Episode 56 : Special Dating

1.4K 120 1
                                    

"Huargh~~"nguap Aaliyah sambil tolak kerusi bawah meja belajar. Dia baru saja siapkan kerja dan study sikit untuk subjek kelas esok pagi. Jam biru bentuk kepala teddy bear dekat sebelah timbunan buku tunjuk waktu sudahpun masuk 10 malam. Tanpa berlengah dia pun gerak ke arah katil untuk tidur.

Setibanya dia di tepi katil, selimut yang ada di situ di selak sebelum dia angkat kaki untuk naik ke atas katil. Berbuat saja begitu, tidak semena pintu biliknya di ketuk. Kaku sekejap Aaliyah dengan sebelah kaki sudah melutut di atas tilam semasa dia pandang ke pintu biliknya.

"Dah siapa pulak ni?"sungut Aaliyah sebelum turunkan kaki lalu berjalan mendapatkan pintu biliknya.

Knock!

Knock!

Perlahan saja bunyi ketukan itu. Sampai saja di pintu itu, Aaliyah buka pintu tersebut tanpa rasa ragu-ragu. Namun tak sempat dia nak pandang atau bersuara lengannya ditarik oleh satu cengkaman dengan tiba-tiba keluar dari biliknya dalam sekelip mata.

"Cepat!"bisik Lucas yang berpakaian baju tidur dekat badan sewaktu menarik Aaliyah jalan merentasi koridor asrama pelajar perempuan itu.

Tercengang dengan keadaan itu, Aaliyah pandang bingung sekejap ke belakang Lucas sambil berkerut kening tak faham. Selepas dia sober dari terkejut, dia pegang lengan Lucas dan berhenti dari berjalan dengan mendadak.

"Apa yang berlaku ni?"tanya Aaliyah dengan suara berbisik dia. Tak nak buatkan penghuni bilik lain terjaga.

Lucas pun berpaling apabila dirinya di hentikan dekat tengah koridot tu. Dia pandang Aaliyah dengan kening terangkat. "Aku beritahu kemudian. Apa yang kau kena buat sekarang ikut dulu."bisiknya sambil Tarik Aaliyah semula supaya jalan.

Tak tahu nak cakap apa lagi, Aaliyah ikutkan saja la permintaan Lucas.

Tidak lama kemudian mereka pun keluar dari bangunan asrama pelajar perempuan. Lucas bawa Aaliyah ke satu arah dimana taman bunga berada. Menggunakan lampu suluh telefon Lucas, mereka tiba dengan selamat tanpa tertangkap di suatu tempat berkawasan lapang dan di kelilingi pokok renek dan pohon rendang di taman tersebut.

"Tadaaa.."Lucas berdiri menghadap Aaliyah sambil depakan tangan. "Stargazing...aku prepare semua ni..siap ada bantal dan lapik sekali...awesome tak?"tanya dia sebelum tersenyum lebar ke Aaliyah.

Hah?Aaliyah pandang tempat itu dengan perasaan tergamam yang amat. Semata ni Lucas curi masuk asrama perempuan dan heret dia ke sini?"Apa yang awak cuba lakukan ni Lucas?Tahu tak dah malam ni?"tanya dia sambil jalan mendekati spot dimana sebuah lapik di hamparkan atas rumput itu Bersama selimut dan bantal. Ada lampu cantik di kanan dan kiri lapik tu. Buatkan ia kelihatan bersuasana romantic.

"Special Dating untuk kita."beritahu Lucas sambil tanggalkan selipar malamnya lalu pijak lapik tu sebelum duduk di situ. "SIni...baring. Hari ni langit penuh bintang."ajaknya setelah itu sambil tepuk tempat di sebelahnya.

Aaliyah tersenyum sambil ketawa kecil. "Ada-ada je la.."komen dia semasa tanggalkan selipar dalam yang dia sendiri tak sempat nak tanggalkan masa nak naik katil tadi. Setelah itu dia ambil tempat di sebelah Lucas sementara lelaki tu tolong selimutkan kakinya. "Kita tak kena tangkap ke nanti?"tanya dia sambil tu.

"Jangan risau. Aku dah uruskannya."beritahu Lucas semasa baringkan Aaliyah di bantal empuk yang dia bawakan tadi sebelum ikut baring di sebelah berbantalkan lengannya.

Baring saja di situ, Aaliyah dan Lucas di sapa dengan pemandangan langit malam yang berbulan sabit dan penuh dengan hamparan bintang. Boleh dilihat constellation dimana-mana. Buat seketika mereka berdua hanya diam termenung menikmati pemandangan malam tu tanpa berkata apa-apa.

