Bab 8

593 63 2
                                    

Satu per satu pemanis mulut disusun di dalam peti sejuk di sebelah kaunter. Disusun mengikut nama yang dilabelkan. Setelah siap, pintu peti ditutup.

Ketika aku ingin masuk ke dalam dapur, kaki dengan manjanya bercium dengan kaki meja. Sedap! Rasa sakit hati.

Dahiku berkerut menahan sakit.

Tiba-tiba aku teringatkan Haizul. Kalau aku tengah sakit, aku akan call dia. Dengar saja aku sakit, terus pecut datang sambil bawa ubat. Dicapai telefon yang berada di dalam poket. Jari aku terhenti bila ingin menekan butang panggilan.

Sudah sebulan Haizul hilangkan diri. Ke manakah dia? Macam mana keadaan dia? Sihat ke tak? Dah makan ke?

Telefon disimpan kembali. Biasalah perempuan. Marah macam mana sekalipun tetap fikir keadaan orang yang disayang.

“Shal ok ke tak ni? ”tegur Ifwat. Mungkin dia hairan tengok aku seperti terkaku.

“Ok. ”

“Kenapa ni? ”Terselit nada risau dari soalan Ifwat.

Nothing. ”jawabku ringkas. Takkanlah aku nak cerita kat Ifwat. Setakat kena meja. Manja betul! Tapi tak malu mengedik dengan Haizul.

“ Kenapa masuk kerja? Kata nak hantar kawan pergi uni. ”kata Ifwat.

Eih? Aku pelik. Setahuku, tak pernah lagi aku beritahu jadual harian aku ke orang lain selain kawan rapat dan keluarga.

“Macam mana Ifwat tahu? ”tanyaku.

“Laaa Shal kan rapat dengan Raudah. Raudah ada beritahu Ifwat. ”kata Ifwat.

Lupa. Aku ada juga beritahu Raudah. Mungkin dia terlepas cakap depan Ifwat.

“Muqris mana? ”Aku mengubah topik. Pelik juga hari ni. Sunyi semacam. Biasanya pukul 8 pagi dah tercegat depan kafe. Pukul 9 wajib dia mengacau aku ketika kerja.

“Muqris ke nama dia? Handsome nama. Macam tuan badan. Dia cuti hari ni. Demam panas katanya. ”

Demam panas? Kenapa aku tak tahu pun.

“Kalau macamtu Shal pergi dulu. ”Aku minta diri.

“Yela. Hati -hati. ”

Sebaik sahaja aku tiba di rumah, Husna dan Ayesha sudah tercegat menunggu aku di pintu pagar rumah. Aku pun apa lagi, kelam kabut bersiap. Mulut Ayesha tak berhenti membebel sampaikan aku rasa nak hentak kepala di stereng kereta. Kereta yang dipandu Ayesha melangkah masuk ke dalam universiti. Kali ni, Ayesha jadi pemandu. Dapat juga aku rehatkan diri. 

Parking depan pejabat. Una ada hal kejap. ”kata Husna.

“Baik, puteri. ”Ayesha meletakkan kereta betul -betul di hadapan pejabat utama.

“Lama jugak Una nak settlekan hal ni. Kalau bosan, keluarlah ambil angin. ”

Aku mengangkat ibu jari.

Aku melihat Husna berjalan masuk ke dalam pejabat. Ayesha macam biasa. Belek telefon sampai nak terkeluar biji mata. Bosan.

Aku keluar dari kereta. Baju yang sedikit terangkat aku baiki. Udara dihirup.

Pandangan teralih ke arah sekumpulan lelaki yang berpakaian askar yang sedang berjalan keluar dari pejabat. Nampaknya kem orientasi belum habis.

What a minute,

Mata dikecilkan. Seperti aku kenal satu susuk tubuh itu. Walaupun dia berada di dalam kelompok tapi aku tetap dapat mengecamnya. Semakin susuk tubuh itu mendekat, semakin aku dapat mengecam wajah lelaki itu.

Mr Vader (OG)Where stories live. Discover now