EID💘EAN 8

11 1 0
                                    

PEJAM-CELIK pejam- celik, tinggal semiggu lagi keputusan SPM akan keluar. Sepanjang 3 bulan ini, Eidlina hanya menghabiskan masa di rumah. Tak pun dia pergi keluar dengan Adreand.

Hari ini merupakan hari lahirnya. Hari ini juga umurnya genap 18 tahun. Dia sudah tidak punya keinginan untuk menyambut ulang tahun kelahirannya. Biasanya, Adreand akan mengajak dia untuk menyambut ulang tahun Eidlina. Tapi, tahun ni dia rasa macam malas nak sambut. Tak tahu kenapa.

Hari ini Eidlina tinggal berseorangan di rumah. Mak Kiah katanya pergi ke kedai. Mama dan papanya pula keluar enntah kemana. Dia malas mengambil tahu pasal tahu. Eidilina yang baru sahaja selesai mandi mengatur langkah menuju ke almari untuk menyangkut tuala. Tiba-tiba, dia terdengar bunyi telefonnya menjerit minta diangkat. Eidlina berlari anak menuju ke katil. Dia melihat nama yang tentera. Adreand.

"Ermm, apa dia?"soal Eidlina acuh tak acuh.

"Eid, mama aku ajak datang rumah. Dia kata dia nak sambut birthday kau. Dia masak banyak tau untuk kau. Kek favourite kau pun ada ni."ujar Adreand di hujung talian.

Hisy, baru aje dia niat tak nak keluar rumah hari ni. Tapi, ajakan Adreand itu terpaksa dia pergi.

"Baru aje aku ingat tak nak pergi mana-mana hari ni. yalah, aku siap kejap. Tapi kau datang ambik aku. Aku malas nak drive. Memanadangkan hari ni birthday aku, kau kena ikut cakap aku. Nanti balik pun kau juga kena hantarkan."kata Eidlina.

"Yalah. Memandangkan hari ni kau birthday girl. Aku turutkan aje. Cepat sikit siap. Lagi 30 minit aku sampai."

"Ermm"

"Jangan lambat. Ouh, one more thing. Aku lupa nak cakap dekat kau. Kau pakai baju yang aku bagi dekat kau haritu."

"Ermm. Bye."Eidlina meletakkan panggilan.

Dia melangkah ke arah almari. Dia mencari baju yang dibelikan oleh Adreand pada minggu lepas semasa dia, Fasha dan Adreand keluar bersama. Dia mengambil gaun yang berwarna soft pink paras lutut dari dalam almari lalu Dia menukar baju di dalam tandas.

 Dia mengambil gaun yang berwarna soft pink paras lutut dari dalam almari lalu Dia menukar baju di dalam tandas

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Siap menukar baju, Eidlina beralih ke arah meja soleknya. Dia hanya mengenakan solekan nipis.

Selesai bersolek, Eidlina berdiri di hadapan cermin untuk melihat penampilan dirinya. Dia melihat dirinya di dalam cermin. Kali ini dia kelihatan lain daripada yang biasa. Jarang sekali dia akan memakai gaun sebegini. Apabila dia sudah berpuas hati, dia mencapai beg silang yang berwarna pink di dalam almari lalu melangkah keluar. Eidlina mengatur langkah menuruni anak tangga.

Dia terdengar bunyi hon kereta. Mesti Adreand dah samapi. Bisik hati kecilnya. Eidlina lantas menuju ke rak kasut di dtepi pintu, lalu dia mencapai sepasang seneaker yang berwarna putih.

Adreand yang berdiri di tepi kereta hanya memandang gerak geri Eidlina memakai kasut tersebut. Eidlina mengatur langkah menghampiri Adreand.

"Kenapa kau pandang aku macam tu?"soal Eidlina apabila dia perasan Adreand melihatnya.

"Kau cantik sangat hari ni. Lain daripada yang biasa."puji Adreand sambil memandang penampilan Eidlina. Eidlina tersnyum mendengar pujian itu.Gaun berwarna soft pink yang berparas lutut terletak elok ditubuh Eidlina. Dikenakan dengan solekan nipis di wajahnya. Kaki yang disarung dengan sneaker putih dan rambutnya lurus tanpa diikat. Dan paling lama dia tak pernah nampak, adalah benda yang terletak elok pada muka Eidlina.

"Kenapa kau tak pakai contact lens?"soal Adreand. Lama dia tak tengok Eidlina pakai cermin mata bulat. Eidlina hanya memakai cermin mata ketika di sekolah sahaj. Kalau dia keluar, dia akan memakai contact lens.

"Aku malas nak pakai. Lagipun lama dah aku tak pakai spek. Daripda biarkan spek ni berhabuk jadi collection kat dalam bilik, lebih baik aku pakai." Spek mata bulat dengan bingkai emas halus dibetulkan sedikit.

"Dah jom. Mama dan yang lain dah tunggu lama dah tu."kata Adreand lalau masuk ke dalam perut kereta.

Yang lain? Siapa lagi? Bisik hati kecil Eidlina. Namun pertanyaan itu hanya di dalam hatinya. Dia masuk ke dalam perut kereta .

Audi A8 milik Adreand meluncur keluar dari perkarangan rumah Eidlina.

*done publish new part. hope you guys enjoy!!

*jgn lupa vote.

*thank you :)

TAKDIR YANG HARUS KU TERIMAWhere stories live. Discover now