Beberapa minit kemudian, baru la Lucas bersuara. Dia ngiringkan badannya menghadap Aaliyah untuk pandang tepi muka tu. "Apa yang akan berlaku pada Farina dengan Ian lepas ni?Aku perhatikan, Isaac tak buat apa-apa mengenai dia orang?"

"On the way."beritahu Aaliyah dengan suara meleret mengantuk hendak tidur. "Saya tengah tunggu masa yang sesuai je untuk kenakan mereka semula."

"Okay. Aku harap kau boleh settlekannya dengan cepat supaya kita boleh fokus dalam study. Eloknya, settlekan dengan cara baik. Kekerasan takkan selesaikan masalah.."Lucas beritahu dengan nada perlahan yang buatkan hati tenang bila dengar.

Aaliyah tersengih sewaktu memejam matanya. Pemandangan malam ni buatkan dia semakin mengantuk je. "Saya tahu la."beritahu dia setelah itu. "Sekejap je lagi, settle la."

Lucas ngesot merapat ke Aaliyah. Setelah itu dia baring mengiring menopang kepala dengan lengan kanan. Tangan kirinya berada di atas perut Aaliyah. Buat seketika tanpa berkata apa-apa, dia hanya tenung wajah Aaliyah yang sedang lelap itu. "Hei...kau tidur?"panggilnya dengan berbisik.

"Hm."jeda Aaliyah dengan perlahan. Matanya masih tertutup rapat.

"Sejak kita official, tak pernah sekali pun kita buat apa yang couple buat. So hari ni aku ada bucket list yang aku kena langsaikan. Boleh kau lakukannya untuk aku?"beritahu dia semasa tunduk memandang muka Aaliyah.

"Apa dia listnya tu?"soal Aaliyah serta merta namun masih memejam mata.

"First, dating.Checked. Second. Confess. Third. Firstkiss. Forth. Holding Hand.Fifth.Cuddle."beritahu Lucas sambil hitang guna jari tangan kirinya. Setelah selesai hitung dia letak semula tangan ke perut Aaliyah. "Macam mana?"

Berdengus kecil Aaliyah hendak ketawa lepas dengar. Memangnya ini first time ke Lucas bercinta? Dia pun membuka mata lantas di sapa dengan muka Lucas yang hanya berjarak sejengkal saja di atasnya itu. "Beritahu saya dengan jujur, adakah ini first relationship awak?Why you sound so nerd about this?"

Lucas gerakkan mata dia ke kanan dan kiri seperti teragak-agak nak berkata namun tak lama lepas tu dia buat muka seperti segan lalu mengangguk kepala. "Nak buat macam mana. Study adalah hidup aku. Soal relationship. Nope."

Aaliyah ketawa kecil. Lalu dia angguk kepala setuju. "Fine. Saya buat. Apa yang second tadi?Confession ya?"tanya dia.

"Yup."

"I like you Lucas. Not yet love but I do like you."beritahu Aaliyah dengan perlahan sambil pandang mata Lucas.

Tersenyum Lucas lepas tu. "Sama jugak dengan aku. Kalau macam tu kita kawan sampai kahwin."ajunya.

"Awak pasti tentang hal tu?Awak janji ni?"tanya Aaliyah.

"Yup."angguk Lucas dengan muka serius namun tersenyum.

"Okay.Deal."setuju Aaliyah. Harap macam tu la. "What next?Firstkiss?Awak tak pernah kiss sesiapa sebelum ni?"tanya dia dengan bersahaja.

"Stop asking me question...just kiss me!"bebel Lucas semasa tunduk mendekat ke bibir Aaliyah.

Aaliyah pegang tepi kepala Lucas lalu berikan kucupan di bibir tu dengan senyuman di bibir. It okay. Dia suka Lucas. Kalau Lucas happy dengan dia, dia akan happy Bersama dengan Lucas.

"Stop."beritahu Lucas dari balik kucupan itu. Cuba Tarik dirinya jauh dari Aaliyah, tapi Aaliyah tak nak lepaskan dia. "Aaliyah..."

Baru la Aaliyah lepaskan kepala Lucas. "Kenapa?"tanya dia dengan muka terkejut. Kenapa apa yang berlaku?"Ada apa?"muka, bahu dan dada Lucas di beleknya.

Lucas ketawa setelah itu. "Tak ada apa-apa. Saja."mana boleh kalau Aaliyah yang dominan. Kena la dia! "Mana kita berhenti tadi?"tanya dia semasa lingkjarkan tangan ke sekeliling belakang badan Aaliyah dan dekatkan semula mukanya ke muka Aaliyah.

Aaliyah ketawa kecil sebaik mendengar kata-kata itu. Dia ikut lingkarkan tangannya ke sekeliling bahu Lucas dan pegang belakang kepala tu. Sememangnya ini special dating untuk dia.

23. The Hierarchy Waar verhalen tot leven komen. Ontdek het nu