Bab 13

409 36 0
                                    

   Wajah Muqris kebiasaannya dihiasi dengan senyuman aku lihat. No smile today. Bungkusan makanan untuk dihantar bertukar tangan.

   Aku tak tahu sama ada aku patut rasa menyesal atau tak. Tapi kalau aku tak tipu, Muqris selalu bandingkan dengan diri dia. Kes aku beritahu latar belakang aku pun nampak sangat dia tak selesa.

    Tipu, salah. Tak tipu, Muqris rasa tak selesa. Tipu, berdosa. Tak tipu....malas aku fikir. Setakat tipu macam tu pun nak terasa.

    "Usya siapa tu? "sergah satu suara.

    Terkejut dengan sergahan, aku termaki. Ifwat sedang tersengih melihat aku yang terkejut.

    "Salah kau. Bukan salah aku. "Awal -awal lagi aku membela diri.

    "Ada kerja tak ni? "soal Ifwat. Hairan melihat aku tenang semacam.

    "Tak. "

    Disebabkan suasana kafe agak lenggang dari orang ramai, tak banyak kerja yang perlu dibuat. Setakat tunggu pelanggan datang. Kalau bosan, main buka tutup tempat letak duit.

     "Sedar tak sedar, hampir setahun kafe ni dibuka. Rezeki Shal, kafe ramai pelanggan. Tak putus -putus sehingga hari ni."

     Bibir tersenyum nipis saat mendengar cerita Ifwat.

   Bila diingatkan balik betapa peritnya nak mulakan perniagaan. Ada kalanya naik. Ada kalanya jatuh.
Pelanggan tak semestinya ada. Jadi aku perlu berusaha keras untuk memastikan pelanggan sentiasa datang. Bukan aku seorang. Termasuk dengan pekerja -pekerja yang menyokong aku dari belakang.

   "Tiba -tiba Shal teringat masa Ifwat baru masuk. Tertukar susu dengan santan." Fikiran aku teringat ketika Ifwat baru masuk. Bolehnya dia tersalah letak santan dalam kopi. Nasiblah tak sampai ke pelanggan. Kalau tak? Mampus nak menjawab.

     "Sudah! Benda tu sepatutnya pupus dari ingatan kita semua. " Muka Ifwat bertukar merah. Malu teringat kisah lamanya.

     Kalau diingat balik memang kelakar. Aku tak boleh fikir macam mana dia boleh tertukar santan dengan susu. Nampak sangat baru masuk dapur.

     "I can't even imagine how can you didn't know which one is milk and coconut milk. Yea it's still a milk but they have the different texture! "Aku syak, mentang -mentang nama santan dalam Bahasa English milk, Ifwat rembat je letak.

    "Salah santan tu! Kenapa cair sangat. "Semakin kuat aku ketawa mendengar alasan Ifwat.

     Sedang aku dan Ifwat bergelak ketawa, telefon menjerit meminta diangkat.

      "Kenapa call? "Tak ada salam terus aku tanya si pemanggil. Siapa lagi kalau bukan Ayesha.

      "Una. "

      Dengar saja nama Husna disebut hati aku mula dihurung rasa risau. "Kenapa dengan Una?" Laju aku bertanya soalan.

      "Aku tak tau nak cakap macam mana. Kau datang jela! Aku hantar location. "

    Jantung mengepam darah dengan laju seiring dengan langkahku. Aku menolak pintu wad. Bau ubat ubatan menerjah ke dalam rongga hidung. Aku mencari kelibat Ayesha. Jumpa sahaja, aku terus bergegas ke arahnya. Terkejut melihat keadaan Husna yang baring di atas katil pesakit. Husna sedang tersenyum nipis sambil memakai baju pesakit.

      Pandangan aku turun ke arah kakinya yang bersimen.

     "Macam mana boleh jadi macam ni? Una ok tak? Teruk ke? "Bertubi tubi soalan aku lontarkan.

Mr Vader (OG)Where stories live. Discover now