EID...EAN 1

112 9 0
                                    



HARI INI merupakan hari paling gembira buat semua pelajar tingkatan 5 kerana hari ini adalah hari terakhir menduduki peperiksaan SPM. Lagi beberapa minit akan berlangsung peperiksaan bagi subjek terakhir. Adreand duduk di sebuah pondok tidak jauh dari dewan peperiksaan untuk mengulangkaji buat kali terakhir bersama Eidlina.

"Ean, kau ingat tak formula ni?"soal Eidlina

"Ingat. Kenapa?"

"Aku tak ingatlah, Ean. Mintak-mintaklah tak ada keluar soalan yang guna formula ni. aku harap apa yang aku study semua keluar."luah Eidlina.

"Perhatian kepada semua pelajar, di minta masuk ke dalam dewan peperiksaan sekarang juga. Harap maklum."

Apabila mendengar ketuan pengawas membuat pengunguman, lantas Eidlina dan Adreand menutup buku lalu bangkit dari duduk.

"Eid, good luck."ucap Adreand.

"Thank you. Kau pun sama, good luck."

Mereka berdua bejalan beriringan masuk ke dalam dewan peperiksaan. Eidlina dan Adreand mengambil tempat duduk masing-masing.

5 minit kemudian, kertas soalan dibahagikan kepada semua calon SPM. Apabila kertas soalan diletakkan di atas meja Eidlina, dia menutup mata dan menadah tangan.. "Ya Allah, kau permudahkanlah urusan ku untuk menjawab soalan dengan lancar. Amiin."

"Semua Calon SPM boleh mula jawab."kata ketua pengawas.

Selama 2 jam 30 minit bertarung di dalam dewan peperiksaan akhirnya tamat juga. Adreand yang baru sahaja hantar ketas jawapannya terus keluar dari dewan mencari Eidlina yang keluar awal dari padanya. Matanya tertacap pada satu tubuh yang sedang duduk di sebuah pondok tidak jauh daripadanya. Adreand terus melangkah ke arah pondok tersebut.

"Wei, Eid. Kau boleh jawab tak."soal Adreand lalu duduk dihadapan Eidlina.

"Alhamdulillah. Aku boleh jawab. Cuma soalan 9 dengan 13 aje aku tak boleh jawab sebab tak ingat fomula."jawab Eidlina.

"Baguslah tu. Aku harap kita dapat skore subjek ni."

"Aku pun sama. Ean, memandangkan kita dah habis belajar ni. nak tak kita pergi keluar makan sama-sama."ajak Eidlina.

"Boleh jugak. Dah lama aku tak keluar makan dengan kau."

"Okey, cun. Esok pukul 3 petang. Location nanti aku hantar."

EIDLINA membuka kasut sekolah lalu disusun di dalam rak kasut di tepi pintu. Eidlina masuk ke dalam rumah. Saat kaki mencecah anak tangga pertama, namanya dipanggil.

"Macam mana exam tadi? Boleh jawab tak?"soal mama Eidlina, Datin Sakinah yang baru sahaja keluar dari dapur.

"Hmm bolehlah. Cuma 2 3 soalan aje yang tak boleh."jawab Eidlina acuh tak acuh.

"Eid ingat tau. Belajar elok-elok. Dapat markah cemerlang dalam SPM. Jangan malukan mama dengan papa. Mama nak Eid bsambung belajar dekat luar negara macam papa. Faham?"

"Apa-apa jelah. Eid nak naik ni."kata Eid lalu mendaki anak tangga. Namun sempat Datin Sakinah memaut tangan Eidlina untuk menahan. Eidlina merentap kasar.

"Nak apa lagi?"soal Eidlina marah.

"Mama nak bagitahu yang pukul 6 nannti mama dengan papa nak pergi event. Mungkin balik lewat malam. Barang dapur dah tak ada, jadi malam ni Mak Kiah tak masak. Kalau Eid lapar, Eid pergilah makan dekat luar. Bawak Mak Kiah sekali. Duit mama dah letak dekat atas meja bilik Eid."

"Hmmm."Eidlina terus naik ke tingkat atas lalu masuk ke dalam biliknya.

Dia menghempap kasar tubuhnya di atas katil. Keluahan terbit di celah bibirnya.

"Kalau tak balik lagi baguslah. Ada pun macam tak ada. Haish. Kenapa hidup aku tak macam orang lain? Keluar makan satu family sama-sama. Gelak ketawa sama-sama? Aku tak layak ker hidup macam tu?"soal Eidlina sendirian.

Hubungannya dengan mama dan papanya keruh sejak dulu lagi. Eidlina sudah terbiasa ditinggalkan begini sejak dia dari kecil lagi.

Eidlina memandang jam di dinding. Baru pukul 3 petang. Eidlina bangun dari baringnya terus mencapai tuala lalu masuk ke dalam tandas untuk mandi. Selesai mandi, Eidlina baring semula. Tidak sampai beberapa minit, matanya terpejam. Dia terlena.

TAKDIR YANG HARUS KU TERIMAWhere stories live. Discover now