🏅MEJOR ROMANZA🏅

40 4 3
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

TAJUK : Bahagia Buat Aisyah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

TAJUK : Bahagia Buat Aisyah

PENULIS : jijahorkid

GENRE : Romance

BLURB / DESKRIPSI CERITA :

Aisyah seorang gadis yang baru keluar dari Sekolah Henry Gurney.  Dilabel 'budak jahat' merupakan takdir yang perlu dia tempuhi. Tidak cukup dengan itu, dia dihalau oleh ibunya.

'Anak aku dah lama mati. Kau siapa? Pergi berambus dari sini.' - Mak Temah

Akur dengan kehendak ibu tersayang, kakinya melangkah pergi. Pertemuan dengan Tengku Aminah yang tinggal bersama Rayyan dan si kecil, Adib membuka lembaran baru dalam hidupnya. Namun, itu hanya sementara.

'Kau nak kemana? Ada aku suruh kau pergi? Nasi aku siapa nak letakkan? Kau nak makan gaji buta ke apa?' - Rayyan

Demi membalas budi Tengku Aminah, dia kuatkan hati. Setiap cacian dan tomahan yang dilemparkan dia hadap. Tanpa dia sedar, hanya kerana satu ucapan terima kasih, dia jatuh hati pada Rayyan. Pelik tapi benar. 

Kehadiran Syafiq secara mengejut dengan niat untuk membantunya menjadi tanda tanya.

'Aku rasa aku patut berterus terang je dengan kau. Ada orang inform aku yang kau dalam bahaya. So, aku datang ni nak bagi kau warning siap-siap supaya lebih berhati-hati selepas ni.' -Syafiq

Di sebalik bantuan itu rupanya tersimpan satu rahsia. Punca dia dimasukkan ke sekolah itu dan juga misteri identiti Lelaki Ros Putih kian terbongkar. Kerana dendam, pelbagai kemalangan menimpanya.

'Aisyah, Aisyah...Hidup lagi kan kau? Aku ingat lepas kemalangan tu, kau dah jumpa Dian kat sana. Tak sangka pulak orang macam kau ni liat betul kan nyawa kau! - X

Mampukah dia terus bertahan? Siapa yang berdendam dengannya? Tatkala semuanya terbongkar, masih adakah bahagia buat dirinya?
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

DE VOTE | CLOSE Where stories live. Discover now