🏅MEJOR ACCION🏅

31 4 1
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

TAJUK : Kerana Aku Bukan Dia

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

TAJUK : Kerana Aku Bukan Dia

PENULIS : Syaf_Asriqa

INSTAGRAM : @nukilan_syafasriqa

GENRE : Action Mystery

BLURB / DESKRIPSI CERITA :

HUD AIDAN, siapa sangka di sebalik keceriaannya, dia pernah hidup umpama orang yang menunggu hukuman mati. Namun, ketika dia sedar akan khilafnya, dia diuji lagi apabila nyawanya menjadi taruhan oleh seseorang yang mahukan kematiannya. Bahkan, dia turut diuji dengan konflik keluarga.

"Hud Aidan, aku nak kau mati! Kematian kau tu akan jadi trofi kemenangan aku!"

NAURAH AFRINA, ketika menanti hari-hari bahagia, dia harus menerima kenyataan bahawa tunangnya terkorban ketika bertugas. Sakit yang dirasakan serta merta membuatkan hidupnya jadi mendung. Namun kerana kejadian itu, Afrina menjadi seorang gadis yang berhati beku. Tak semudah itu dia memberikan cinta kepada lelaki lain.

Afrina dan Hud ditemukan apabila Afrina menjadi jururawat peribadi Datin Khalida. Sifat Afrina yang lancang sering menarik perhatian Hud lebih-lebih lagi gadis itu bisa mendiamkan ibunya yang angkuh. Namun dengan Dina, anak buahnya Hud, gadis itu seolah-olah seorang ibu yang lembut. Tapi, Afrina sering menolak salam perkenalan Hud. Semuanya kerana tragedi 14 tahun yang lalu...

"Aku bencikan kau!  Sebanyak mana pun kemaafan yang kau pinta, kau tak mampu nak ulang balik masa 14 tahun yang lalu! Apa yang kau dah buat pada aku tu terlalu kejam!" - Afrina

Hud sedar bahawa dia bukan yang terbaik buat orang sekelilingnya. Apabila nyawa orang sekelilingnya turut terpalit dengan 'musuh misteri', dia nekad untuk melindungi mereka selagi hayat dikandung badan. Walaupun dia diancam , dia juga bertanggungjawab untuk melindungi orang-orang kesayangannya!

"Kau memang dah buat aku naik gila! Sebelum kau bunuh perempuan tu, aku boleh rodok jantung kau dan bagi anjing kau tu makan!"- Hud

Kerana tekad Hud, Afrina pula jadi buntu dengan perasaan sendiri. Dia masih ada sifat kemanusiaan walau sehebat mana sekali pun dia disakiti!

DE VOTE | CLOSE Where stories live. Discover now