Bab Empat

50 4 0
                                    

Dua bulan kemudian

Sepi. Inilah yang kurasakan saat ini. Sepi yang memberi ketenangan di kala sepertiga malam. Munajat yang kulakukan dalam istikharah dan hajat ini telah memberikan damai di hati.

           Sudah dua minggu aku melakukan istikharah sejak aku mendapat tawaran ke Kolej Matrikulasi Johor yang berada di Tangkak, Muar. Walaupun hati aku sudah tekad untuk menyambung pengajian ke Tingkatan Enam, namun munajat ini tetap kulakukan demi memohon ketetapan hati dan segala urusan pengajianku dipermudahkan oleh-Nya.

*********************
                    Pagi yang sunyi dan hening. Seawal jam 5 pagi aku sudah bangkit daripada lena. Tanpa melengahkan masa aku terus menuju ke dapur untuk menyediakan sarapan dan makanan tengahari buat ayah serta adik-adikku.

                  Setelah siap semuanya, aku akan membantu ayah menyediakan kelengkapan mandi dan pakaian. Kerana keadaan ayahku yang masih tidak boleh berdiri membuatkan aku perlu memantau keadaan ayah.

                    Kemudian aku akan menghantar adik-adikku ke sekolah dan meneruskan perjalanan ke sekolahku. Aku telah meminta bantuan ibu saudaraku untuk membantu ayah yang keseorangan di rumah pada waktu kami bersekolah. Setelah itu bapa saudaraku juga akan mengambil adik-adikku di sekolah rendah lantaran kelewatan aku pulang ke rumah pada jam 2.30 petang setiap hari.

                    Begitulah rutin harianku. Sudah dua bulan aku menyambung pengajian ke Tingkatan Enam. Walaupun kadang kala berlaku keadaan yang tergesa-gesa pada awal pagi, namun aku berpuas hati dan bersyukur kerana dapat berbakti kepada syurgaku. Moga Allah masukkan kedua ibu bapaku ke jannah-Nya.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Nov 16, 2020 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

DIARI SI GADIS DESAWhere stories live. Discover now