Bab Dua

78 4 0
                                    

Setibanya aku di rumah, perkara pertama yang aku lakukan adalah menuju ke bilik ayahku. Ayah yang kini terlantar hanya melemparkan senyuman tatkala berpaling ke arahku.

       “Macam mana keputusan SPM?” Ayah mula bersuara.  Sudah hampir empat bulan ayah terlantar akibat kemalangan jalan raya. Paha kiri ayah terpaksa dimasukkan besi ekoran tulang paha ayah yang patah manakala kaki kanan ayah dijahit di bahagian lutut. Mata kanan ayah juga dijahit kerana kelopak mata yang terkoyak sewaktu kemalangan. Namun aku tetap bersyukur kerana Allah masih panjangkan umur ayah. Benarlah firman Allah dalam al-Quran, “Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata :”Kami telah beriman”, sedangkan mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?”(Surah Al-Ankabut ayat 2).

       “Kak Long dapat 6A ayah. Maaf Kak Long tak dapat straight A.” Balasku dengan wajah yang muram lalu menyerahkan slip keputusan SPM. 
“Alhamdulillah tahniah Kak Long! Keputusan 6A ni sangat membanggakan bagi ayah. Kak Long dah usaha sehabis baik jadi inilah rezeki yang Allah berikan untuk Kak Long. Dah jangan sedih-sedih, ayah sentiasa doakan anak-anak ayah.” Jawab ayah sambil menasihati diriku.

        Aku kembali tersenyum tatkala mendengar bicara ayah. Itulah ayahku, tidak pernah memarahi anak-anak tatkala aku dan adik-beradik yang lain mendapat keputusan peperiksaan yang bukan dalam target pencapaian. Bahkan ayah selalu menasihati kami agar membetulkan niat dan tujuan menuntut ilmu. Walaupun ayah tidak memarahi kami, namun itu bukan alasan kami untuk tidak berusaha bersungguh-sungguh.

      " Alhamdulillah, terima kasih ayah. Ayah memang the best.” Ujarku sambil tersengih lalu aku terus menuju ke dapur untuk menyediakan makanan tengahari. Sejak kematian ummiku pada tahun 2009, aku berusaha untuk berdikari dan membantu ayah dalam urusan rumah tangga.

DIARI SI GADIS DESAWhere stories live. Discover now