Kakak

613 11 5
                                    

Jam di dinding menunjukkan pukul 10.30 malam.  Ketika itu, aku sedang menonton televisyen seorang diri. Tiba-tiba terdengar ketukan bertalu-talu dari pintu utama rumah.

'Ish! Siapa pulak ni?' Aku berjalan malas.

Pintu dibuka. Kakakku terpacul di muka pintu dengan keadaan baju berlumuran darah. Aku kaget.

"Kakak okay?" soalku. "Nak g klinik, tak?" soalku lagi. "Adik g kejut ibu, ayah, ya?"

Kakakku hanya membisu. Air matanya mengalir dengan laju. Dia bergegas masuk ke bilik air dan mengunci pintu.

Aku bertambah panik lalu terus ke bilik tidur ibu bapaku.

"Ibu... Ayah... Kakak..."

"Kenapa ni, dik?" soal ayahku setelah membuka pintu bilik.

"Kakak..."

"Kenapa ngan kakak?" soal ayahku lagi. Dia kebingungan.

Aku menarik tangan ibu dan ayahku ke bilik air.

"Kakak..." Ayahku memanggil lembut. Namun, kakakku hanya membisu.

"Baju kakak ada banyak darah. Adik takut!"

"Kakak... Bukak pintu ni. Ayah, ibu ada ni..." Ibuku cuba memujuk.

Tiba-tiba terdengar ketukan bertalu-talu dari pintu utama rumah. Tanpa menunggu, kami segera membuka pintu rumah. Dua orang lelaki terpacul di muka pintu. Muka mereka kelihatan pucat.

"Pak cik, Mak cik... Minta maaf kami mengganggu..." Mereka cuba menyusun ayat untuk berkata-kata.

"Lyn... Lyn... meninggal dunia, eksiden."

"Kau tak payah nak bohong aku! Anak aku ada dalam bilik air tu! Balik!" Ayahku mengusir dua orang lelaki tersebut.

"Betul, kami tak bohong!"

"Meh aku tunjuk anak aku elok je dalam bilik air tu!" kata ayahku. Kami membuntuti langkah ayahku ke bilik air.

"Kakak... Keluar, nak.. Ibu ni..." Ibuku memujuk lagi. Namun, kakakku masih mendiamkan diri.

Tanpa membuang masa, ayahku memecahkan pintu bilik air. Kami amat terkejut kerana kakak tiada di dalam bilik air.

"Adik... Cuba cakap betul-betul." Ayah mula menyoalku.

"Tadi kakak balik... Terus masuk bilik air. Adik tak tipu. Kalau adik tipu, kenapa bilik air ni berkunci? Kenapa ayah susah-susah nak pecahkan pintu bilik air ni?"

Kami berfikir sejenak.

"Korang tahu mana tempat Lyn eksiden?" soal ayahku kepada kedua-dua lelaki tersebut. Mereka mengangguk dan membawa kami ke tempat kemalangan.

Ibu dan ayah terduduk selepas melihat motosikal kakak remuk di atas jalan. Motosikal ditunggang kakak hilang kawalan. Dia disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. Mayatnya telah dibawa ke hospital.

Walaupun kisah ini telah lama berlalu, namun sehingga kini, aku masih tertanya-tanya, siapakah yang pulang ke rumah malam itu?

TAMAT

Sumber : Official Seram

12 Kisah SeramWhere stories live. Discover now