D || 45

26.9K 1.5K 129
                                    

TERUKIR senyuman di bibir Puan Rahimah. Matanya memandang wajah Anna yang baru sahaja masuk ke cafe mewah itu. Tangan diangkat agar Anna perasaan akan kehadirannya. Sudah beberapa bulan mereka tidak bertemu kerana Anna sibuk bekerja di syarikat suaminya yakni dipegang oleh anaknya.

Namun semalam, entah mengapa gadis itu menelefonnya memberitahu bahawa ingin berjumpa dan dia dengan senang hati meluangkan masa bersama Anna.

"Sorry, aunty lambat. Ada kemalangan dekat kawasan perumahan tadi." beritahu Anna bersama alasan.

Puan Rahimah senyum. Dia tidak kisah kalau Anna lambat. Maklum la, bakal menantu katakan?

"Tak pe. Aunty pun baru sampai. Anna duduk la dulu. Order air. Aunty belanja." Anna terus menarik kerusi di hadapan Puan Rahimah. Tangan diangkat memanggil pelayan.

"Ice latte. Thank you." ujarnya sepintas lalu.

Pelayan itu hanya mengangguk dan berlalu pergi. Nasib dia dengar pesanan wanita itu. Kalau tak, sia-sia sahaja dia di buang kerja.

Hilang sahaja figura pelayan itu. Puan Rahimah terus fokus pada Anna. Bibir sedari tidak berhenti mengukir senyum.

"Anna nak jumpa aunty kenapa?" iris matanya memandang wajah Puan Rahimah yang tersenyum memandang ke arahnya.

"Ermm, Anna nak bincang pasal hubungan Anna dengan Dariel. Anna rasa Anna tak nak teruskan rancangan aunty dengan mummy."

Terkedu Puan Rahimah mendengar ayat yang dituturkan oleh Anna. Raut wajahnya yang tadi ceria kini berubah masam.

"Kenapa Anna cakap macam tu? Anna kata Anna suka, sayang dan cintakan Dariel? Kenapa tiba-tiba Anna berubah? Ini mesti Dariel ada ugut Anna apa-apa? Atau abang kedua Anna halang hubungan Anna dengan Dariel? Beritahu aunty, sayang. Aunty tak nak orang lain jadi menantu aunty." hampir merayu Puan Rahimah berkata.

"Apa yang Anna boleh cakap, Anna tak boleh teruskan rancangan ini, aunty. Lagipun, hal ni tiada kaitan dengan abang kedua, Anna."

"Kalau tiada kaitan dengan abang kedua Anna. Ini mesti sebab Dariel kan? Apa yang Dariel cakap dekat Anna. Biar aunty basuh otak dia tu sikit. Orang dah cari bakal isteri untuk dia. Dia tolak pulak. Anna bukannya orang lain. Anna, anak kawan aunty. Tiada siapa boleh gantikan tempat Marissa selain Anna." Anna mengukir senyum kelat.

Tiada siapa boleh ganti tempat Marissa? Huh, bukankah anak lelakinya sudah berkahwin senyap dibelakangnya?

"Maafkan Anna, aunty. Anna tetap dengan keputusan Anna. Anna tak nak ganggu hubungan rumah tangga Dariel bersama isteri dia. Tambahan, isteri dia tengah mengandung anak dia." kejung Puan Rahimah mendengar ayat yang dituturkan oleh Anna.

Kahwin?

Isteri?

Mengandung?

Siapa?

"Maksud kamu, Dariel ke? Takkan la. Dariel takkan lakukan perkara macam dekat belakang aunty. Memang betul dah tiga bulan dia tak balik rumah, tapi takkan la sampai kahwin kan?" Puan Rahimah menggeleng tak percaya dengan kata-kata Anna.

Dia kenal anak lelakinya. Dariel takkan sesekali berani menikamnya dari belakang. Dia hanya buat yang terbaik untuk kebahagiaan Dariel.

"Aunty... Percaya la cakap Anna. Apa yang Anna cakap tu semuanya benar belaka. Dariel sendiri yang beritahu Anna yang dia dah kahwin dan isteri dia tengah mengandung anak dari benihnya. Anna tahu niat aunty baik nak satukan Anna dengan Dariel tapi Anna bukannya perampas yang suka merampas lelaki yang sudah memegang status suami."

Puan Rahimah menggeleng kepala tak percaya. Tak. Dia tahu Dariel cuba memperbodohkan Anna untuk dia lari dari masalah ini. Puan Rahimah ketawa perlahan.

Tak. Dariel tak kahwin. Dia yakin Dariel hanya menipu.

"No! Aunty tak percaya yang Dariel dah kahwin. Aunty kenal anak aunty. Aunty tak nak sesiapa selain Anna yang jadi menantu aunty. No! Aunty akan siasat perkara ini. Jangan risau. Aunty tetap akan jadi menantu aunty." tekad Puan Rahimah.

"Tapi aunty..."

"No! Anna dengar cakap aunty. Anna jangan dengar cakap Dariel. Dia hanya perbodohkan Anna untuk larikan diri dari aunty."

Anna mati kata. Iris matanya memandang wajah Puan Rahimah yang seakan bengang dengan ceritanya. Namun membuatkan dia pelik, kenapa Puan Rahimah seakan obses dengan dirinya hingga mahu menyatukan dia dengan Dariel? Sedangkan lelaki itu berhak memilih sesiapa dalam hidupnya.

To be continued...

Happy 100k view guys! Thanks for support ♥️ double update tonight. Stay tuned okay 👌

Mr. Dudaحيث تعيش القصص. اكتشف الآن