I || 58

23.3K 1.5K 135
                                    

"KIEM," Dariel memaling kepala ke belakang. Bibir mengukir senyum melihat Tuan Syed Aziz tiba di wad kecemasan. Matanya sempat melirik ibu tiri yang abahnya kahwini empat bulan yang lalu.

"Menantu abah macam mana? Cucu abah? Arren, Dhea dengan siapa?" soal Tuan Syed Aziz bertubi-tubi.

Belum sempat Dariel mahu bersuara. Ibu tirinya terlebih dahulu menenangkan abahnya. Dari situ, dia nampak beza cara ibu tirinya melayan abah berbanding ibu kandungnya.

"Tenang, abang. Ros yakin Dee dengan cucu abang tak apa-apa." katanya.

"Tapi awak tahu kan yang si Rahimah tu dah tolak Medina sampai berdarah. Kalau gugur macam mana? Dia nak tanggung ke? Entah apa yang merasuk dia sampai tolak Dee kenapa?" habis dilempias amarahnya kepada isteri keduanya.

Tuan Syed Aziz tahu bahawa isteri keduanya tiada salah namun kerana tindakan isteri pertamanya yang sesuka hati mengusik menantunya. Mana dia tidak mengamuk?

Dariel yang mendengar amarah abahnya hanya mampu mengunci mulut. Dia juga tiada kata-kata mahu menenangkan abahnya. Tanpa Tuan Syed Aziz, mungkin dia takkan ada keberanian mahu kembali kepada Medina.

"Kiem, ibu kamu mana? Abah tak nampak pun muka dia? Kenapa takut abah laporkan perkara ini dekat polis?"

"Abah... Kiem tahu abah marah dengan ibu tapi ibu tak sihat. Kiem suruh ibu uruskan Anna." katanya.

"Ini pun satu hal yang abah tak suka. Tak habis dengan Anna. Apa yang ibu kamu berkenan sangat dengan budak si Anna tu sampai nak suruh kamu kahwin. Apa tak cukup Medina sebagai menantu dia?"

Buat kali kedua Dariel terdiam. Tuan Syed Aziz memang begini jika sedang marah. Tiada sesiapa berani melawan kecuali ibunya, Puan Rahimah. Dia juga tak faham kenapa ibunya mudah melawan kata-kata abahnya.

"Abang..."

"Keluarga Puan Medina?"

Dariel mengangkat tangannya. Kakinya melangkah ke arah doktor yang baru selesai memeriksa keadaan isterinya.

"Macam mana dengan isteri saya?" soal Dariel.

Tuan Syed Aziz dan isteri keduanya juga turut sama berdiri di belakang Dariel. Mereka juga mahu mengetahui keadaan Medina.

"Alhamdulilah. Puan Medina baik-baik sahaja. Nasib sempat sampai ke hospital kalau tak, risiko untuk keguguran amat tinggi memandangkan usia kandungan Puan Medina sudah cecah empat bulan. Apa yang saya boleh bagitahu, semuanya baik-baik sahaja. Puan Medina juga sudah sedar dan kami akan pindahkan Puan Medina ke wad biasa." terang doktor wanita itu.

Dariel menghela nafas lega. Syukur dia mendengar penjelasan doktor. Sekurangnya kedua-duanya masih selamat.

"Terima kasih, doktor." ucap Dariel.

Doktor wanita itu mengukir senyum.

"Jangan ucapkan terima kasih dekat saya tapi Allah S.W.T tanpanya, saya tak dapat lakukan yang terbaik. Apa yang boleh saya lakukan, saya akan cuba." tenang doktor wanita itu membalas ucapan Dariel.

Dariel mengukir senyum. Senang dengan tingkah doktor wanita itu. Walaupun pekerjaan doktor adalah pekerjaan yang sukar namun wanita itu tenang menguruskan pesakit dan berserah kepadaNya.

"Kalau tak de apa-apa saya pergi dulu. Banyak pesakit saya nak kena uruskan."

