EID💘EAN 7

11 1 0
                                    


ANGIN LAUT menampar-namapar lembut pipi Eidlina. Kejap lagi mereka akan pergi mandi laut. Kini Eidlina dan Fasha duduk di sebuah pondok kecil tepi pantai sambil menunggu yang lain sedang bersiap.

"Jap, tadi kau kata kau ada abang, kan?bila masa kau ada abang? Bukan kau anak tunggal ke?"soal Eidlina.

"Kau ingat tak yang aku cakap dekat kau yang mama aku kahwin lain?"soal Fasha. Eidlina mengangguk mengiakan. "Bapak tiri aku tu ada dua orang anak. Sorang anak lelaki dengan anak perempuan. So, anak lelaki dia tu jadi abang tiri aku dan anak perempuan dia tu adik tiri aku."jelas Fasha.

"Ooo. Berapa umur abang kau?"soal Eidlina lagi.

"Umur dia sekarang 19 tahun."jawab Fasha.

"Abang kau tak marah ke tinggal dia sorang-sorang? Kau kan datang dengan dia. Takkan kau tinggal dia sorang-sorang."

"Kebetulan semalam abang aku nak pergi bercuti dengan kawan dia dekat sini. Lepas Ean bagitahu yang korang dekat sini, aku tumpang sekalilah dengan abang aku. Sekarang ni dia duk bersuka ria dengan kawan dia."jelas Fasha.

Belum sempat Eidlina mahu bertanya soalan selanjutnya, Adreand datang bersama Haqeem.

"Hah? Dah siap dah? Eh? Mana Intan?"soal Eidlina.

"Intan ada dekat dalam bilik. Dia kata dia sakit perut."bagitahu Adreand. Kesian pulak tengok Intan. Kau pergilah tengok dia."ujar Adreand. "Aku dengan Haqeem nak pergi mandi laut kejap."kata Adreand.

"Emm, aku dengan Fasha pergi tengok Intan kejap. Jom Fasha."ajak Eidlina.

Mereka berdua berjalan beriringan menuju ke chalet. Sampai di bilik, Eidlina melihat Intan yang sedang mengerang kesakitan.

"Intan, kau okey tak ni?"soal Eidlina risau.

"Tak. Perut aku sakit giler."ujar Intan.

"Alamak aku tak bawak ubat. Kau bawak tak ubat, Intan?"soal Eidlina.

"Aku lupa nak bawak. Sakitnya."jawab Intan lemah.

"Sha, kau bawak tak ubat?"

"Aku pun tak bawaklah Eid."

"Tak palah. Semalam aku ada nampak kedai runcit. Mungkin kedai tu ada ubat. Aku pergi beli kejap. Kau tolong tengok-tengokkan Intan kejap, eh."ujar Eidlina.

"Kau pergilah beli. Biar aku jaga Intan."

Eidlina bingkas bangun menganbil beg duitnya yang terlketak di atas meja solek lalu bergegas keluar.

Eidlina berlari anak menuju ke kedai runcit yang terletak di seberan jalan. Eidlina melintas jalan tanpa melihat kiri kanan. Tanpa disedri, sebuah kereta meluncur laju ke arah Eidlina. Tiba-tiba, Eidlina berasa badannya di tolak. Tidak semena-mena, dia tersungkur di tepi jalan. Eidlina terjatuh di atas badan seorang pemuda yang telah menolongnya. Tanpa disangka, mata mereka berdua bertaut. Satu saat...dua saat...tiga saat..

"Eh? Sorry-sorry."maaf Eidlina yang baru tersedar dia terduduk di atas badan pemuda tersebut lantas berdiri.

"It's okey. Are you okey?"soal pemuada itu.

"Ya, I'm okey. Thanks."ucap Eidlina.

"Welcome. Eh? Siku you luka."ujar pemuda itu.

Eidlina melihat sikunya yang sedikit melecet. Auw, patutlah sakit.

"Tak apa. Ouh, alamak. Sorry encik. I nak kena cepat ni.By the way, thanks again. Bye."ucap Eidlina terus berlari anak masuk ke dalam kedai.

TAKDIR YANG HARUS KU TERIMAWo Geschichten leben. Entdecke jetzt