B A B 14

12.8K 1.4K 255
                                    

SUNYI sepanjang perjalanan. Sekali-sekala mencuri kerling si dia di sebelah. Kemudian, jatuh pada Aisyah. Budak perempuan berumur sebelas tahun itu pun senyap juga. Mungkin turut merasai perasaan Jelita saat ini.

Aura dingin Emiir terlalu kuat terasa di sekeliling. Sampai Aisyah pun takut untuk buka mulut. Walhal, kalau jumpa Jelita, budak itulah yang paling riang. Paling tidak duduk diam.

Tidak jadi rancangan Jelita untuk bawa motosikal abah pagi ini. Kalau setakat bawa Aisyah tak apalah. Ini ada Emiir. Mana boleh bawa Emiir naik motor. Tidak manis dipandang. Orang kampung ni sudahlah sejenis kaki bawang.

"Encik...saya nak tanya sikit ni."

"Hm?"

"Encik datang sini sebab ikut saya, eh?"

Langkah Emiir terhenti. Anak mata hitam pekatnya turun memandang Jelita kehairanan. Kening tebal itu terjungkit. Mungkin tidak menyangka benda itu keluar dari mulut Jelita sendiri.

Tinggi betul confident kau.

"Pardon? Did you mean I was stalking you?"

Jelita ketawa. Herot bibirnya, tertawa lucu. Melihat wajah berkerut-kerut Emiir buat pertama kalinya, benar-benar lucu. Merasa puas mentertawakan Emiir, Jelita berdehem pula. Masih kembang-kecut hidung.

Tahan Jelita tahan. Karang dia hempuk muka kau guna tangan berotot tu, menggelupur nyawa kau karang.

Jelita angkat bahu. Kalau itu maksud yang Emiir faham, itulah kut. Kepala Aisyah yang berdampingan dengannya diusap. Haih, rindu pula kepada Eshaq. Apa agaknya baby boy dia itu sedang lakukan sekarang. Sebut tentang Eshaq, fikiran melayang kembali kepada insiden malam tadi.

"Teacher, siapa tu teacher?"

Pak Jusoh pandang Jelita. Kemudian, pandang Emiir bersilih ganti. Kulit di bahagian dahinya mengedut. Berkerut-kerut memandang anak dan tetamunya berdua-duaan di dapur.

"Teacher, ooh teacher!"

Seakan tersedar, Jelita renung skrin telefon bimbitnya yang masih cerah. Melipat bibir bawah ke dalam. Berteguk-teguk liur ditelan. Mata diangkat pada Emiir yang sudah sedia menyambutnya dalam pandangan tiada emosi itu.

Bibir digerak-gerakkan kepada Emiir agar menolongnya cari alasan. Eshaq tak boleh tahu Emiir berada di sini. Di kampungnya. Di bawah satu rumah, satu bumbung. Oh tidak! Kalau Luthfan dapat tahu tentang perkara ini, habislah. Lelaki kaki sakat itu memang tidak boleh simpan rahsia.

"Err, nanti teacher call semula, ya? Bye..."

Tit!

Sejurus panggilan dimatikan, mata naik mencari wajah abah. Tersengih-sengih riak bersalah apabila lelaki pertengahan usia itu memandang dia dan Emiir curiga. Telefon bimbit disorok ke belakang tubuh.

"Ehmm, abah. Kami tak buat apa-apa pun. Tadi kan mak yang suruh Jelita teman Emiir pergi bilik air. Lepas tu, ada sorang murid dari tadika call. Haa tu je."

Dan malam itu, hampir satu jam Jelita terpaksa pujuk abah agar tidak beritahu kepada mak. Faham jelah perangai mak tu macam mana. Nanti difikirnya bukan-bukan. Tak pasal pula wanita itu kejar dia satu kampung.

"Akak!"

Lenyap segala insiden malam tadi. Terkebil-kebil mata memandang Aisyah yang memegang tangannya. Nampaknya dia terhenyak dalam memori malam tadi lagi. Bibir ukir sengih. Usap kepala Aisyah yang sudah dianggap seperti adik sendiri itu.

"Aku datang sini sebab kerja. Takda sebab lain."

"Eleleleee yelah tu. Kalau rindu, cakap." Bernada usikan. Lepaskan tawa.

Mr. Cold Dictator [ ON GOING ]Where stories live. Discover now