B A B 22

12.7K 1.6K 252
                                    

TANGAN didepa luas. Bersedia menerima Eshaq masuk ke dakapan. Larian anak budak dalam lingkungan lima tahun itu bertambah laju apabila melihat Jelita menunggu di pintu rumah. Rumah Tok Ma dan Tok Pa, the Farran's Residence.

"Teacher!" Dari dalam kereta lagi, tatkala terlihat figura Jelita, bukan main teruja budak itu mahu keluar. Mujur Emiir belum buka lock pintu kereta, kalau tidak, melompat keluar dah budak tu.

Wan Radea dan Raja Emran sekadar memerhati dari sisi. Sesekali mereka berdua saling berpandangan. Angkat-angkat kening, juih-juih bibir ke arah Jelita dan Eshaq. Selepas nampak Jelita, Eshaq memang tak akan tengok benda lain dah. Kalau boleh ingin melekat dengan gadis itu dua puluh empat jam.

Hari ini mereka akan bawa Jelita berjumpa nenda Emiir, keluarga belah Raja Emran. Memandangkan semua sudah bersetuju, jadi mungkin ini adalah masa yang tepat untuk perkenalkan Jelita kepada keluarga mereka yang lain.

Emiir telah bercakap secara berdepan dengan bonda dan ayahanda tentang tujuannya ingin menikahi Jelita. Mereka pun sudah sedia maklum tentang hubungan rapat Jelita dengan Eshaq. Pada awalnya, ayahanda seakan mahu menolak keras rancangan Emiir, tapi setelah lelaki itu 'beli' kepercayaannya dengan kata-kata yang 'bernilai', dia terima.

Semua ini untuk anak dan cucunya juga. Perlahan-lahan, Raja Emran cuba menerima Jelita dalam keluarga mereka. Dia bukannya ingin menentang tanpa sebab. Tapi kerana kesiankan nasib Jelita juga. Nampak macam di sini, Jelita tersepit di tengah-tengah. Tidak diberi pilihan.

Bernikah dengan Emiir, tapi perlu menjaga Eshaq seperti anak sendiri. Sedangkan gadis itu masih muda. Dia berfikir, mungkin Jelita telah 'dipaksa' oleh Emiir. Memandangkan dia juga tahu perangai anaknya yang seorang itu. Bak kata orang 'Puteh', what he wants, he gets.

Tapi setelah Jelita juga jujur tentang itu, sedikit sebanyak, mereka menghela nafas lega. Kata Jelita, gadis itu memang ikhlas menerima Emiir dan Eshaq. Tiada sebarang paksaan. Semuanya dilakukan kerana kasih sayang yang tidak terhingga untuk cucunya.

Alhamdulillah, perbincangan dengan keluarga belah Jelita juga berjalan dengan lancar. Mudah. Tiada sebarang halangan. Waktu itu, memang hampir pengsan Pak Jusoh setelah mengetahui gerangan yang ingin meminang anak gadisnya itu. Ternyata Emiir orangnya!

Patutlah waktu Emiir di kampung dulu, bukan main rapat lagi dengan Jelita. Rupanya diam-diam ubi berisi. Leha pun tidak banyak kerenah, terima saja bulat-bulat keputusan mereka. Siapa yang mahu menolak jika emas datang bergolek, ya tak?

"Teacher... lepas ni kan teacher akan jadi mummy Shaq, jadi boleh tak kalau Shaq panggil teacher, mummy je?" Eshaq kedipkan kelopak mata banyak kali. Menyengetkan kepala lalu menyangga kedua-dua belah tangan ke bawah dagu.

Jelita diam. Tak tahu nak cakap apa. Dia memang okey je, tapi si peti ais sebelah dia ini macam mana pula? Okey ke Emiir? Lelaki itu tak kesah ke kalau Eshaq panggil dia dengan panggilan itu? Yalah, manalah tahu kut Emiir tak suka ke... mungkin lelaki itu rasa dia tidak layak untuk dipanggil begitu ke.

"Ermm... teacher okey je, tapi Shaq tanya daddy dulu." Akhir-akhir itu, Jelita sekadar berbisik di telinga Eshaq.

Eshaq akur. Melangut ke arah Emiir, bibir kecilnya bergerak-gerak, gumam sesuatu yang tidak kedengaran jelas di telinga. Wajah tegas daddy, sedikit sebanyak buat dia hampir terkencing. Tapi demi cikgu Jelita kesayangan, Eshaq akan cuba!

"Boleh Shaq panggil teacher, mummy...?"

Perlahan, kepala Emiir teralih ke arah Jelita. Sekejap pandang Jelita. Sekejap pandang Eshaq. Kemudian, pandang bonda dan ayahanda yang setia menunggu. Bibir membuang keluh panjang sebelum dia angguk sedikit teragak-agak.

Mr. Cold Dictator [ ON GOING ]Where stories live. Discover now