. "Kau nak bantah kata-kata anak dekan ni ke?"

Mereka semua pandang tak suka ke Lucas. Dasar bossy!

"Hei!"Aaliyah bersuara hendak membantah, tapi Kaider halang. DIa pegang bahu Aaliyah.

Aaliyah dongak memandang ke Kaider dengan kening berkerut nak marah. Tapi Kaider beri gelengan kepala kepada dia.

"Fine. Deal."setuju Kaider yang kemudiannya menghadap rakan-rakan sekelasnya yang lain. Dia beri renungan yang mereka semua kena akur dengan permintaan ini. Yang mana mereka semua pandang akannya lalu mengangguk kepala faham."Game start."beritahunya sambil buka langkah mahu membaling bola beracun yang ada di tangan ketika itu.

Aaliyah toleh memandang Lucas dengan kening berkerut. Apa yang Lucas cuba buat sebenarnya ni!? Dia tak perlukan rating lagi. Cukup apa yang dia ada sekarang!Untuk tu dia kena kalahkan pasukannya sendiri!Sh*t betul la semua ni!

Selang 15 minit selepas permainan di mulakan, baki pemain ialah 6 : 7. Pasukan Aaliyah 6, pasukan lawan 7. Semua dekat situ dah tercungap-cungap penat kerana berlari ke sana sini cuba mengelak. Aaliyah, Lucas dan Kaider masih bertahan dalam pasukannya. Sementara pasukan lawan semuanya pelajar lelaki. Ahli pasukan dari kelab bola keranjang akademi.

Aaliyah yang sudah tak larat nak berdiri dan berlari lagi. Dia tunduk memegang kedua-dua lutut! Ini game je kan!Kenapa dia orang ambik serius sangat!

"Shoot!"arah mereka dari pasukan lawan yang tiba-tiba baling bola oren tu ke arah kumpulan Aaliyah.

Mulakan pasukan Kaider fikir yang pasukan lawan mereka nak baling bola ke arah mereka. Sebaliknya, mereka hanya acah nak baling je, sekali tu mereka pass bola sebelum target ia ke arah Aaliyah yang tak bersedia untuk mengelak.

BUK!

Disebabkan bola yang di baling itu dari pemain bola keranjang, ianya tepat-tepat mengenai muka Aaliyah sesaat kemudian. Ahli pasukan Aaliyah yang tak sempat nak lindungi Aaliyah tercengang melihat gadis itu jatuh terbaring ke belakang akibat balingan tersebut.

"Aaliyah!"panggil mereka dengan cemas setelah itu. Termasuk la pasukan lawan di situ. Mereka berlari ke arah tempat dimana Aaliyah sedang terbaring dan berdiri melangit di atas gadis itu.

Berpinar seperti tengah berada di awang-awangan, Aaliyah berkerut kening menahan sakit di hidung dan dahinya ketika itu. Bapak!Padu gila!Bergegar otak dia dibuatnya.

"Darah!"seru seorang pelajar perempuan dengan tiba-tiba lepas Nampak sesuatu warna merah mengalir keluar dari hidung kemerahan Aaliyah.

Sebaik Aaliyah buka matanya dia Nampak akan kepala yang berada di atasnya sebelum pegang hidung dia yang berada panas tiba-tiba tu. "Sakitnya.."aduh dia sambil tu.

Orang yang baling bola tadi, gerak nak dekati Aaliyah. Namun Lucas muncul tiba-tiba dan tolak pelajar tu jauh dari Aaliyah. Terkejut pelajar lelaki tu di buat tolakan tersebut. Dia perhatikan Lucas tanggalkan sweater lalu di tekap pada hidung Aaliyah. Setelah itu barula Lucas tunduk memegang bawah lengan Aaliyah dan angkat badan tu bangun dari situ dengan mudah.

Masih belum sober dengan rasa sakit yang dirasakan, Aaliyah tak dapat nak proses apa yang berlaku. Dia hanya biarkan saja Lucas pegang badan dia sebelum dirinya dicempung gaya pengantin oleh lelaki itu.

Jurulatih Cody datang kemudiannya, Dia berdiri depan Lucas untuk memeriksa keadaan Aaliyah. Keningnya terus berkerut. "Hantar dia ke klinik akademi. Saya akan maklumkan hal ni pada pensyarah kelas seterusnya."pesan dia pada Lucas.

Tanpa berkata apa-apa, Lucas terus pergi dari situ dengan Aaliyah dalam pelukan dia.

Aaliyah rehatkan kepala dia pada bahu Lucas dengan mata terpejam dan berkerut kening menahan sakit sambil tekap sweater tu ke hidung dia.

23. The Hierarchy Donde viven las historias. Descúbrelo ahora