Bab 38

250 28 2
                                    

"Thank you Ifwat." Secawan air limau ais yang dibungkus sempat dipesan untuk Muqris. Kan  dah kata, marah-marah pun still sayang. 

Ting!

Lockscreen wallpaper bercahaya menunjukkan mesej masuk.

Bald Monk: Aku ada kat luar kejap.

Dia buat apa kat luar? Ni tak benda lain mesti merokok. Memang nak kena hempuk dengan aku. Siap kau.

Pintu kafe ditolak. 

Kaki terhenti dari melangkah. Mata terpaku ke arah 2 susuk tubuh yang berada di seberang jalan. Kelihatan dari jauh seperti mereka sedang rancak bersembang. Orang lain mungkin menyangka mereka berdua pasangan kekasih yang sedang hangat bercinta. Siap bergelak ketawa.

Susuk tubuh lelaki tinggi lampai itu aku kenal. Cukup kenal.

Muqris.

Namun perempuan yang berambut coklat itu tidak pernah aku lihat. Cantik. Berkulit putih, hidung mancung, bentuk badannya persis model. Rambut lurus berparas pinggang yang ditiup angin menyerlahkan lagi kecantikan perempuan itu.

Melihat kemesraan mereka berdua membuatkan hatiku sakit. Baru sahaja aku memujuk hati untuk berbaik dengan Muqris. Apakah hubungan mereka? Bekas kekasih? Bekas tunang?

Sebelum aku kahwin dengan dia, aku pun berhubungan dengan Haizul. Ke perempuan tu bekas tunang dia?  Perempuan tu datang nak tuntut Muqris dari aku dan dia goda Muqris. Ah! Melalut betul aku ni. Kuat tengok drama TV3. 

Jauh termenung sampaikan aku tak sedar Muqris telah selesai berbual. Kini dia sedang melintas jalan menuju ke arahku. 

Muqris menghadiahkan senyuman manis. Riak tidak bersalah seperti aku tidak menonton adengan mesra dia dengan perempuan tadi. 

Belum sempat aku membuka mulut untuk bertanya, dia terlebih dahulu menarikku ke dalam pelukannya. 

Aku yang terkejut dengan tindakannya kaku dalam pelukannya. Tidak tahu untuk berikan respon macam mana. Bau wangian Muqris masuk ke dalam rongga hidungku. Entah kenapa aku rasa selamat dalam pelukannya. Agak lama kami berdua dalam keadaan sebegitu sehinggalah aku mengambil keputusan untuk tidak berbuat apa-apa. Biarkan sahaja dia memelukku. 

 "Kau ok? What happened? Macam mana lelaki tu boleh serang kau tiba-tiba?" Bertalu-talu soalan keluar setelah pelukan dileraikan.

"Small matter. Benda dah settle, tak payah nak gelabah sangat,"balasku dingin. Pandangan dilarikan ke arah lain. 

Dia diam. Mungkin terasa dengan cara aku bercakap dengannya. 

Rasa serba salah pulak bila tengok muka Muqris yang terkedu dengan ayatku. Aduh...kesian la pulak. Dia beria datang sini sebab risaukan keadaan aku. Apa kau ni Ashal! Muqris tu suami kau, bukannya kawan- kawan kau. 

Air yang berada di tangan aku hulurkan kepadanya. "Limau ais. Ambiklah."

Wajah yang tadinya mendung serta merta berubah menjadi ceria.

"Terima kasih. Wah...singa beng! Tak sangka isteri aku tahu air kegemaran aku." Straw dicucuk lalu dihirup dengan rakus.

Singa beng. Sudah tentu aku tahu air kegemarannya. Zaman sekolah dulu, kalau aku terserempak dengan dia mesti dia oder air limau ais a.k.a singa beng.  Walaupun bertahun sudah berlalu mestilah aku ingat. Sebab aku cintakan dia.

"Ni nak balik terus ke?" Aku menukar topik. Haruslah betanya dari pakaian seperti ingin pergi ke tempat lain. 

Di tubuhnya tersarung baju kemeja yang berwarna kelabu. Hujung lengan baju dilipat kemas. Seluar classic straight chinos berwarna hitam menjadi pilihannya dan sepasang kasut white sneaker dipakai. Rambut yang tidak disikat rapi tapi masih menampakkan kekemasan. Patutlah perempuan tadi tak berkelip mata tengok. Dari pakaian dan gayanya mencerminkan seperti boyfriend material

Mr Vader (OG)Donde viven las historias. Descúbrelo ahora