I || 10

53.7K 2.6K 334
                                    

MEDINA melangkah keluar dari restaurant segera itu. Kakinya segera melangkah ke kaunter pertanyaan. Risau dirinya meninggalkan Dhea berseorangan di situ walaupun ada pekerja tapi tetap boleh membawa kecuaian di antara mereka.

Kedengaran telefon pintarnya berdering segera dia mencapai telefon pintarnya di dalam sling bag miliknya. Nama yang terpapar di skrin membuatkan dia mengukir senyum. Tanpa menunggu, terus jari runcing menggesel button hijau ke atas.

"Arren!"

"Hello? Ini ibu kepada Darren ke?" Medina mengerut dahi pelik. Dia menjauhkan telefon pintarnya dari telinganya. Matanya memandang nama yang terpapar di skrin telefonnya.

Arren. Tapi kenapa suara perempuan yang menjawab?

"Puan?"

"Ha, ye. Saya mama Darren. Kenapa ye?"

"Ouh, saya nak bagitahu yang anak puan berada di hospital sekarang." Medina kaku. Matanya memandang wajah Dariel yang juga sama memandang ke arahnya.

"Apa maksud cik? Anak saya? Arren? Saya rasa dia ada bersama ibu angkat dia." Pelik. Setahunya Aisya ada menjaga Darren sepanjang dia keluar ke mall hari ini. Macam mana boleh berada di hospital?

"Ye, itu saya tahu. Apa yang saya boleh cakap anak Puan dengan ibu angkatnya berada di hospital. Kemalangan."

Prang!

Telefon pintarnya jatuh ke tanah. Kakinya seakan lemah mendengar ayat yang dituturkan oleh perempuan memegang telefon anaknya.

"Azyara? Azyara, hey kenapa ni? Awak okay?" soal Dariel. Medina memandang wajah Dariel lalu beralih ke arah Dhea.

Tak. Dia tak boleh beritahu perihal Darren kepada Dariel walaupun mereka sudah berjumpa. Dariel tak boleh tahu perihal sebenarnya sekarang kerana dia perlu tahu siapa Dhea dalam hidup Dariel.

"Mama okay? Mama sakit ke?" soal Dhea pulak.

Medina bangun lalu memberi bungkusan makanan yang dibelinya kepada Dhea. Bibir mengucup lembut dahi Dhea.

"Aunty pergi dulu. Nanti ada rezeki kita jumpa lagi."

"Saya bukan Azyara dan satu lagi, pesan dekat kawan awak yang teman awak tu. Lain kali, kalau tak suka budak jangan suruh dia hilang dekat sini. Sini mall jadi mudah untuk jumpa dia semula. Dengan budak kecik pun nak benci ke? Baik jangan kahwin dengan duda kalau tahu tak suka budak." sambungnya berpesan kepada Dariel.

Dariel memandang pemergian Azyara. Dia tahu wanita itu, Azyara walaupun wanita itu menafikannya. Mana mungkin, dia tak kenal suara wanita itu. Suara Azyara masih sama.

"Papa... Kenapa mama tinggalkan kita? Mama tak kenal kita ke?" soal Dhea.

Dariel senyum. Tubuh Dhea di dukungnya. Dia sudah menceritakan segalanya tentang Azyara pada Dhea malah Dhea juga teruja mahu berjumpa dengan Azyara tapi tak sangka pula mereka akan berjumpa di sini. Tiba-tiba dia teringat ayat dikatakan oleh Azyara.

"Lain kali, kalau tak suka budak jangan suruh dia hilang dekat sini. Sini mall jadi mudah untuk jumpa dia semula. Dengan budak kecik pun nak benci ke? Baik jangan kahwin dengan duda kalau tahu tak suka budak."

Dariel memandang wajah comel anaknya. Sebenarnya, dia pelik apabila Dhea hilang begitu sahaja. Dia kenal anaknya, walaupun dia pergi tandas sekejap. Dhea pasti akan menunggunya di hadapan tandas walaupun takut untuk berseorangan.

"Dhea... Tadi papa dengar mama kata kawan papa suruh Dhea hilangkan diri? Betul ke?" soalnya. Matanya memandang wajah polos Dhea.

Dhea mengangguk kepalanya.

Mr. DudaWhere stories live. Discover now