Serentak, mereka bertiga mengangguk kepala. Doktor wanita itu mengukir senyum sebelum menunduk kepala dan berlalu pergi. Dariel menghela nafas lega. Begitu juga dengan Tuan Syed Aziz dan isterinya.

"Kalau macam tu, abah uruskan selebihnya. Kamu teman Dee. Dia lebih perlukan kamu berbanding abah. Nanti lapang abah jenguk dia."

Dariel mengangguk kepalanya. Dia mencapai tangan Tuan Syed Aziz lalu mengucup tangan tua itu.

"Terima kasih, abah."

"Tak de apa. Kamu anak tunggal abah. Dee pula menantu tunggal abah. Abah sayang Kiem dengan Dee sama rata." terukir senyuman di bibir Tuan Syed Aziz.

Dariel senyum. Matanya berpaling memandang wajah ibu tirinya.

"Terima kasih, sebab jenguk Dee. Kiem doakan umi dengan abah hidup bahagia. Walaupun ibu terluka. Kiem nampak abah lebih bahagia hidup dengan umi."

Rosnah memandang wajah suaminya dan anak tirinya silih ganti lalu mengukir senyum.

PUAN Rahimah melangkah keluar dari ward Anna. Sebaik di luar dia menghela nafas lega. Sesak dia mendengar pelbagai soalan dari keluarga Anna kerana luka yang terhasil di dahinya.

Walaupun dia rimas namun dia tetap melayan bakal besan dengan baik. Nasib Anna tak sedarkan diri ketika dia memutarkan cerita tadi. Jadi, tiada la kesalahannya yang melukakan Anna.

Kaki melangkah ke kafeteria. Perut yang sedari tadi berbunyi membuatkan dia terasa penat. Dia hanya menjamah sarapan pagi tadi dan kini waktu makan tengahari juga sudah tamat dan menunggu masa untuk makan malam.

Namun...

"Ouh, ni la perempuan yang rampas laki aku? Ohh, kau tunggu kejap. Aku ada hadiah untuk kau!" mata Puan Rahimah sempat menangkap air yang berada di atas meja sebelah tempatnya berdiri.

Air itu diambil lalu di bawa bersamanya. Tepat tiba di hadapan meja suaminya dan madunya. Dia menuangkan air manis itu ke atas kepala madunya.

Puas.

"Rahimah!"

"Opss! Sorry... Tak sengaja bitch." ujar Puan Rahimah sinis.

Tuan Syed Aziz memandang wajah Puan Rahimah tajam. Namun tangannya sempat mengambil tisu lalu diberi kepada Rosnah, isteri keduanya.

Namun belum sempat tisu itu di muka isteri keduanya, Puan Rahimah terlebih dahulu menepis hingga tisu itu jatuh ke lantai.

"Kau..."

"Kenapa? Abang nak marah saya ke? Eh, kalau abang nak tahu. Abang tu tak guna! Sanggup main kayu tiga dekat belakang saya. Apanya kurang saya dari perempuan ni. Kau perangai memang sama dengan jalang. Perempuan murah."

Pang!

Tergamam Puan Rahimah apabila Tuan Syed Aziz menamparnya di kafeteria. Nasib suasana kafe seakan lengang kerana orang ramai masih belum turun untuk makan malam.

"Huh, sanggup abang tampar saya depan perempuan tak guna ni!" tajam jari telunjuk Puan Rahimah menunjuk kepada madunya.

"Perempuan yang awak kata murah dan jalang ni. Isteri saya. Isteri sah. Jadi, kenapa awak nak marah dan kutuk dia? Bukan ke, selama ni awak juga nak hidup bermadu kan? Nak sama adil dengan Dariel konon sebab hidup bermadu. Jadi, saya bagi la hadiah dekat awak. Kenapa? Awak tak suka dengan hadiah awak?" sinis Tuan Syed Aziz menyoal Puan Rahimah.

Puan Rahimah kelu. Dia seakan tiada kata-kata mahu membalas dan akhirnya melangkah keluar dari kafe itu. Tuan Syed Aziz menghela nafas lega. Matanya memandang wajah isteri keduanya.

"Maafkan, abang."

To be continued...

Mr. DudaWhere stories live. Discover now